BAB 2

167 6 0
                                    

Tiga hari dikampung sangat membuat mata aku sakit. Sakit tengok kemesraan antara Izzat dan Kira.

"Adik, nak balik kerling ke nak tinggal sini?" Umi tanya.

Memandangkan esok abang kena balik UPSI, umi dengan abah pun kena balik jugak.

"Tak tahulah. Nak balik taknak eek?" Aku ajukan soalan.

"Mana umi tahu. Kalau nak balik cepat kemas barang. Esok gerak awal. Petang abang ada klas." Kata umi.

Umi keluar meninggalkanku sendiri didalam bilik.

Bila aku sendiri, apa lagi.. Hindustanlah jawabnya. Nanti-nantilah filir nak balik ke idok!!

Cerita Veer-Zaara menjadi tontonanku kali ni. Walaupun sudah beberapa kali aku tengok, tapi tak jemu-jemu.

Gandingan pelakon mantap Shah Rukh Khan, Preity Zinta, Amitabh Bachan dan Hema Malini membuat aku terpegun dengan cerita ni.

Air mata aku meleleh. Inilah padahnya! Nasib baik malam ni aku sorang je dalam bilik. Yang lain semua ada diluar sedang bersembang agaknya.

Sob..sob..sob.. air mata tak boleh berhenti tengok cerita ni. Sedih dia,lain macam!

"Eh, adik menagis ke tu?" Ujar umi kepada maklong.

"Yelah.Aira nangis. Kenapa?" Kata maklong pula.

"Biar Izzat tengok." Izzat bangun menyusun langkah.

Sok..sek..sok..sek.. aku
menangis.

Macam mana ni? Nak pause cerita ni memang takkanlah!

Ehhem! Aku terdengar bunyi orang berdehem.

Aku paling kearah pintu. Izzat?! Omg!

Nasib baik aku memang pakai tudung!

"Kenapa Aira nangis?" Tanya dia.

Ajuhmak..nak jawab pe ni? Takkan nak jawab sebab tengoj cerita hindustan kot.

Terus terang jelah!

"Tengok cerita ni. Sedih!" Ujarku.

"Cerita apa?"

Izzat datang
melangkah menghampiri aku. Eh dia ni, ni dalam bilik kot! Karang tak pasal-pasal kahwin free. Memanglah aku suka kau, tapi taklah sampai kena kahwin free!

"Veer-Zaara." Mata aku tumpukan semula kepada cerita tersebut.

"Pasal apa ni?" Banyak tanya betul mamat ni!

Aku pausekan cerita tersebut.

"Tengoklah sendiri!" Aku keluar dari bilik.

Kring..kring..

Telefon rumah berbunyi. Siapa pulak call malam-malam ni?

Aku angkat.

"Hello."

"Ni anak dia. Kenapa?"

"Allah.." Telefon terhempas. Aku tak tahu apa nak kata.

Abah!! Abang!!

Tadi abah, abang dan paklong pergi keluar jumpa kawan sekampung. Tak sangka jadi macam ni.

Aku tak ada suara untuk memanggil umi dan lain-lain. Aku tersandar di dinding. Lutut ku peluk erat. Air mata membanjiri muka.

"Adik, kenapa ni?" Umi datang kearahku.

"Umi "Aku peluk dia erat.

Tak lama itu, semua datang kearahku. Muka penuh dengan tanda tanya.

"Kenapa ni?"

"Abah, abang dengan paklong!" Ujarku.

"Kemalangan dan disahkan meninggal ditempat kejadian." Aku ulang apa yang dilata pihak hospital.

"Allah!!" Semua terkejut.

"Pi pakai tudung kita pergi hospital." Kata atuk.

..................................................................................................................................................................

"Abah! Abang!"

Aku teriak sebaik sahaja nampak jasad layu abahku dan abang. Sudah tidak bernyawa!

"Mi, kenapa abah dengan abang tinggalkan kita mi? Kenapa? Adik nak dia orang mi!" Aku menangis dalam pelukan umi.

" Bawak mengucap sayang! Allah sayang mereka dengan paklong. Banyak-banyak sedekah Al fatihah. "Bisik umi.

Aku rasa pandanganku kabur. Dan makin lama makin menggelap. Aku terkulai didakapan umi.

..................................................................................................................................................................

"Adik.." Aku terdengar siara yang cukup aku kenal.

"Abang! Abah!" Jeritku.

"Jaga umi baik-baik ya sayang. Jangan bagi umi nangis. Adik kena banyak bersabar. Allah uji adik supaya adik lebih ingat kepada dia." Abah bersuara.

"Adik, belajar betul-betul. Maaf sebab abang tak mampu berada disisi adik sekarang. Jaga diri ya." Giliran abang pulak.

Mereka berdua mencium pipiku.

"Abang!" Aku tersedar dari tidur yang lama.

"Aira.." Suara Ilyas memanggilku.

"Ilyas.. Umi mana?"

"Makngah ada nak kena uruskan hal pakngah sekejap. Kau okey?"

"Tak ada lelaki yang boleh jaga aku sekarang ni Yas." Air mata gugur kembali.

"Jangan cakap macamtu. One day mesti ada lelaki yang akan menjadi imam kau."

"Abah aku Yas!!"

"Ye..abah aku pun tak ada. Allah turut ambil dia sekali. Kita kena redha! Ada hikmah dia." Nasihat Ilyas.

Krik.. pintu dikuak dari luar.

"Adik.." umi menerpa kearahku.

"Umi.." aku sambung nangis.

NOT LIKE BUT LOVEWhere stories live. Discover now