Kau pergi ke arah suara tersebut dan kau berhenti di hadapan sebuah bilik. Kau ternampak Suga sedang berdiri merenung ke luar tingkap. Mungkin dia sedang melihat Taehyung dan J-hope keluar.
"Kenapa oppa panggil saya?" Tanya kau lalu kau masuk ke dalam biliknya.
"Taehyung dan Hoseok pergi ke mana?" Tanya Suga.
"Dia tengah cari bahan untuk buat portion."
"Portion apa?" Tanya Suga.
"Portion untuk saya keluar dari dunia puntianak." Kata kau.
"Oh...Bagus." kata Suga lalu mengangguk.
"Kenapa bagus?" Tanya kau. Suga kata bagus kerana dalam lima-lima cara untuk mengeluarkan manusia itu, mereka berdua pilih yang portion kerana yang lain akan melibatkan perkahwinan dan benda yang berkaitan dengannya. Suga tahu tentang perkara itu.
"Takda apa. Aku panggil kau sebab aku nak tanya sesuatu." Kata Suga lalu memandang kau.
"Apa dia oppa?"
"Oh okay. Aku nak tanya sama ada kau ikhlas cintakan Taehyung atau tidak?" tanya Suga lalu memandang tepat di dalam mata kau.
"Nae. Saya ikhlas cintakan dia." Kata kau dengan yakin.
"Tapi dia puntianak dan kau manusia. Kau dan dia bagaikan langit dan bumi. Banyak perbezaannya.Dia boleh melukakan kau bila2 masa sahaja." Kata Suga. Sebenarnya kata2 Suga itu banyak mewakili dirinya sendiri. Dia ingin tahu bagaimana perasaan manusia terhadap puntianak sepertinya. Lagi2 perasaan Che Ri. Dia ingin mengetahui daripada kau. Keadaannya sama seperti Taehyung dan dia telah jatuh cinta dengan manusia juga.
"Saya tak tahu kenapa saya cintakan dia. Tapi saya dapat rasakan hanya dialah yang dapat melindungi saya. Saya rasa selamat apabila berada di sisi dia walaupun orang kata dia berbahaya tetapi saya rasa sebaliknya. Dia tak bahaya bagi saya. Cinta itu memang pelik. Kita tak dapat menduga bila cinta akan datang. Saya tidak kisah dia puntianak ke, serigala jadian, demon, jin atau apa2 pun tapi saya tetap cintakan dia. Cinta tak mengenal rupa, darjat, keturunan dan usia. Saya percaya dengan dia dan saya sanggup melakukan apa saja untuk dia." Kata kau. Sejak bila aku jadi pemuisi cinta ni?
Kata2 kau membuatkan Suga rasa tersentuh.
"Tiada siapa yang dapat halang cinta saya dan Taehyung. Saya cintakan dia sangat2. I believe him." Kata kau setulus hati.
Suga tidak pernah mendengar pengakuan seperti itu daripada manusia terhadap puntianak.
Suga terdiam.
"Yoongi oppa. Kenapa ni?" Kau melihat Suga seperti berasa susah hati dan sedih. Suga mengalirkan air matanya. Air mata lelakinya keluar.
"Thank you y/n." Suga memeluk kau dengan terharu. Kau tidak menyangka Suga memeluk kau.
"Wae oppa? Jangan nangis." Kata kau lalu kau mendudukkan Suga di atas kerusi.
"Terima kasih sebab cintakan adik aku setulus hati walaupun dia seorang campuran manusia, puntianak dan demon. Terima kasih juga sebab selamatkan adik aku. Kau amat cintakan dia. Aku dapat rasakan itu di dalam pandangan mata kau. Kamsahamnida. Kau jangan lukakan hati adik aku tau." Suga melepaskan pelukannya dan mengesat air matanya.
"Cheonmaneyo. Nae saya takkan melukakan hati Taehyung." Kau terkaku sebentar.
"Sebenarnya aku telah bunuh ramai manusia. Aku ni pembunuh. Aku tak dapat kawal kemarahan aku terhadap manusia. Bukan sebab aku tak dapat kawal diri aku. Aku telah lukakan hati dia."
"Hati siapa? Marahkan manusia? Wae?" Kau duduk di sebelahnya dan memenangkan dia. Kau menelan air liur sewaktu suga menyebut perkataan marah dan manusia.
YOU ARE READING
THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]
FanfictionCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Di sekolah itu terdapat beberapa peraturan pelik yang dibuat oleh pelajar di situ iaitu : 1. Jangan tegur dia 2. Jangan pandang mata dia Siapakah 'dia' itu...