Keesokan harinya, Taehyung bangun awal seperti biasa dan pergi ke sekolah.
"Taehyung.." panggil kau sewaktu Taehyung berdiri di pintu untuk keluar pergi ke sekolah.
"Taehyung?" Taehyung buat2 tak dengar.
"Tae oppa. Ish mengada ah awak ni." Kau tampar bahu Taehyung lalu Taehyung ketawa.
"Nae nae.. awak nak apa?" kata Taehyung. Kau mendapati perangainya di rumah dan di sekolah amat berbeza sangat lagi2 apabila kau mengenali dia dengan lebih lagi.
"Nanti kalau dorang tanya kenapa saya tak datang awak senyap je tau. Awak cakap tak tahu" kata kau memandang Taehyung yang berpakaian sekolah itu.
"Nae. Arasso." Jawab taehyung sambil mengangguk dan tersenyum.
"Awak jaga diri tau. Mungkin hyung2 saya yang lagi dua orang tu akan balik. So, better awak duduk bilik je dulu and jangan keluar sangat." Taehyung menggosok kepala kau macam budak kecil.
"Nae Tae oppa." Kau tersengih memanggil nama panggilannya.
Taehyung tersenyum lebar lalu keluar.
Di Sekolah...
"Y/n tak datang ke harini?"tanya bambam kepada Jackson sambil menoleh ke belakang memandang tempat duduk kau yang kosong itu. Hanya Taehyung sahaja yang duduk di situ.
"Tak kot." Jawab jackson.
"Kenapa dia tak datang? Patut tak kita tanya Taehyung kenapa dia tak datang?" tanya bambam.
"Apa kena mengena dengan Taehyung? Aku rasa dia tak tahu apa2 asal y/n tu."kata Jackson lalu memikirkan kali terakhir dia berjumpa kau iaitu di rumah Jaebum.
Pada waktu rehat..
"Taehyung, mana y/n?" Tanya Mark yang berdiri di sebelah meja makannya. Taehyung hanya mendiamkan diri.
"Kalau aku tanya tu jawablah." Mark meninggikan suaranya.
"Aku tak tahu." Taehyung memandang mark yang sudah pergi setelah Taehyung kata tidak tahu.
Di rumah...
Jimin dan Jungkook pergi ke sekolah puntianak bersama J-hope manakala Suga ada di rumah agam yang besar bersama kau.
Kau melihat pemandangan di luar tingkap yang gelap itu. Kau melihat jam. Pukul 10 pagi.. tapi gelap. Sudah lama kau tidak melihat cahaya matahari kerana di alam puntianak memang sentiasa malam. Puntianak tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari dan mereka takutkan cahaya matahari.
'Tapi bagaimana Taehyung boleh bertahan dengan cahaya matahari' tanya kau di dalam hati. 'Itu memang pelik.' Kata kau lagi.
Lalu kau pergi ke bilik Suga untuk menanyakan persoalan yang tersimpan di dalam hati kau.
Kau berdiri di depan pintu bilik Suga dan melihat dia sedang menulis sesuatu di dalam bukunya di atas katil sambil meniarap.
"Annyeong Yoongi oppa. Boleh saya masuk?"
"Masuklah.." Suga menutup buku notanya lalu simpan di dalam laci meja.
"Ada apa kau ke sini?" Tanya Suga lalu duduk di atas katilnya.
"Macam ni. Puntianak tak boleh terdedah dengam cahaya matahari kan?" Tanya kau.
"Tak." Suga menggeleng kepala.
"Tapi kenapa Taehyung boleh terdedah dengan cahaya matahari? Dia kan puntianak?" Kata kau.
"Oh itu.. Sebenarnya dalam keluarga kami, Taehyung merupakan yang paling kuat dalam keluarga ni. Sebab tu dia tak dapat kawal kuasa dia yang kuat tu. Walaupun dia tak dapat kawal kuasa dia, tapi dia ada banyak keistimewaan yang kami tak ada. Contohnya macam tadilah. Dia tahan dengan cahaya matahari." Jelas Suga.
"Ouhh begitu." Kau mengangguk.
"Macamana hubungan oppa dengan gf oppa? Dia dah okay? Oppa dah buat ke belum rancangan tu?" Tanya kau. Suga menarik nafas yang dalam lalu menghembus keluar kemudian dia menggeleng kepalanya. "Belum.."
"Waeyo oppa?" Kau duduk di kerusi berdekatan meja Suga.
"Aku rasa dia kecewa dengan aku dan dia suruh aku buktikan yang aku tidak akan menghisap darah manusia lagi. Aku risau kalau rancangan kau tak berkesan." Kata Suga dengan sedih.
"Oppa tak cuba, mana oppa tahu. Oppa cuba lah malam ni. Saya yakin dia akan terima oppa balik." Kata kau lalu tersenyum.
"Emm okay aku akan cuba malam ni." Suga mengangguk.
"Okay saya keluar dulu. Fighting oppa!" Kau ketawa kecil.
"Hehe nae." Suga tersenyum.
Kau keluar dari bilik tersebut lalu kau turun ke bawah untuk minum air. Kau membuka peti ais dan mengambil air suam yang dibeli oleh Taehyung semalam.
Setelah kau minum air, kau membasuh cawan tersebut dan kau menoleh ke belakang untuk keluar ke dapur.
"Siapa kau?"
_______________
@Taehyung_mole
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
FanfictionCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...