oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dalam program STEP 2015 anjuran Kelab IKRAM Mesir
.
1. Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada pasangan supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung.
.
2. Duit KWSP yang diperolehi boleh dilaburkan. Contohnya beli rumah atau sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah di sisi undang-undang.
.
3. Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita.
.
4. Simpanan emas dan hartanah perlu didahulukan dan diutamakan.
.
5. Cari Emas 999.9%. Jangan beli dari H**** J**** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan lebih murah.
.
6. Kalau kita simpan duit cash, akan dimakan oleh inflasi.
.
7. Jangan jadikan emas sebagai harapan untuk dilaburkan. Sebab ramai dah tertipu. Tertipu dengan skim cepat kaya dan tertipu dengan harga spread.
.
8. Jangan simplistik. Kalau kita beli 1 kg gold bar, adakah orang yang akan beli 1 kg gold bar itu? Kena cari potential buyer awal-awal kalau nk beli 1 kg. Kalau beli gram sikit-sikit, lebih mudah cari potential buyer.
.
9. Fikirkan juga side income. Disposable income kena tambah. Yang tak haram, yang tidak mengganggu kerja utama. Jinakkan juga diri dengan menulis.
.
10. Jauhi skim cepat kaya. Kalau menjanjikan keuntungan lebih 8% setahun, itu sangat meragukan. Jangan jadi kaya pelahap.
.
11. Untuk yang berumur bawah 30 tahun, ambillah takaful perubatan. Bila ambil lepas umur 30, dah susah sikit sebab boleh jadi masa itu dah mula sakit macam-macam.
.
12. Aqidah kena yakin bahawa kekayaan itu kurniaan dari Allah. Jangan fikir bila bersihkan harta, kita jatuh miskin.
.
13. Dilema nak beli rumah. Nak sewa atau beli rumah kecil? Beli sahaja rumah kecil pun tak mengapa. Bila barga naik, boleh disewakan. Kumpul hartanah sikit-sikit.
.
14. Downpayment boleh dapat dari KWSP selepas 5 tahun atau pinjam dahulu dari mak ayah atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Contohnya, tak perlu astro, 3G telefon tak perlu ambil dan beli Smart Tag kerana itu lebih jimat, sebab tak payah beratur panjang. Bila beratur panjang sebenarnya kereta lebih banyak guna minyak. Dan bawa kereta secara berhemah.
.
15. Lagi lambat beli rumah, lagi cepat harga naik setiap tahun. Sebolehnya beli sebelum umur mencecah 35 tahun.
.
16. Harga rumah paling bagus ialah 56 kali ganda dari monthly house income. Kalau tidak mampu, beli tanah
dahulu, kemudian baru buat rumah. Belilah tanah yang dekat dengan jalan raya bukan pedalaman.
.
17. Bayaran bulanan rumah yang ideal ialah tidak melebihi 26% dari gaji kita.
.
18. Tinggalkan saki baki riba kerana dosanya sama dengan berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. 1 dirham
riba dosanya sama dengan 30 kali berzina. Sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Na'udzu billah.
.
19. Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun. Contoh: AHB keuntungan sekitar 6% setahun, dapat 6 bulan sekali.
.
20. Pelaburan saham ada high risk dan high return. Dan dia tidak begitu menjamin. Tetapi bagus untuk orang yang rajin membaca. Kalau malas membaca, dan update tentang saham, jangan berani dekati pelaburan
saham ini.
.
21. MLM untuk orang yang tak tahu malu. Dan susah sikit nak dapat keuntungan.
.
22. Forex trading haram sebab ia judi.
.
23. Cara nak buat side income paling mudah bagi mahasiswa/i ialah dengan menjadi stokis barangan secara part time. Modal kecil, buat secara konsisten, boleh dapat untung yang banyak.
.
RFS
Minum kopi, makan pasta
.
YOU ARE READING
Elmu dan ilmu
General FictionElmu itu pengetahuan dan pemantapan emosi. Ilmu itu adalah adalah pengetahuan. KakJah mohon korang share ilmu dalam ni. Jadikan ia bekalan untuk akhirat korang juga. Ilmu yang dikongsi kemudian dia kongsi dengan orang lain dan dia juga amalkan dan m...