KEMULIAAN LANGKAHAN YG SENANTIASA BERADA DLM TAUHID ALLAH SWT

37 1 0
                                    


Syarak adalah mengawal dan pengawal manusia drp hilang kawalan ketika membawa jasad di atas dunia ini dlm perjalanan menuju Allah swt. Jasad perlu disucikan dari pelbagai kesilapan dan kesalahan apabila kembali kpd Allah kerana dtgnya ke dunia ini fitrahnya suci spt bayi yg baru lahir. 

Amalan2 soleh adalah pembersih dari segala kekotoran dunia yg telah dilakukannya; maka menghidupkan SYARAK pada dirinya adalah tanda ketaatan dan kemuliaan yg tidak ternilai harganya. 

Alhamdulillah, kamu sudah mulai memahami kenapa kamu perlukan SYARAK kerana tanpa SYARAK tertegak pada diri mu pasti kamu adalah antara org2 GILA yg hidup tanpa arah tuju. Tak guna bertegang leher mempertikaikan kepentingan SYARAK dlm hidup mu. Dunia ini milik tuhan mu yg agung dan Dia berhak menentukan mana yg baik buat kamu. 

Sebenarnya Allah sangat menyayangi hamba2Nya jadi segeralah kembali kpdNya kerana anugerahNya amatlah besar. 

IMAN ialah "yaqin" / "percaya" iaitu sesuatu yg bersifat "ghaib" tak nampak di mata tetapi dpt dirasai oleh hati/ruh. 

Bila bicara soal Islam ia berkait dgn amalan menghidupkan SYARAK pada diri; manakala persoalan Iman dan kepercayaan ia melibatkan soal2 hati kerana Allah itu ghaib maka hatilah yg paling mampu utk mengenali yg ghaib. 

Maka beriman kpd yg ghaib itu hukumnya WAJIB. 


IMAN secara ijmal (terangkum) ialah: 

1. Beriman aku akan Allah swt dan barang firman-Nya; 

2. Beriman aku akan Rasulullah saw dan barang sabdanya. 


Beriman secara tafsili (terperinci) ialah: 

1. Beriman aku akan Allah swt; 

2. Beriman aku akan malaikat2Nya; 

3. Beriman aku akan kitab2 Nya; 

4. Beriman aku akan para nabi dan rasulNya; 

 5. Beriman aku akan hari kiamat; 

6. Beriman aku akan untung baik dan jahat itu dtg dari Allah swt (qada & qadar).


Spt yg disebut di atas IMAN ialah "kepercayaan" jadi kepercayaan ini soal hati kerana aqal tak mampu pergi sejauh itu. Hati manusia ini pula perlu diikatkan atau ditambatkan pada keyakinan2 ini supaya manusia itu tidak menyembah atau mengambil tuhan yg lain selain Allah. 

Fitrah manusia semua dijadikan utk menyembah tuhan meskipun gulungan atheis cuba menafikannya ttp hakikatnya mereka juga berhajat secara fitrahnya kpd AL-KHALIK. 

Asas kpd kepercayaan ini ialah melalui ILMU YAQIN iaitu keyakinan yg diperolehi melalui kuliah2 pengajian yg disampaikan oleh guru2 yg arif dlm soal kepercayaan ini. 

Maka AQAL memainkan peranan yg penting dlm membina keyakinan ini melalui jalan ilmu sebelum seseorang itu masuk utk melalui jalan kebathinan hati utk makrifah kpd Allah dgn lebih dekat iaitulah 'AINUL YAQIN; cthnya dgn ILMU YAQIN dia telah mengetahui ttg api tetapi tidak pernah melihatnya; apabila ia melalui jalan AINUL YAQIN dan sampai kpdnya ia dpt melihat api yg sebenarnya sdgkan sebelum ini hanya gurunya sahaja yg mengkhabarkan kpdnya ttg api itu. 

Pastilah ada perbezaannya antara mendengar khabar dgn melihat sendiri. Jadi jalan utk sampai kpd 'Ainul Yaqin itu haruslah melalui jalan Ilmu Yaqin terlebih dahulu. Jalan Ilmu Yaqin adalah umpama jambatan yg dibina utk sampai ke sana. Sukar utk manusia terus menerjah ke sana kerana perjalanan di alam 'Ainul Yaqin memerlukan pembimbing atau guru mursyid kerana alam di sana tidak sama spt alam ajsam atau alam nyata ini. Perjalanan di sana adalah perjalanan keyakinan dan perjalanan dgn hati atau ruh; jasad tak mampu ke sana kerana jasad dari jirim dan jisim yg tak mampu menembusi alam itu melainkan dgn hati atau ruh. 

 Baik. Jadi peringkat awal perjalanan utk mengenal Allah dan segala yg ghaib adalah bermula dgn Ilmu Yaqin. Ilmu adalah "penyuluh" dan ia menyuluh pada setiap tempat yg gelap maknanya JAHIL itu adalah "kegelapan"; justeru apabila ia pergi kpd ILMU bermakna ia telah pergi kpd cahaya yg akan membantunya membawa kpd tempat yg bercahaya iaitulah ILMU. 

ILMU ITU PELITA HATI 

ILMU ITU PENYULUH HATI 

ILMU ITU PENERANG HATI 

Walaupun ILMu yg dipelajarinya itu melalui Aqal tetapi oleh kerana ILMU itu cahaya, ia akan memberi kesan pada HATI yg seterusnya HATI akan mula memperincikan ilmu itu utk dibawa ke tempat (yakni makrifat) yg lebih jauh lagi. Itulah kemuliaan Ilmu Allah yg berokah. 

Sesiapa sahaja yg mengambilnya iaitu ILMU Allah sepertilah ia mengambil "lampu" / torchlight yg boleh digunakannya utk menyuluh perjalanannya di dalam kegelapan (jahil). 

Jadi JAHIL itu adalah "gelap gulita"; dan berada dlm jahil itu bererti berada dlm KEGELAPAN. JAHIL di sini bukan bererti dia tak pandai munkin dia seorg yg hebat dgn ilmu dunia tetapi jahil kerana TIDAK BERIMAN yakni TIDAK KENAL ALLAH & PERKARA GHAIB YG LAIN! Masyarakat ini disebut "JAHILIAH MODEN" kerana tidak mengenal (beriman) kpd yg ghaib. 

Maka inilah langkahan awal bagi setiap org beriman. Mempersiapkan diri dgn ILMU YAQIN adalah penting sebagai penyuluh jalan supaya ia berada tepat di atas landasan bagi memulakan perjalanan menuju imannya kpd Allah dan setiap yg ghaib. Tanpa jalan2 ini ia pasti akan tergelincir (derailed) dari track yg benar dan akan disesatkan oleh pakar2 penyesat palsu dari kalangan iblis dan syaitan. 

Ayuh kita mulai dgn ilmu ini supaya kita dpt berada di jalan yg lurus lagi benar. I'TIQAD YG JAZAM BERBETULI DGN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERDASARKAN DALIL (AQLI & NAQLI). 


DARI USTAZ AHMAD TAJUDDIN FOUNDER OF IMP HALALAN TOYYIBBAN 


Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now