Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki .
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)1. Kehidupan manusia bermula dari - alam rahim - alam fana - alam barzakh - alam mahsyar - alam syurga @ neraka
2. Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang masuk & hanya satu saja yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membentuk nuftah & hidup di alam rahim sehingga 9 bln.
3. Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)
- amalan & kehidupan ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.4.Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu : -
i. qada mubram iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
ii. qada muallaq iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian6. Kita hidup di alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8. Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi sehingga menunggu talkin dibacakan..
11. Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah seperti minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tapi bagi orang yg tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
~ mulut berbuih
~ wajah masam
~ najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.14. Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
~ dahinya berpeluh
~ hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
~ wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
~ najis keluar sedikit saja
15. Sakitnya perempuan yg bersalin itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah, waktu mana kami kecil2, ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dengan penuh kelembutan. Jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah.
Waktu mana kami kecil Ya Allah, kami dipakaikan baju oleh ayah kami Ya Allah tapi kami lempar ke mukanya Ya Allah. Jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan. Kau ampunkan dosanya.
Di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu, kami lari tak nak solat. Jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara seperti padang mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
YOU ARE READING
Elmu dan ilmu
Ficción GeneralElmu itu pengetahuan dan pemantapan emosi. Ilmu itu adalah adalah pengetahuan. KakJah mohon korang share ilmu dalam ni. Jadikan ia bekalan untuk akhirat korang juga. Ilmu yang dikongsi kemudian dia kongsi dengan orang lain dan dia juga amalkan dan m...