1. Menawarkan produk atau servis yang tak ada permintaan atau kurang permintaan
2. Masuk ke ruang bisnes yang terlalu banyak pesaing atau pasaran sudah hampir tepu
3. Tak mampu beradaptasi dengan perubahan zaman. Pada awalnya produk sesuai dengan peredaran zaman namun selepas satu masa ianya sudah tidak relevan dan dalam masa yang sama usahawan tidak mampu berubah mengikut keperluan semasa.
4. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Bisnes berjalan ikut hati saja. Tiada perancangan jelas bagaimana ia akan berkembang dan apakah jangka masanya
5. Kemahiran kewangan yang lemah.
6. Masih belum betul-betul faham apa tu margin keuntungan, kos barang jualan, kos tetap, kos berulang, overhead yang menyebabkan perletakan harga produk bukan pada harga yang sepatutnya. Juga tidak memahami apa itu titik pulangan modal.
7. Bidang bisnes yang diceburi sudah bagus namun masih tak tahu atau tak kenal pelanggan.
8. Lemah dalam pemasaran dan pengiklanan.
9. Asyik nak kejar pelanggan baru, pelanggan lama diabaikan. Walhal kos untuk mencari pelanggan baru jauh lebih tinggi dari nak maintain pelanggan lama.
10. Tidak sabar dalam penantian. Nak kaya cepat. Cepat putus asa.
11. Tak fokus. Bisnes yang diusahakan satupun tak pernah sampai tahap matang. Bila 2-3 bulan tak menjadi, terus tukar bisnes lain.
12. Perbelanjaan melebihi pendapatan
13. Tak pandai bekerja secara berjemaah. Kerja sorang ok. Namun bila tambah staff jadi k.o.
14. Suka berhutang dan suka bagi hutang.
15. Mulakan bisnes yang tak sesuai dengan modal yang dimiliki. Nak buat bisnes RM10k tapi modal ada RM2k
16. Tak cukup ilmu dalam bidang bisnes yang diceburi. Banyak bidang terjun. Dah la bidang terjun, sorang pun staff atau partner yang ada dalam team tak ada ilmu dalam bisnes yang dibuat.
17. Syok sendiri. Langsung tak boleh ditegur. Teguran dianggap dengki atau ingin sabotaj.
18. Duit syarikat, duitku jua.
19. Tergesa-gesa beli barang mewah. Tertipu dengan sambutan luarbiasa pada awal bisnes. Padahal selagi permintaan yang luarbiasa itu belum mampu bertahan sampai 2 - 3 tahun, ia masih lagi belum pasti.
20. Masalah yang berlaku disimpan atau disembunyikan bukan diselesaikan. Suka bertangguh dalam menyelesaikan masalah sehinggakan ia menjadi barah baru nak cari penawar.
21. Mendahulukan sesuatu yang tak sepatutnya didahulukan.
22. Cash flow tercekik walaupun jualan tinggi.
23. Tersilap langkah. Ditipu kawan atau lawan sampai habis terus modal
24. Customer service out!
25. Langsung tiada backup modal atau tiada simpanan. Bila berlaku sesuatu yang tak di ingini, rebah terus
YOU ARE READING
Elmu dan ilmu
Ficção GeralElmu itu pengetahuan dan pemantapan emosi. Ilmu itu adalah adalah pengetahuan. KakJah mohon korang share ilmu dalam ni. Jadikan ia bekalan untuk akhirat korang juga. Ilmu yang dikongsi kemudian dia kongsi dengan orang lain dan dia juga amalkan dan m...