BAB 9

136 7 0
                                    

Pejam celik-pejam celik diploma aku dah raih. Alhamdulillah. Cepat masa berlalu.

"Umi, nanti adik nak sambung ijazah pulak. Tak bestlah setakat diploma je." Aku ujar hasratku semasa didalam kereta.

"Mak long setuju tu." Sambuk maklong.

"InsyaAllah. Yang penting belajar je." Kata umi pulak.

Kami bergelak ke rumah. Biarpun umi mahu pindah, tapi maklong tak kasi. Apa sebab? Nantu dia lonely. Maklumlah, anak semua dah pi belajaq.

Aku sampai dirumah maklong. Aikk..apahal lawa kemain rumah maklong ni?

Siap ada pelamin bagai? Anak dia nak kahwin ke?

"Maklong, siapa nak kahwin ni?" Mentang-mentang aku jauh, takmahu bagitahu ya?

"Kak Izzati kahwin." Ternganga mulutku. Dah nak kahwin dah?!

"Kak Izat kahwin?" Terkejut. Sudah kebiasaan aku panggil dia kak Izat. Walaupun tu nama adik dia. Hehe.

"Yelah. Akak nak kahwindah lusa." Entah dari mana si Izzati ni datang tiba-tiba menyampuk.

"Wah..bagus! Tambahlah nanti cucu maklong." Saja aku menyakat. Merah jugaklah muka si Izzati ni. Ghehehe.

"Banyaklah Aira!"

Tergelak aku tengok muka dia. Ahahaha. Shy-shy cat gituh!

..................................................................................................................................................................

Pak pak pak pak
Gebung gebung gebung gebung
Pak pak pak pak
Gebung gebung gebung gebung

Paluan kompang sangatlah membingitkan. Ingatkan sekarang guna audio je. Tapi maklong masih guna kompang betul.

Sebenarnya aku bukan ada mood sangat pun. Sejak semalam semasa akad nikah lagi.

Sebab apa? Abang Izzat boleh pulak bawak makwa dia. Dan makwa dia tu roommate aku. Hadira Jamila. Memang menyirap. Tapi dalam hati jelah.

Macam manalah Hadira yang baru 20 tu boleh jatuh hati dengan orang 25 tahun.

Dan mula dari semalam, manis senyumanku hilang terbang. Yang ada hanyalah senyuman kelat. Geli aku tengok izzat dengan Dira tu. Acah pegang baby sama-sama. Yuksss!

"Adik, jom salam tokmi dengan atuk." Lamunanku mati apabila umu berbicara. Aku hanya mengikut.

"Tokmi, atuk. Apa khabar?" Aku hulurkan salam. Biarpu mereka membenciku tanpa sebab yang aku tahu, tapi mereka tetap darah dagingku.

"Khabar baik." Huluran tanganku disambut. Dan dalam sekelip mata, tubuhku dalam pelukan tokmi. Amazing!

"Maafkan kami." Pohon wanita tua itu.

Aku bangungkan tokmi.

"Shuuu...orang kahwin kita nangis. Malulah." Ujarku. Aku bukanlah seorang yang pendendam!

"Jomlah duduk dimeja pengantin. Banyak tempat kosong lagi. Family lelaki dah ambik yang depan. Ada lagi 2 meja bulat yang kosong." Datang maklong.

Aku nak makan? Mungkin tak!

"Jom." Umi keluar bersama atuk, tokmi dan maklong.

"Aira, jomlah." Ajak maklong.
Aku sekadar senyum. "Tak apalah. Kenyang."

Berkerut dari mereka.

"Kamu kenyang makan apa Aira? Dari tadi tak makan atuk tengok."Sengeh sahaja aku.

NOT LIKE BUT LOVEWhere stories live. Discover now