14/3 (Hari akad nikah)
Assalamualaikum. Saya bukan penentu jodoh. Tapi apa yanv saya nak, awak kahwin dengan Izzat. Hati awak ada pada dia dan saya yakin awak akan bahagiakan dia.
Tipulak kalau saya kata saya tak sayang akan dia. Namun itu dulu. Sekarang, awak bahagialah bersama dia. Saya tidak akan kacau hubungan awak dengan izzat.
Saya akan lergi mengejar cita-cita saya. Mungkin saya akan balik. Mungkin tidak. Nuraira Darlisyah, tolong bahagiakan Izzat Amer.
Ambil baju ni. Pakai semasa nikah. Saya ada. Perhati awak dari jauh. Happykan Izzat.
Salam sayang,
Hadira Jamila.Aku baca surat yang diberi Dira berserta sekotak hadiah.
Tak tahu nak cakap apa. Kau gile apa ni Dira? Harini kau nak kahwin kot.
" Ilyas!" Aku jerit nama Ilyas yang sedang lalu lalang.
" Apahal?"
" See." Aku tunjukkan surat itu. Buntang mata ilyas bila membacanya.
" Weh, gilalah minah ni!" Ujarku.
"Dia ni nak malukan kami sekeluarga ke?" Marah Ilyas.
"Macam mana ni Yas?" Aku gusar.
" Tolong aira. Aku taknak keluarga aku malu. Kahwin dengan abang Izzat please. "Rayu Ilyas. Air mata aku gugur.
Aku baru 24. Takkan dah nak kahwin?
" Ilyas, this about my life. Takkan aku nak korbankan masa depan aku."
"Mana pengantin perempuannya? Tok kadi dah setengah jam sampai ni." Ujar maklong. Aku yang ada dibelakang masjid itu hanya terdiam. Ilyas aku pandang.
Aku pergi depan bersama Ilyas dan masuk keruang solat. Hati berdebar bagai nak pecah. Takut!
Aku angguk kepada Ilyas supaya memberitahu mereka.
" Pengantin perempuan takkan datang." Senafas Ilyas berbicara. Terlopong semuanya. Izzat yang tadinya senyum bangga kini kelat.
" Hah?"
"Hadira call dia kata dia takkan datang."
" Allah.." Maklong bersuara.
"Maklong, Aira akan jadi pengantinnya. Aira tak mahu maklong malu." Bisik aku pada telinga maklong. Dia juga terkedu.
" Betul ke?" Bersinar mata tua itu.
"Ye." Aku duduk diatas pelapik itu. Izzat bingung
"Tukar pengantin perempuan. Biar Ilyas jadi wali." Kata Ilyas.
Izzat dah macam tertelan biji durian. Muka yang putih nampak mereh kerana marah.
" Please, tolong jangan malukan mama." Bisik Ilyas.
"Aku nikahkan dikau dengan Nuraira Darlisyah binti Dahari dengan mas kahwin 300 ringgit tunai"
" Aku terima nikahnya Nuraira Darlisyah binti Dahari dengan mas kahwin 300 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz aku sah jadi milik Izzat Amer. Sepupu yang aku dambai.
..................................................................................................................................................................Gila!
Itu yang aku rasakan. Kenapa aku sanggup buat semua tu? Biarpun dia aku sayang, tapu kenapa aku sanggup pertaruhkan masa depan aku?
YOU ARE READING
NOT LIKE BUT LOVE
RandomDia sepupu aku..dia jugak yang aku cinta.. tapi kenapa semua ni berlaku? Aku tak suka perasaan ini ada dengan dia.. aku tak suka! Izzat Amer, jejaka biasa yang sederhana gajinya.tidaklah berpangkat. Tetapi yang lemahnya..dia handsome! Cair Aira dibu...