Di kantin semua memandang kau dan Taehyung.
"Awak tak kisah ke rehat dengan saya?" Tanya taehyung merendahkan sedikit badannya untuk berbisik pada kau.
"Tak kisah pun. Awak jangan risau dengan orang sekeliling. I'm get used to it." kau beratur bersama taehyung untuk membeli mihun sup.
"Thank you y/n."
"no problem." Kau tersenyum. Taehyung tidak menyangka ada manusia yang sanggup berkawan dengannya.
"Weh kau cuba tengok budak baru tu. Dia rehat dengan lelaki pelik Taehyung tu lah." Kata seorang perempuan kepada gengnya.
"Ha'ahlah. Dua dua pelik." Mereka ketawa.
Taehyung dapat mendengarnya. Taehyung mempunyai keupayaan untuk mendengar dari jauh dan juga dia dapat dengar di dalam hati orang juga. Tatapi hanya kau sahaja dia tidak dapat membaca fikiran kau atau mendengar fikiran kau.
Taehyung menutup fikirannya daripada mendengar fikiran orang lain tentangnya kerana ia akan menambah sakit hati dia dan juga akan membahayakan orang lain jika dia marah. Dia kadang2 berasa sangat sakit hati dengan kata2 orang sekeliling.
Korang berdua mencari tempat dan duduk makan bersama2.
"Kau makan dengan lelaki pelik ni lagi je?" Kata seorang perempuan yang pernah menegur kau dahulu sewaktu kau berjalan2 dengan Taehyung menuju ke kelas selepas habis rehat.
"Nae. Wae? Awak ada apa2 masalah?" Kau malas nak bergaduh dan terus makan.
"Korang berdua ni sesuai sebab korang pelik." Kata perempuan itu kepada kau. Kau hanya mendiamkan diri. 'Buat apa nak layan perempuan ni.'
Kata2 perempuan itu serupa sewaktu kau berada di sekolah yang sebelumnya. 'Aku tak kisah.' Kata kau dalam hati.
"Hey kau dengar tak?" Perempuan itu menolak bahu kau.
"Dengar."
"Aku ingat kau pekak, perempuan pelik." Sindir perempuan itu di telinga kau. Kau menggenggam kuat sudu kau.
'Sabar y/n sabar.'
"Awak daripada awak kacau saya atau nak cari pasal dengan saya lebih baik awak makan makanan yang ada dekat tangan awak tu. Nanti sejuk." 'Sabar y/n sabar.' Kau cuba sedaya upaya bercakap baik dengan dia dan menahan kemarahan kau. Kau malas nak bergaduh kerana ia akan membuat suasana menjadi lebih buruk.
"Kau jangan nak ajar aku." Perempuan itu menolak bahu kau seperti mahu mencari gaduh dengan kau. Otak kau hampir meletup menahan kemarahan kau dan tiba2 taehyung bangun dan memandang perempuan tersebut dengan wajah yang marah.
"Lebih baik kau jauhkan diri daripada dia atau aku.." taehyung mahu pergi ke arah perempuan tersebut tetapi ditenangkan oleh kau.
'Aku akan ambil jiwa dia kalau kau nak?'Kata suara demonnya tetapi Taehyung berhenti dan menenangkan perasaannya.
"Taehyung bersabar." Kata kau sambil memegang lengan taehyung.
Perempuan itu kelihatan takut lalu pergi setelah melihat taehyung marah.
Taehyung duduk semula di tempatnya. 'Okay good semua orang pandang aku lagi.' Kata taehyung pada dirinya.
"Awak perlu kawal perasaan marah awak tu." Kata kau pada taehyung.
"Tapi dia tolak bahu awak tadi. Takkan awak tak marah?" Taehyung tidak sangka kau boleh bertahan begitu.
"Saya marah tapi saya cuba tahan kemarahan saya." Kau tersenyum.
"Mianhae." Ucap taehyung. 'Macamana dia boleh kawal kemarahan dia walaupun ada orang cuba menyakitkan hati dia?' Kata taehyung di dalam hati.'wow she's so amazing.' Puji taehyung.
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
FanfictionCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...