Sebaik sahaja kau balik ke rumah, kau masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil kau yang empuk dan berwarna pink itu. Hati kau rasa berbunga2 apabila memikirkan kejadian tadi.
"Betul ke aku cium dia?" kau memegang bibir kau. Pipi kau mula blushing. Kau menggeleng kepala.
"Janganlah macam ni y/n." Ka menampar perlahan pipi kau yang sudah merah dan kebas dek kerana malu itu.
"ahh malunya." Kau memegang pipi kau dan pergi ke depan meja cermin kau. Hati kau berdebar1 apabila teringatkan ciuman taehyung
"Okay, y/n hajima." Kau menarik nafas dengan dalam lalu menghembus dengan perlahan. Kau ulang sebanyak tiga kali.
"Aku suka dia ke?" Kau melihat diri kau di hadapan cermin.
"Tak. Tolong lah jangan." Kau menggeleng kepala. Cinta ini memang pelik. Ia boleh datang bila2 masa sahaja tanpa kau perasan atau sedari.
Tetapi kau rasa lain apabila Taehyung mencium kau jika dibandingkan dengan Mark. Kau dapat rasakan sesuatu yang lain dengan ciuman Taehyung. Adakah itu ciuman cinta? "Ah forget about it."
"Sebelum tidur lebih baik aku mandi dulu. Dah bau asap kereta da ni." Kau menghidu badan kau.
☆☆☆
"I'm home." Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah agam besarnya dan menutup pintu.
"Mana semua orang ni?" Taehyung melihat sekeliling tetapi tiada sesiapa pun.
"Hyung pergi mana tadi? Kenapa balik lambat?" Tiba2 sahaja Jungkook muncul di tepinya dan bertanya.
"Terkejut aku." Taehyung mengurut dadanya."Aku keluar jumpa kawan. Mana semua orang?"
"Ohh dorang ada dekat ruang tamu. Tidur kepenatan. Jin hyung ada dekat dalam biliknya." Jungook kelihatan seperti baru sahaja selesai mandi dan dia mengenakan baju tidur dan rambutnya masih basah lagi. Bau jungkook pun wangi dan wajahnya kelihatam segar.
"Ouhh.."
"Taehyung hyung." Jungkook menghidu badan Taehyung lalu menghidu wajahnya.
"Kau dah kenapa." Taehyung tersengih lalu menolak kepala jungkook menjauhi dirinya.
"Kenapa bau kau lain? Bau macam sesuatu yang aku tak tahu apa." Jungkook berasa pelik dan ingin tahu.
"Mana ada bau apa2." Taehyung risau rahsianya akan terbongkar lalu dia pergi ke ruang tamu untuk mengejut hyung2nya dan lari daripada pertanyaan jungkook yang sejenis suka bertanya itu.
"Yoongi hyung, Namjoon hyung, Hoseok hyung, jimin bangun." Taehyung menggoyangkan badan mereka semua satu persatu.
"Janganlah kacau aku." Yoongi menepis tangan Taehyung. Yoongi memang seorang yang tidak suka apabila orang mengacau tidurnya.
"Hyung bangun, tidur dalam bilik." Taehying kejutkan yang lain
Dengan secara tiba2, namjoon tersedar dari tidur dan duduk. Matanya tiba2 sahaja bertukar menjadi merah ke hitam kecoklatan. "Dah pukul berapa ni?" Tanya namjoon yang masih mamai.
"Dah pukul 12.04 pagi." Taehyung melihat jam di dinding rumahmya.
"Kenapa kau balik lambat? Kau pergi mana?" Tanya namjoon yang masih mamai itu. Dia mengusap wajahnya dan mengusutkan rambutnya.
"Aku jumpa kawan tadi dekat bandar."
"ouh.." namjoon mengangguk lalu dia mengerutkan dahinya.
"Bau apa ni?"namjoon menghidu sesuatu lalu dia menghidu bau taehyung.
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
FanficCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...