Part 52

3.5K 409 31
                                    

Kepala kau berasa sakit dan badan terasa lemah setelah Mark menghisap darah kau.

Terdapat beberapa titisan darah pada mulut dan gigi Mark yang tajam dan putih itu.

Kau melihat jam dan sudah pukul 10.30 iaitu sudah 30 minit berlalu.

"Memang patut pun aku break dengan kau waktu dulu! Hantu tak guna! Playboy!" Kau cuba untuk jerit tetapi kau berasa lemah.

"Sebenarnya aku pernah cintakan kau. Tapi setelah kau tolak aku waktu aku nak hubungan tu balik dan juga selepas aku tengok kau dengan Taehyung. Kau buat aku berasa benci kat kau. Macamana kau boleh jatuh cinta dengan lelaki seperti Taehyung tu? and yes i'm a playboy."

Selepas itu, Mark mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.

"Kau nak buat apa dengan jarum suntik tu?!" Jerit kau ketakutan.

"Dengan cara inilah aku dapat membunuh Taehyung. Aku dah lama tunggu saat ini. Aku mahu Taehyung mati dalam tangan aku termasuk juga kau."Mark ketawa dengan jahatnya lalu dia menyuntik cecair berwarna hitam di lengan kiri kau.

"Kau tahu tak cecair apa yang telah aku suntikkan tu?" Mata Mark terang berwarna merah disinari lampu di dalam bilik tersebut.

"Suntikan itu akan membuatkan kau menjadi racun kepada Taehyung yang merupakan daripada keturunan Demon dan juga Vampire. Selepas dia hisap darah kau..dia akan mati." Mark smirk.

"Ma-macamana kau tahu dia akan hisap darah aku?"

Mark memegang leher kau dan melihat kesan gigitan taring Taehyung. Dia memegang kesan gigitan taehyung pada leher kau dan kau menjerit kesakitan.

"Ni.. aku tahu ni kesan gigitan Taehyung. Taehyung banyak kali gigit leher kau." Kata Mark memandang mata kau dan dia mengerut dahinya. Mark cuba mencekik kau.

"Kenapa Taehyung hisap darah kau?" Tanya Mark.

"Sa-sakitlah." Kau susah untuk bernafas akibat tindakan mark itu.

"Cakap!"

Kau menggeleng kepala. Kau tidak mahu rancangan kau bersama adik-beradik Taehyung terbongkar.

Tiba2 Mark rebah dan pengsan di sebelah kau. Tangannya yang mencekik leher kau tidak lagi mencengkam leher kau. Kau cepat2 menolak mark jatuh dari katil tersebut.

"Apa yang berlaku?" Kau berasa pelik.

Sebenarnya selepas darah kau dihisap oleh Taehyung malam haritu. Kau telah dirawat dan diberi minum potion keselamatan daripada Rapmon. Rapmon sudah dapat merasakan bahawa akan ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku lalu dia memberi kau minum potion yang akan melemahkan puntianak lain jika dia menghisap darah kau. Potion tersebut dapat bertahan dan mengalir dalam sistem darah kau selama dua hari.

"Y/n!" Tiba2 Jimin masuk melalui tingkap bilik. Rapmon, Jin, Jungkook dan Suga juga ikut masuk sekali kecuali J-hope.

"Jimin.." kau memandang mereka semua. Air mata kau mengalir keluar menahan kesakitan yang amat akibat suntikan yang Mark berikan.

"Wae? Dia ada buat apa dengan noona?" Tanya Jungkook risau melihat keadaan kau.

"Mark suntik sesuatu dalam badan saya. Mana hoseok oppa?"

"Dia tengah cari Taehyung."balas jungkook.

"Cecair apa?" Tanya Rapmon. Rapmon kelihatan seperti doktor puntianak kerana dia membawa kit perubatan dan keselamatan dia.

"Cecair ni." Suga yang memeriksa poket Mark lalu dia tunjukkan botol yang berisi cecair hitam yang dia jumpa di dalam poket Mark.

Rapmon menghidu cecair tersebut lalu melihat warnanya.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Where stories live. Discover now