Part 43

3.8K 429 100
                                    

Kau membuka mata kau dengan perlahan dan cuba mengenalpasti di mana kau sekarang. Kau masih berada di dalam bilik kau dan benda yang mengejutkan kau ialah Taehyung baring di sebelah kau dalam bentuk vampire.

Bagaimana kau mengetahui itu adalah vampire ialah apabila warna kulitnya kelihatan pucat dan giginya tajam manakala bentuk demon pula ia lebih menakutkan sedikit dan wajah Taehyung akan kelihatan sedikit calar dan wajahnya mempunyai parut yang dalam di sebelah kiri pipi di wajah Taehyung dan juga kukunya tajam. Kau pernah melihat bentuk demon Taehyung sewaktu dia menyerang kau semasa kau mengambil tangkalnya di sekolah dan semalam di dalam bilik kau berada sekarang.

Tetapi kau berasa pelik kerana malam semalam Taehyung 2.0 itu bertukar dalam kedua2 bentuk sekali iaitu vampire dan demon ataupun panggilan tepatnya ialah vamon.

'Apa dah berlaku?' Kau melihat baju kau terbuka sedikit lalu kau memandang Taehyung dengan cemas.

Kepala dan badan kau berasa sakit lalu kau mengingat kembali apa yang berlaku malam semalam.

Hati kau berdebar2 ketakutan. Kau telah ingat semula apa yang telah berlaku.

[Flashback]

"I will show you the real Taehyung." Taehyung memegang kau tetapi kau meronta2 juga.

"Hajima!! Taehyung!! Please let me go! Whoever you are sama ada awak Demon, Vampire atau Vamon sekali pun. Tolong lepaskan saya!" Jerit kau lalu Taehyung berhenti.

"No! I won't let you go jagiya." Kata Taehyung sambil smirk. Dia telah bertukar kepada bentuk demon dan yang paling peliknya dia tiba2 bertular kepada vampire pula.

"Oppa please.." kau menangis ketakutan. Kau takut kerana lelaki yang berada di hadapan kau itu bukan Taehyung lagi dan juga kau takut dia mengambil kesucian kau. Tapi kau yakin Taehyung masih berada di dalam dirinya lagi.

"Taehyung oppa! Cepatlah keluar.. Oppa kena kuat! Lawan kuasa jahat tu." Kata kau sambil menangis.

"Kau diam. Dia takkan kembali." Kata Taehyung 2.0 itu lalu dia menghisap darah kau lagi sekali di leher kau.

Kau rasa seperti pitam dan mahu pengsan setelah Taehyung 2.0 itu menghisap darah kau.

Taehyung cuba membuka butang baju kau dan kau hanya menangis dan badan kau rasa seperti lemah sekali.

Sewaktu Taehyung 2.0 cuba membuka baju kau tiba2 dia terhenti dan jatuh terbaring ke sebelah kau. Kau juga pengsan tidak sedarkan diri selepas itu.

[End of flashback]

Kau menghembus nafas lega kerana kesucian kau tidak diambil olehnya.

'Macamana dia boleh pengsan?' Tanya kau di dalam hati sambil mengerut dahi berfikir.

'Nanti aku tanya Namjoon oppa.' Kata kau di dalam hati lalu kau bangun untuk mandi.

Jam baru sahaja tunjuk pada pukul 5 pagi tapi kau mahu mandi kerana badan kau rasa tidak selesa.

Kau berdiri di hadapan cermin bilik air dan melihat leher kau. Terdapat dua kesan gigitan di leher kau.

Tiba2 air mata menitis mengalir di pipi kau.

"Oppa I miss you. Mana Taehyung oppa yang dulu." Kau menangis di hadapan cermin bilik air sambil melihat wajah kau.

Wajah kau pucat dan tidak bermaya. Wajah kau nampak lebih tidak produktif berbanding dulu.

Kemudian kau melangkah ke tab mandi yang sedang dipenuhi dengan air yang kau pasang lalu kau mandi di dalam tab air tersebut. Kau meletak sabun untuk membasuh keseluruhan rambut dan badan kau.

Fikiran kau berada di tempat lain. Benda yang tidak dapat kau hapuskan dari fikiran kau ialah Taehyung. "Lagi dua hari." Kata kau dengan perlahan.

"Taehyung oppa please wait for me. Saya akan patahkan sumpahan itu." Kata kau lalu kau mandi menghilangkan sabun di badan dan rambut kau kemudian kau mengeringkan diri menggunakan tuala. Kau tidak suka mandi dengan lama kerana ia membuang masa.

Kau mengeluh apabila melihat rak besi di sebelah cermin bilik air tiada pakaian kau. Kau lupa untuk membawa sekali pakaian kau masuk ke dalam bilik air.

"Macamanalah aku boleh lupa." Kata kau.

'Vemon Taehyung ada di luar. Macamana ni?' Tanya kau di dalam hati.

Kau mengambil tuala lalu kau membalut seluruh badan kau lalu kau membuka pintu dengan perlahan. Kau melihat ke arah katil kau.

"Eh tak ada? Dia dah pergi ke?"tanya kau lalu kau melihat di sekeliling bilik. Demon/ Vampire taehyung sudah tiada.

Kau menghembus nafas lega lalu kau keluar bilik dan menuju ke almari pakaian untuk memakai baju.

.

.

.

Kau menuju ke dapur kerana perut kau berasa lapar. Badan kau masih berasa sakit lagi dan juga leher kau.

Sewaktu kau pergi ke dapur, kau ternampak Suga di sapur sedang minum air berwarna merah.

'Darah?' Tanya kau di dalam hati.

Suga yang sedang minum di dalam gelasnya ternampak kau lalu dia memanggil nama kau.

"Y/n.. duduklah.." Suga tersenyum kepada kau lalu menyuruh kau duduk.

"Oppa memang selalu bangun awal ke?" Tanya kau sambil melihat Suga sedang memegang segelas air berisi air berwarna merah terang.

"Aku tersedar tadi sebab tu aku duduk sini minum air. Kau pula?" Tanya suga sambil melihat wajah kau seperti sedang menafsir dan meneliti setiap inci wajah kau.

"Saya rasa haus sebab tu saya turun." Kau tersenyum.

"Nah minumlah." Suga offer kau minum airnya.

"Er.." kau rasa cuak setelah suga memberi kau gelasnya yang masih ada air berwarna merah itu.

Suga ketawa melihat reaksi kau. "Gwaenchanayo, itu bukan darah." Suga seperti dapat membaca fikiran kau.

Kau tersipu malu. "Ohh hehe mianhae." Kau cuba minum air tersebut dan ternyata air tersebut ialah air jus strawberry.

"See.. bukan darah." Suga tersenyum. Suga cuba untuk berubah demi Cho Che Ri.

"Oppa macamana rancangam kita tu? Berjaya tak?" Tanya kau lalu Suga tersenyum.

"Nae. Berjaya. Mula2 keberatan juga nak buat tapi selepas aku paksa diri aku untuk buat semua apa yang kau suruh akhirnya dia terima aku semula. Gomawo y/n." Ucap Suga.

"Cheonmaneyo. Baguslah kalau berjaya. Saya tumpang bahagia."kau tersenyum dan ketawa lalu minum air jus tersebut.

"Sebenarnya aku tak pernah berterima kasih dengan mana2 manusia. Aku fikir semua manusia sama dan jahat tapi sangkaan aku salah. Kau baik. Terima kasih sebab tolong aku."

"No problem oppa. Oppa pun baik juga." Kau buat peace dekat suga lalu suga tersenyum. Kau tak pernah melihat suga yang banyak tersenyum itu.

"Y/n, wajah kau nampak sangat pucat lah. Kau okay tak?" Tanya suga dengan serius.

"Er okay oppa. Jangan risau dengan keadaan saya." Kata kau lalu terfikirkan taehyung yang menghisap darah kau.

"Nanti minta portion kat Namjoon. kau akan okay sikit." Kata suga.

"Nae oppa." Kau mengangguk.

"Y/n, macamana semalam? berjaya tak?" Tanya suga.

"Berjaya." Kau mengangguk.

"Kita tak boleh cakap benda tu banyak sangat dekat sini." Kata suga lalu kau mengangguk tanda faham.

___________

Terima kasih kerana sudi menunggu. Maafkan author kerana lambat :(

@Taehyung_mole

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Where stories live. Discover now