BAB 3

150 5 0
                                    

Tahlil ke-3 akan berlangsung sekejap je lagi. Sedang tunggu orang masjid datang.

Abah dan abang dikebumikan di sini sahaja. Tak bawak balik rumah pon.

"Airen" Aku panggil sepupuku, anak maksu.

"Apa kak?"

"Umi mana?"

"Makngah dekat dekat dapoq" Kata dia dekat loghatnya.

"Thanks."

Aku pergi dapur untuk bertemu umi.

"Umi.." Aku panggil umi yang sedang menyusun lauk didalam dulang bersama maklong.

"Ye dik. Kenapa?"

"Rindu abah dengan abang!" Kataku kemudia aku duduk dikerusi yang ada.

Aku jadi seorang yang pendiam selama 3 hari ni. Sering menangis didalam bilik. Bukan aku nak menyeksa diri sendiri, tspi untuk meluahkan rasa sedih.

Namun apapun, aku tetap redha.

Umi hanya diam. Tak membalas. Umi terus keluar membawa dulang yang penuh berisi lauk.

Aku mengeluh. Air mata kembali bertakung. Aku tak sanggup kehilangan. Ianya perit!

'Jaga umi baik-baik ya sayang. Jangan bagi umi nangis. Adik kena banyak bersabar.'

Aku teringat apa yang abah pesan. Jangan bagi umi nangis.
"Maklong.." Aku panggil maklong. Dia tuja turut sedih dengan kehilangan suami.

"Pedihnya kehilangan orang tersayangkan." Aku sambung.

"Aira, mati itu pasti. Kita takkan terhindar daripada mati. Biarlah mereka tenang dekat sana. Jangan meratap sangat ya. Nanti mereka tak tenang. Nak nangis boleh. Tapi jangan berlebihan." Maklong menasihati aku.

"InsyaAllah maklong." Aku cuba senyum walau payah.

Untuk kali pertamanya selepas 3 hari aku tidak senyum.

Ye..aku perlu tabah untuk umi. Kalau alu lemah, umi lagilah.

..................................................................................................................................................................

"Dik..kita pindah sini boleh?" Tanya umi.

Sudah dua minggu abah dengan abang tinggalkan aku dan umi.

"Adik tak kesah umi. Adik ikut umi." Kataku. Walaupun agak berat hati, namun aku ikut sahaja kehendak umi.

"Tapi adik kena pindah sekolah. Tak apa?" Soal umi lagi. Alu tersenyum. Takkan nak kata tak boleh kan?!

"Boleh umi." Jawabku.

"Tapi kalau boleh adik nak sekolah agama jugak. Tapi ada ke?" Kalau boleh aku taknak tinggalkan ilmu agama sebelum ni.

"Ada. Nanti umi daftarkan ya sayang!" Aku tersenyum.

..................................................................................................................................................................

"Atif, aku kena pindah." Kataku.

Aku dengan umi balik ke kerling untuk selesaikan hal arwah abah.

Aku pergi keluar bersama kawan baikku, Awatif atau Atif, Nayli dan Reiz.

"Aira?!!" Dia orang menjerit. Isy, buat malu je! Dahlah time ni ramai orang dekat taman ni!

NOT LIKE BUT LOVEWhere stories live. Discover now