BAB 4

158 6 0
                                    

Dah seminggu aku dekat sekolah ni. Tapi Syazha sampai sekarang masih dingin.

Hmm.. macam manalah nak buat?

"Umi.." Aku panggil umi yang sedang bancuh cucur manis.

"Ye. Kenapa? Monyok je ni."

"Umi ingat tak dekat Syazha Hadira. Kawan baik adik masa kecik dulu." Aku tolong umi mengangkat cucur manis yang telah siap digoreng.

"Ingat. Budak yang dulu selalu ikat tocang dua tukan. Budak putih melepak tu." Jawab umi.

"Sekarang dia duduk sebelah adik dekat kelas." Aku kata.

"Iye? Hmm.. macam mana dia?" Senyumanku mati.

"Dia masih dingin dengan adik sebab 8 tahun tu. Adik nak kawan dengan dia. Tapi dia asyik sinis je." Aku mengadu.

"InsyaAllah..satu hari nanti dia mesti boleh terima adik. Sabar ya!" Umi menasihati aku. Senyuman kembali terukir dibibir.

..................................................................................................................................................................

Pejam celik, pejam celik... Raya menjelma..Suasana raya usah ditanya, langsung tiada kemeriahan.

Baik keluarga aku, maklong dan maksu, semua bersedih.

Air mata aku mengalir setiap kali takbir bergema.

Duli semasa disekolah, abang selalu jadi wakil untuk menjadi ketua semasa takbir. Suara abang sedap! Mendayu!

"Aira.." Aku toleh sebelah kanan. Ilyas!

"Aku turut kehilangan. Aku sedih jugak. Tapi aku tepis semua tu. Aku nak tunjukkan pada semua orang yang aku kuat. Kau pun samalah Ira. Janganlah asyik menangis, meratap. Dah 8 bulan pun mereka tiada."panjang dia membebel.

"Aku sedih Yas! Kau okey lagi ada abang, kakak. Aku? Aku ada umi je Yas!" Air mata kembali mengalir deras.

"Tulah kau kena kuat! Umi kau lagi sedih Ra! Hilang suami..hilang anak yang dikandung selama 9 bulan! Thats why you have be strong!" Dia membebel lagi.

Aku diam. Aku yang berada dipangkin bawah pokok jambu membatu. Aku tahu tu! Aku tahu umi bergantung padaku bab-bab ini. Setiap kali aku menangis dan setiap itulah umo turut join.

"Thanks! "Aku kesat air mata. Senyum aku ukirkan. Ilyas turut senyum.

"Apa thanks? Belanjalah makan!" Cuba buat lawak.

"Lawak apa kau buat sengal?! Dekat atas tu belambak makanan kau nak suruh aku belanja makan lagi? Perut kau tu jenama apa?" Aku membebel. Ahaha..cari pasal lagi dengan aku!

"Kau punya mulut tu jenama apa hah? Membebel macamak nenek! Sakit telinga alu dengar kau tau tak?!" Dia mencebik. Ceh!

"Whatever! Aku nak naik atas nak makan! Daa.." Aku angkat punggung dan menuju masuk kedalam rumah.

"Woi tunggu aku!!!" Jerit Ilyas.

..................................................................................................................................................................

Aku balik kampung diKerling bersama umi, abang Izzat dan kak Afiza.

Kampung di Kerling sudah tiada nenek ataupun atuk. Kedua-dua sudah meninggal dunia. Aku tak pernah melihat wajah atuk belah umi.

Nenek pulak 4 tahun lepas meninggal. Hanya ada rumah pusaka yang berpenghunikan makcik dan pakcikku serta 2 orang anak mereka.

Setelah beberapa lama duduk diam didalam kereta yang dipandu abang Izzat, kami sampai dikampung. Aku melaungkan salam.

NOT LIKE BUT LOVEWhere stories live. Discover now