Setelah kau makan malam masakan kau, kau duduk di ruang tamu sambil bermain dengan laptop kau.
"Aku pelik dengan taehyung. Kenapa mata dia merah dan semua tu? sebab jin yang dia bela ke?" Kau berfikir.
"Kenapa aku tak boleh terlalu dekat dengan dia ataupun sentuh dia?" kau teringat lagi amaran yang diberikan oleh kawan2 kau dan juga Taehyung.
"Suatu hari nanti aku akan tahu juga." Kau tersenyum. 'Kenapa aku nak tahu sangat pasal dia? Takkan kau sukakan dia y/n?' Kau mengomel sendirian.
"Tak tak." Kau menggeleng kepala.
Tiba2 kau teringatkan Mark. "Aku tak sangka mark sanggup buat macam tu dekat aku. Mulai sekarang aku akan jauhkan diri daripada dia." Air mata kau menitis teringat kenangan kau bersama Mark.
"Yes aku cintakan dia dulu. Dulu dia baik tapi lepas aku tengok dengan mata sendiri aku tak sangka dia playboy. I hate you mark." Kau mengesat air mata kau.
"Ahh bosannya duduk rumah."kau menyandarkan kepala kau di atas sofa. Setelah ayah kau pergi oversea pagi tadi, tiba2 kau rasa sunyi dan sepi.
"Aku kena kuat menghadapi cabaran dan dugaan ni. Aku tak boleh lemah." Kau berasa sangat berterima kasih pada Taehyung. Kalau tiada dia apalah yang akan jadi pada kau nanti.
Kau mengambil telefon kau dan melihat skrin telefon.
"Appa tak contact aku pun." Kau mengeluh.
"Semoga appa baik2 saja di sana."
Kau baring di atas sofa di ruang tamu. "Bosannya."
"Macamama Taehyung boleh tahu aku ada dekat situ?" Kau tertanya2.
Kau memandang siling dan teringatkan Taehyung sehingga tertidur.
.
.
.
Keesokan harinya..
"Annyeong Taehyung!" Kau terserempak dengan taehyung di loker dan kau melambai pada taehyung. Taehyung membalas lambaian kau. Setelah korang berdua mengambil buku di loker, korang ke kelas bersama2.
"Annyeong y/n!" Ucap eunji sambil tersenyum tetapi tiba2 sahaja senyumannya terhenti apabila terpandang Taehyung.
"Annyeong." Kau tersenyum lalu kau duduk ke tempat duduk kau bersama Taehyung. Kau rasa amat gembira apabila bersama taehyung.
"Harini kita rehat sama2 eh?" Kau melihat taehyung yang sama sahaja reaksinya seperti kali pertama menjumpai kau.
"Boleh." Taehyung mengangguk.
Taehyung melihat mulut kau sedikit lebam. "Dah letak ubat?" Tanya taehyung.
"Nae, saya dah letak." Kau memegang lebam di bibir kau.
"Taehyung, macamana awak tahu saya ada dalam bahaya?" Tanya kau kerana kau berasa pelik bagaimana taehyung tahu kau berada di situ bersama mark.
"Saya terdengar awak jerit nama saya." Taehyung memandang ke depan sambil memegang gelang berbentuk tangkalnya itu.
"Wow kuat ke saya jerit?" Kau menutup mulut kau.
"Eh taklah. Saya dengar dalam kepala saya dan saya ikut firasat saya."
"Woah awak ada kuasa baca fikira ke?" Kau mula teruja dengan Taehyung.
"Err taklah. Saya memang dilahirkan begini." Taehyung tersenyum kecil. Dia tidak mahu kau mengetahui lebih lagi tentangnya.
"Emm taehyung, gomawo. Kalau awak takda semalam, saya tak tahu apa yang akan terjadi dengan saya." Kau memandang meja kau.
"Cheonmaneyo. Awak ada apa2 dengan dia ke? Awak kena hati2 dengan dia sebab saya selalu nampak dia keluar dengan berlainan perempuan setiap masa." Kata taehyung.
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
FanfictionCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...