Spm aku jawab dengan penuh sabar. Alhamdulillah harini kertas akhir dan kujawab dengan rasa kesyukuran. Alhamdulillah...
Aku keluar dewan dengan hati yang bebunga. Mana tidaknya, lepasni tak adalah pening kepala nak baca buku. Rehat sekejap. Hehehe..
"Syaz, how your last paper?" Tanyaku teruja.
"Okey! You?"
"Alhamdulillah. Okey!" Senyumanku lebar.
"Nak celebrate?" Tanya dia.
"Mari pergi rumah Aira. Nak?" Ajakku.
"Boleh ke?"
"Of course! Jom. Tapi...jalan kaki jelah. Boleh?" Aku serba salah. Memang aku pergi dan balik hanya berjalan kaki. Walau agak jauh, tapi tak kesah.Asalkan dapat belajar.
..................................................................................................................................................................
Aku bergelak ketawa bersama umi dan Syazha. Atuk dan tokmi seakan tidak suka kepada kami sejak akhir-akhir ni. Aku sendiri tidak tahu mengapa.
Tengoj saja masa aku balik berama Syazha tadi, muncung sahaja mukanya.
"Syaz, Aira hantar Syaz balik ye." Tawarku.
"Eh, tak apa. Driver aku ambik. Dah sampai dah pun. Ada dekat luar. Bye Ra! Nanti calling-calling okey!" Kata Syazha. Kami berpelukan sesama sendiri. Aku hantar dia dihalaman. Ternyata Syazha seorang yang kaya. Masakan tidak dia ada driverkan?
"Tokmi tak mau hang bawak balik kawan tah mana-mana lagi." Kata tokmi sejurus kaki melangkah masuk kedalam rumah.
"Awat pulak tokmi?"
"Tokmi tak suka!" Dia berlalu meninggalkanku terpinga sendiri.
Aku berjalan malas ke dapur. Teringin nak makan creamy spegetti.
Cakap pasal makanan itu, aku teringat peristiwa setahun yang lalu. Hmm..nak jumpa Dayanalah. Rindu!!
"Mi, jom balik kampung Kerling nak?" Soalku.
"Hmm..boleh jugak. Esoklah." Umi setuju. Aku menjerit kesukaan. Nasib baiklah umi ni ada lesen memandu. Kalau tak, payah jugak!
..................................................................................................................................................................
"Yan!!!!" Aku menjerit namanya apabila sampai dibilik Dayana.
" Adik? Woi, bila kau sampai weh?" Aku memeluk dia erat. Warh... miss u lah!!!
"Baru je sampai. Umi ade dekat bawah dengan mak kau." Aku leraikan pelukan.
"Kau okey?" Tanya dia setelah aku masuk kedalam bilik dia. Katilnya menjadi tempat hempasan tubuh genitku.
"Asal lak? Nampak aku macam tak okey ke?" Pelik aku.
"Kau tak trauma ke?"
"Jom masak lama ni?!" Sengaja aku kata begitu.
"Tak mau!!" Dia menjerit sedikit.
"Ahaha..aku okeylah. Dulu aku tak ada karate. But now, dont play-play with me hah! Tali pinggang merah okey!!" Kataku bangga. Padahal tak adapun. Baru nak merangkak cari ilmu karate ada!!
"Hek eleh..angkuh! Aku hitam okey!" Time Dayana pulak untuk berbangga.
"Ha'ah..baguslah. menipu! Sama je kita." Kami tergelak. Kerat kuku aku kalau ada orang percaya yang Dayana ada tali pinggang hitam.
YOU ARE READING
NOT LIKE BUT LOVE
RandomDia sepupu aku..dia jugak yang aku cinta.. tapi kenapa semua ni berlaku? Aku tak suka perasaan ini ada dengan dia.. aku tak suka! Izzat Amer, jejaka biasa yang sederhana gajinya.tidaklah berpangkat. Tetapi yang lemahnya..dia handsome! Cair Aira dibu...