Taehyung pov
"Hyung!!" Taehyung masuk ke dalam rumahnya dengan cemas.
"Kenapa dengan kau ni?" Jin berasa risau.
"A-aku tak dapat kawal kuasa aku tadi d-daan aku bertukar bentuk depan perempuan tu." Taehyung cemas dan risau.
"Duduk dulu." Namjoon membawa taehyung ke ruang tamu dan Taehyung duduk di sofa.
"Macamana hyung boleh bertukar?" Tanya Jungkook duduk di sebelah Taehyung. Lalu taehyung menceritakan segalanya kepada hyung dan maknaenya.
"Mesti dia akan pindah ke sekolah lain. Dia baru je pindah ke sekolah sini." Taehyung memegang kepalanya. Hatinya penuh kekesalan.
"Kenapa kau nak risau pula? Sebelum ni kau ada juga buat orang pindah sekolah tapi kau tak risau pun." Kata Jimin dengan penuh pelik.
"Don't say that..." namjoon memandnag Taehyung dengan terkejut.
"Kau sukakan dia ke?" Jin membulatkan matanya.
"Taehyung, please don't." Kata suga dengan serius.
"Hoseok hyung baru je dapat kawal kuasanya. Nanti kalau hoseok hyung tak dapat kawal kuasanya macamana?" Kata Jimin lalu memandang J-hope.
"Aku boleh kawallah. Chill lah." J-hope jeling pda jimin yang sengaja mencari pasal dengannya.
"No, mana ada aku suka dia."
"But we can read your though and I know you like her." Kata Namjoon dengan serius.
"I don't know hyung." Taehyung menggeleng kepala kerana fikirannya serabut.
"Taehyung, dalam family kita ada peraturan dan salah satunya jangan sesekali jatuh cinta dengan manusia." Kata jin sambil memegang bahu Taehyung.
"Jebal jangan jatuh cinta dengan manusia. Aku benci manusia." Kata suga dengan serius. Ada sebab suga benci manusia. Suga boleh dikatakan selalu pergi ke dunia manusia dan dis akan membunuh manusia dengan menghisap darah manusia.
"Nae hyung." Taehyung bangun dan naik ke atas diikuti dengan jimin.
Hyung2nya dan Jungkook memandng Taehyung naik ke atas.
"Cantik tak perempuan tu?" Tanya jimin. Jimin pernah pergi ke dunia manusia tetapi sekejap sahaja bersama J-hope. Yang tidak pernah lagi ialah Jungkook.
"Jangan kacau aku." Taehyung masuk ke dalam biliknya lalu menolak jimin keluar.
"Heyyy kenapa kau halau aku. Ini bilik aku jugaa." Kata jimin sambil tersengih.
"Bagi aku masa untuk tenangkan fikiran aku." Kata taehyung lalu menutuo pintu biliknya. Taehyung menutup fikirannya daripada dibaca oleh hyungnya yang lain.
"Okayy. Kalau ada masalah bagitahu aku tau. Aku turun." Kata jimin yang berada di luar.
Taehyung pergi ke katil dan menghempaskan badannya ke atas katil. Taehyung melepaskan nafas dengan keras. Tiba2 wajah kau muncul di dalam fikirannya. Kau yang dalam ketakutan dan menangis itu membuatkan perasaan Taehyung diselaputi rasa bersalah dan gelisah.
"Apa aku dah buat?" Taehyung memandang ke tingkap.
'Taehyung, jangan jatuh cinta dengan dia.' Kata suga yang menghantar isyarat melalui telepati. 'Nae, hyung. aku tahu.' Taehyung membalas kata2 suga pula.
"Ahh tak guna! Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Stop thinking about her. Aku tak boleh cintakan dia." Taehyung duduk lalu dia mengusutkan rambutnya.
"Ini semua salah kau." Kata taehyung kepada demonnya. 'Its not my fault but your fault . You are too weak to control me.' Kata suara demon itu. "Fine, aku akan cari cara untuk mengawal kau." Kata taehyung dengan nekad sekali. Dia berasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan kepada kau.
"Mesti esok y/n dah tak ada sebab dia dah pindah sekolah. Macam apa yang aku telah lakukan dengan orang yang sebelumnya." Taehyung teringat kisah dulu. "Eh buat apa aku nak ambil berat tentang dia? Aku takkan jatuh cinta dengan dia." Taehyung menggeleng kepalanya.
.
.
.
Y/n pov.
Kau masuk ke dalam bilik kau dan menangis ketakutan. Kau memeluk badan kau yang menggigil itu. Wajah taehyung yang menakutkan itu masih terbayang2 di dalam fikiran kau.
"Aku tak patut kacau dia." Kau duduk atas katil kau dan memeluk erat lutut kau.
"Aku nak pindah sekolah." Kata kau yang ketakutan itu.
"Appa balik lahh. Mana appa bila saya tengah perlukan appa " kau menangis dan akhirnya kau tertidur dengan baju sekolah yang masih dipakai oleh kau.
"Y/n bangun." Tiba2 kau terdengar satu suara yang berbisik di telinga kau. Kau rasa terganggu kemudian kau membuka mata kau. 'Suara tu' kata kau. Kau melihat sekeliling dan bilik kau sangat gelap. Tiba2 badan kau tidak dapat bergerak. Kau dapat rasakan seperti ada seseorang sedang merangkak naik ke atas badan kau dan memegang kedua2 tangan kau supaya kau tidak bergerak.
"Did you know me?" Taehyung yang bermata merah sedang memandang kau sambil tersenyum jahat.
"Jangan kacau aku!" Jerit kau dan tiba2 kau tersedar. Kau berpeluh dan nafas kau naik turun laju.
"Mimpi rupanya." Kau melihat sekeliling bilik kau dan di luar masih siang lagi.
'Dah dua kali aku mimpi macam tu. Jadi mimpi aku malam tadi yang Taehyung mata merah tu betul lah? Tapi apa yang dia nak sampaikan? Kenapa dia muncul dalam mimpi aku?' Kau termenung memikirkan perkara tersebut.
"I need to ask someone about that. Mungkin dorang ada sorokkan sesuatu. Tentang dia." kata kau sendirian.
"Kau kena kuat, y/n. Jangan takut dengan dia. Kau kena kuat menentang ketakutan kau." Kau berkata pada diri kau.
"Esok aku akan cari sebabnya kenapa Taehyung bertukar menjadi pelik macam tu." Kata kau lagi.
_______________
@Taehyung_mole
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
Fiksi PenggemarCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...