Part 11

4.6K 469 37
                                    

Keesokan harinya, kau bangun seperti biasa untuk bersiap ke sekolah dan membuat breakfast untuk kau dan ayah kau.

Kau teringin sangat ingin meluahkan masa bersama ayah kau tetapi ayah kau sentiasa sibuk. Hubungan kau dan ayah kau sudah tidak beberapa rapat sangat semenjak ayah kau selalu pulang lewat dan tidak ada di rumah meluangkan masa bersama kau.

"I have something to tell you." Kata ayah kau sambil memakai tali lehernya.

"What is it appa?" Kau duduk lalu meletakkan jem strawberry di kepingan roti.

"Appa akan ke luar negara untuk urusan perniagaan appa. Appa bercadang nak kamu ikut sekali ke luar negara." Kau meletakkan roti di atas pinggan dengan kuat setelah mendengar perkataan pindah.

"Appa, kenapa appa asyik sibuk dengan kerja? Saya penat tau appa. Saya penat."

"Mianhae. Appa buat semua ni untuk kamu juga. Supaya kamu hidup dengan senang.."

"Appa semua ni pun dah cukup. Apa lagi appa nak? Saya taknak ikut appa. Saya taknak" kau menggeleng kepala kau. Kau mahu menangis kerana appa kau begitu sibuk dengan pekerjaannya itu.

"okay appa janji appa akan bersara lepas appa uruskan urusan perniagaan appa ni."

"Appa dah banyak kali buat janji macam tu. Saya nak appa bersara sekarang." Kau berpeluk tubuh. Ia nampak kebudakan tetapi kau tetap tidak kisah.

"Sekarang appa tak boleh bersara. Banyak lagi appa kena uruskan. Tapi appa akan cuba mempercepatkan urusan perniagaan ni." Pujuk appa kau.

Kau mendiamkan diri.

"Appa akan keluar negara dan appa mahu kamu ikut appa. Appa bukan ke sana sekejap tau. 3 bulan appa akan ke sana."

"Saya taknak lah appa. Saya nak sekolah sini. Saya taknak pindah sekolah."

"Semua sekolah sama je. Appa akan cari sekolah yang lebih baik."

"Appa! Saya taknak!" Kau membantah.

"Kamu jangan degil. Takkan appa nak tinggalkan kamu sorang diri dekat sini? Kamu tu perempuan."

"Appa saya tetap taknak ikut appa. Saya boleh jaga diri sendiri dan saya ada duit sendiri di dalam bank saya. Appa tak perlu risau."

"Kamulah satu2 anak appa. Kalau boleh appa nak kamu ikut sekali." Appa kau memandang kau dengan wajah merayu minta simpati.

"Appa saya dah penat tahu tak? Saya takkan ikut appa."

"Sayang. Kamu sayang appa kan?" Appa kau memandnag kau dengan sedih.

"Mestilah.." kau elak daripada memandang wajah appa kau. Kau tidak sanggup memandang wajah appa kau kerana ia akan membuatkan kau kesian..

"Ikut appa. Appa risau appa takkan balik ke sini."

"Appa please don't say like that." Kau mahu menangis.

"Jebal? Appa sayangkan kamu. Kamulah satu2nya anak appa yang appa sayang. Appa akan bertolak pagi ni. Jom ikut appa." Ayah kau merayu pada kau.

"What appa? Kenapa cepat sangat? Appa keputusan saya muktamad. Appa pergilah uruskan perkerjaan appa tu. Saya boleh jaga diri saya. Mianhae appa. I can't go with you. " Kau bangun mengambil beg dan kau keluar. Appa kau memandag kau dengan wajah yang kau tak sanggup tengok kerana ia membuatkan kau sedih dan mahu menangis. Appa kau memanggil kau tetapi kau terus pergi dan pergi dan tidak menghiraukan appa kau. Kau menangis dan kau tidak kisah dengan keadaan sekeliing. 'Mianhae appa.'

"Kenapa aku perlu hidup macam ni?" Kau mengesat air mata kau yang mengalir keluar. Kau menaiki teksi untuk ke sekolah lalu kau membayar tambang tersebut.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Where stories live. Discover now