BAB 5

161 6 0
                                    

Aku terdengar pintu utama seperti cuba dibukak.

"Yan, dengar tak?" Aku tanya dia yang sedang menggaulkan spegetti yang sudah dicampurkan dengan kuah creamy.

"Apa tu weh?" Tanya dia.

"Aku tak tau. Jomlah tengok. Spegetti tu dah masak dah. Tutup api."

Aku dengan Dayana perlahan-lahan melangkah kepintu besar. Tangan aku sediakan sudip kayu.
Lagi 3 langkah kami

menghampiri pintu, tiba-tiba pintu terbuka sendiri dari luar.

"Tolong!!! Pencuri!!!" Dayana menjerit. Sudip kayu yang aku pegang terlepas.

Ketar Lututku!
Mulut aku dan Dayana ditutup dengan tangan mereka. Aku mahu meraung namun apakan daya, tenaga mereka melampaui tenagaku.

Kami dibawa kedapur. Ya Allah..aku takut!

"Pergi geledah!" Kata orang yanv menutup mulutku kepada 2 konconya.

Dan tiba-tiba,

"Woi!!" Aku pandang si empunya siara. Abang Izzat!

Aku perhati dia membelasah 2 lelaki yang memakai topeng.
Mereka berdua tumpas.

"Kalau berani kau langkah!"

Perompak yang memakai topeng dan menekup mulutku berkata.

Bagai dijemput malaikat maut aku apabila terdapat sebilah pisau dileherku.

"Allah!" Yak lepas aku mengucap dua kalimah syahadah. Mana tahu Allah tarik nyawaku saat itu.

Aku nampak abang izzat melangkah perlahan kearahku. Ya Allah..bantu aku!

"Lepaskan dia!" Suruh izzat.

"Makin kau dekat, makin dekat dengan maut perempuan ni!"

Aku tak tahu nak buat apa. Aku nampak umi, maksu, paksu dan yang lain turun. Mereka turut menangis ketakutan.

Izzat semakin hampir. Dayana disebelahku sudah diam seribu bahasa. Cuma air mata yang mengalir deras dipipinya.

Sapp!!!

Aku terdiam. Terkejut dan.... tak dapat alu gambarkan.

Allah..tergamaknya dia!
Aku memegang perutku. Diriku telah dilepaskan.

Pisau yang menusuk perutku aku tarik.

Allah...peritnya!

Kalimah syahadah menitir dibibirku.

"Adik!!" Aku nampak umi memelukku. Semua datang kepadaku.

"Jom bawak Aira pi hospital." Aku sudah separa sedar. Yang pasti, abang Izzat yang mengendongku. Ada selit rasa gembira disitu.

..................................................................................................................................................................

"Adik.." Aku mendongakkan kepala untuk melihat sang pemanggil.

"Mari ikut abah dengan abang." Aku pandang abang yang berbicara.

Tercalit sedikit senyuman dibibirku. Aku peluk erat mereka berdua.

Rindunya!

Aku jalan ikut mereka. Tiba-tiba ada yang sedang menangis memanggilku.

Kakiku terhenti. Bagaikan ada yang terikat dikakiku.

"Adik..bangu sayang. Jangan tinggalkan umi. Bangun." Seorang wanita yang amat aku kenali muncul.

NOT LIKE BUT LOVEWhere stories live. Discover now