Part 24

3.5K 388 19
                                    

Pada pukul 5 pagi...

"Jimin!" Taehyung yang masuk ke dalam biliknya terkejut sehingga ubat dan barang yang dibeli olehnya terlepas ke atas lantai. Kemudian dia mengambil ubat tersebut dan letak di atas meja. Taehyung melihat Jimin sedang memeluk kau ke dalam pelukannya dan berselimut.

"Woi jimin!" Taehyung menggoyang badan Jimin dan menampar perlahan wajah jimin untuk mengejutkannya. Dia tidak mahu kau terjaga.

"Emm" jimin meletakkan kakinya di atas badan kau dan mengeratkan lagi pelukannya seperti memeluk bantal peluk. Hati Taehyung berasa sakit melihat kembarnya memeluk perempuan kesayangannya.

"Apa kau dah buat dekat dia hah? Aku tahulah kau tak suka manusia" Taehyung mengongcang badannya.

"Apa dia?" Jimin membuka matanya lalu terpandang seorang perempuan yang dipeluk olehnya.

"Omo apa ni?" Jimin terkejut dan terus terbangun turun dari katil.

"Apa ni?" Jimin menggelabah lalu menghidu sesuatu. "Manusia? Kenapa ada manusia dalam bilik ni?"

"Kau tak tahu? Kau tak ambil kesempatan kat dia?" Taehyung menolak Jimin.

"Apa yang kau cakap ni? Siapa perempuan tu?" Kata Jimin dengan terkejut lagi. Taehyung berhenti lalu memandang kembarnya. 'Oh jadi dia tak tahu.'

"Okay bertenang2." Taehyung menenangkan kembarnya.

"Macamana aku boleh peluk dia? Aku nak bagitahu hyung." Jimin mahu membuka pintu tetapi Taehyung cepat² menarik tangan Jimin dan berdiri di hadapan pintu untuk menghalang Jimin keluar.

"Jimin. Jangan. Tolong aku. Dia kawan aku." Kata Taehyung dengan perlahan.

"Kawan? Kau kawan dengan manusia? Oh lupa kau sekolah manusia. Tapi kenapa kau bawa manusia ke rumah kita? Kau tahukan aku tak suka sangat dengan manusia dan kita ada peraturan di rumah ni? Aku kena keluarkan manusia ni." Kata Jimin lalu pergi ke arah kau dan mendukung kau.

"Apa kau buat ni? Lepaskan dia." Mata Taehyung berwarna merah lalu Jimin tidak dapat bergerak. Jimin tidak mempunyai kuasa seperti Taehyung kerana dia hanyalah puntianak.

"Kenapa kau bawa manusia ni ke rumah kita?" Tanya Jimin dengan marah.

"Dengar penjelasan aku dulu. Kau letak balik dia." Kata Taehyung dengan mata merahnya.

"Nae." Mata Taehyung bertukar warna kemudian Jimin boleh bergerak semula. Jimin meletakkan kau ke atas katil lalu Taehyung menceritakan segalanya kepada Jimin tentang dia kena serang dan juga kau cuba menyelamatkannya.

"Okay aku percaya kata kau dan juga manusia ni. Tapi kenapa dia tak sedar bila aku peluk dia? Kau hisap darah je kan?"

"Tak. Aku ambil tenaga dia sekali."

"Macamana kau ambil tenaga dia? Jap.. kau cium dia?" Mulut Jimin ternganga. "Kau cium manusia?" Jimin tidak menyangka kembarnya mencium manusia.

Taehyung seperti malu untuk menberitahu kembarnya.

"Lupakan. Yang penting sekarang ni, kau jangan bagitahu sesiapa. Kau dah tutup fikiran kau kan?"

"Dah aku dah tutup." Jimin mengangguk.

"Jungkook takda kata apa2?" Tanya Taehyung.

"Jungkook? Dia tahu pasal ni juga ke?"

"Taklah. Kau sorang je yang tahu. Tolong aku tau. Jangan bagitahu sesiapa."

"Nae nae aku tak bagitahu." kata Jimin.

"Okay good. Sekarang ni aku nak ubat luka dia. Kau boleh tolong aku tak?" Taehyung mengambil ubat di atas meja.

"Tolong apa?" Jimin berpeluk tubuh seperti malas untuk membantu Taehyung.

"Kau tolong ambil kain basahan dan bekas berisi air." Arah Taehyung.

"Nae." Jimin keluar bilik dan buat apa yang disuruh oleh Taehyung.

Setelah Taehyung merawat luka kau, Taehyung membetulkan kedudukan tidur kau.

"Takkan kau tak sedar semalam? Nasib baik kau tak hempap dia. Dia dahlah kecil. Badan kau tu berat." Kata Taehyung.

"Aku tak perasan semalam. Balik aku terus tidur. Oh okay.." jimin sudah ingat semula.

'Jadi benda yang aku ingat bantal peluk tu dia?' Jimin memandang badan kau yang seperti bantal peluk tu.

"Wae?" Taehyung mengerut dahinya.

"Takda apa." Kata jimin sambil menggeleng kepala.

"Lebih baik kau mandi dan letak pakaian kat badan kau. Takkan kau nak dia tengok badan kau tu?" Kata Taehyung. Jimin masih tidak berpakaian dan cuma memakai boxernya sahaja.

"Eh boleh je kalau dia nak tengok badan aku. Tengok ni." Jimin menunjukkan musclenya.

"Berlagak." Taehyung menyimpan ubat di dalam laci. Jimin ketawa. "Okaylah aku mandi dan pakai baju." jimin bangun dan pergi mandi.

Taehyung mengeluh. "Y/n.." Taehyung mengusap kepala kau. Kau masih tidak sedarkan diri lagi.

'Lebih baik aku ambil portion tu kat bilik Namjoon sekarang sementara Namjoon hyung tak balik lagi.' Untuk pergi ke perpustakaan puntianak itu mengambil masa yang agak lama kerana ia perlu melintasi hutan dan ia mengambil masa satu hari untuk sampai ke situ. Taehyung bangun dan keluar dari biliknya untuk mengambil ubat.

"Morning Hyung." Ucap jungkook yang baru keluar dari biliknya dalam keadaan mengantuk lagi. Jungkook menguap.

"Morning. Kenapa kau tak suruh jimin tidur bilik kau semalam?" Tanya Taehyung sambil bercekak pinggang.

"Ohh.. aku tertidur. Mianhae hyung." Jungkook tersengih.

"Takpalah. Pergi mandi." Kata Taehyung lalu Jungkook mengangguk.

Taehyung bergegas ke bilik namjoon untuk mengambil portion.

.

.

.

10 minit kemudian...

"Sejuknya." Jimin yang memakai boxer itu sahaja keluar dari bilik air yang berada di dalam biliknya sambil mengeringkan rambutnya yang basah itu menggunakan tuala.

Jimin memandang kau lalu memandang pintu. 'Taehyung tak datang lagi.' Jimin tersenyum kemudian dia pergi ke arah kau. Jimin duduk di sebelah katil kau dan memandang kau.

'Betul ke kawan je? Atau lebih dari kawan? Aku bagi kau peluang kali ni sebab kau selamatkan kembar aku. ' Jimin merenung wajah kau. 'Cantik juga dia ni.' Jimin mendekatkan wajahnya ke arah kau lalu menghidu kau.

"Wo wo.." Jimin menjauhkan diri daripada kau.

"She smell different. Bau manusia. Kuatnya bau manusia." Jimin bangun menjauhkan diri daripada kau kerana dia seorang puntianak dan bila2 masa sahaja dia boleh menghisap darah kau.

Jimin bangun lalu menuju ke almari pakaiannya untuk memakai baju.

"Ahhhhhh!!!"

___________

@Taehyung_mole

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Where stories live. Discover now