Kau masuk ke dalam kelas sambil ditemani oleh Bambam dan Jackson. Bambam masih memegang tangan kau sehingga ke kelas dan ramai yang memandang kau. Kau jenis tak kisah dengan apa yang orang cakap tentang kau kerana ia akan menyakitkan hati sahaja. Jadi lebih baik kau diam dan buat tak tahu. Itulah rahsia kunci kebahagiaan kau selama ini.
Taehyung ternampak kau masuk bersama bambam dan bambam sedang memegang tangan kau. Kau nampak seperti tidak selesa.
"Err bambam. Boleh awak lepaskan tangan saya? Malulah ada orang pandang." Bisik kau.
"Ouh.. Mianhae." Bambam melepaskan tangan kau dan memegang belakang kepalanya kerana malu.
"Gwaenchana." Kau tersenyum lalu kau pergi ke tempat duduk kau dan duduk di tempat kau.
Kau menjauhkan diri kau sedikit daripada Taehyung. Yang semestinya disebabkan kejadian di kelas tadi dan kau rasa amat sedih, takut dan kecewa.
"Y/n." Taehyung memandang kau tetapi kau tidak mahu memandangnya. Kau rasa sedikit marah kepadanya. Kau tidak tahu kenapa tetapi memang susah untuk memarahi Taehyung kerana kau mencintainya.
'Mesti dia marahkan aku.' Taehyung mengeluh.
"I'm sorry y/n. Saya takda niat nak marah awak tadi."
Kau masih mendiamkan diri. Kau masih tidak dapat melupakan apa yang dikatakan oleh Taehyung tadi. 'Aku tak cintakan kau.' Hati kau rasa sakit dan patah hati. Lagi2 Taehyung main-main dengannya tentang ciuman itu.
"Y/n." Panggil Taehyung.
"Dah. Mulai sekarang kita bukan kawan lagi. Saya akan jauhkan diri daripada awak. Itu yang awak nak kan?"
Taehyung terdiam.
"Mianhae y/n. Saya takda niat nak buat awak macam tu. Apa yang saya kata tadi semuanya bukan daripada saya."
"Dah saya taknak dengar. Saya tahu awak maksudkannya. Dah jangan cakap apa² lagi dengan saya." Kau bangun dan pergi meninggalkan Taehyung.
Taehyung tidak dapat berbuat apa² dan terpaksa mendiamkan diri. Dia tahu dia salah. Semua ni salah dirinya sendiri dan juga dirinya lagi satu.
Kau duduk di tempat kosong yang berada di hadapan meja Jackson dan menghadap mereka berdua.
"Waeyo? Macam ada masalah je?" Tanya Jackson yang sedang mengemas mejanya yang berselerak itu.
"Wae y/n? Tell me." Kata Bambam pula.
"Takda apa. Cuma takda mood."
"Kau period ke?" Usik Jackson.
"Eish kau ni. Mana ada." Kau rasa malu dengan Jackson.
"Habis tu kenapa takda mood?" Bambam memandang kau.
"Saya ada masalah sikit tapi nanti okaylah tu."
"Nanti kitaorang akan adakan birthday party event. Kami sambut kita² je." Kata bambam yang cuba untuk menukar topik lain.
"Birthday siapa?" Tanya kau.
"Birthday Jaebum. Kitaorang rancang nak ajak kau sekali ke birthday Party Jaebum."
"Jinjja? Bila?" Kau agak teruja dengan event sebegitu.
"This Thursday. Jomlah ikut. Kalau ada awak mesti lagi best dan meriah." Kata Bambam dengan teruja.
"Err kenapa lagi best dan meriah pulak kalau ada saya?" Kau tersengih.
"Sebab kitaorang dah anggap kau sebahagian daripada kumpulan kitaorang. Maksud aku, kau kawan kitaorang dan kitaorang akan jadi lebih gembira kalau kau datang." Kata Jackson.
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
FanfictionCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...