-Bilik Jimin-
"Sejuknya~ Hah~".Chumin menggumam perlahan.Matanya masih tertutup kemas.Dia merasa tidak bertenaga untuk melakukan apa-apa.Mahu mencelikkan matanya pun agak payah hendak dia lakukan.
Chumin menggigil kesejukan.Badannya yang kesejukan itu tiba-tiba terasa nyaman apabila ada 'sesuatu' yang hangat menyelubungi dirinya.Rasa selesa menjalar di tubuh Chumin.Dia suka dengan rasa hangat itu.Dia bergerak mendekati benda hangat itu dan memeluknya.
'Herm..harumnya'.Bisik hati Chumin.
Tangan Chumin kemudian merayap di benda itu.
'Apasal benda ni macam ada abs je? Corak dia kot'.
Tangan Chumin masih menjalar di benda itu.Namun , perbuatannya terhenti sebaik sahaja mendengar suara seseorang mendesah di telinganya.
Chumin diam dan menjadi kaku apabila benda itu mengeluarkan bunyi.Tiba-tiba dia terasa pinggangnya ditarik ke hadapan sehingga tiada ruang antara dia dan benda itu.
Chumin kemudian mencelikkan matanya perlahan.Berkali-kali dia kerdipkan matanya sebelum merenung benda di hadapannya itu.
'Aku rasa otak aku dah senget kot.Apasal aku nampak Jimin kat depan aku ni?'.
Chumin menutup matanya kembali dan membukanya semula.Dia merenung kembali orang di hadapannya itu.Matanya terarah ke badan Jimin yang terdedah itu.Beberapa saat kemudian..
"Aaaaarrgghhhh!!!!!".
Chumin menjerit kuat apabila menyedari dia tidak tersalah pandang.Jimin sememangnya berada di hadapannya , tidak berbaju , sedang memeluknya , tidur bersamanya dan dalam satu bilik.
"Wae?".Suara serak-serak basah Jimin menyapa gegendang telinga Chumin.
Chumin cuba melepaskan pelukan yang ada di pinggangnya itu.Sekuat mana pun dia mencuba , dia tidak dapat meleraikan pelukan Jimin.Semakin dia cuba melepaskan diri , semakin kejap pelukan di pinggangnya.
"Lepaslah!".Chumin membentak kuat.
"5 minit lagi.Tidurlah dulu".Jimin mencium dahi Chumin dan menyambung tidurnya semula.
"YAK!!!!!!".Teriak Chumin.
Serentak dengan itu , Jimin terbangun dan duduk di katilnya itu.Tangannya sudah melepaskan pinggang Chumin akibat dari rasa terkejut.Kepalanya agak pening disebabkan dia bangun mendadak.
"Apa yang kau buat dalam bilik aku?! Mana Gaeun?".Chumin memandang tajam Jimin.Tangannya digenggam kuat.
"Haha".Jimin tertawa kecil.Matanya masih tertutup rapat.(omg..cba bygkan mcm mna riak wjah Jimin..ㅋㅋㅋ..)
"Apasal kau ketawa?".Chumin menyoal lagi.
"Sebabnya..kau cakap ni bilik kau.Sekarang ni je , kau sedang duduk atas katil aku.Kau tengah peluk bantal aku dan kau sedang tenung badan aku".
Chumin mengalihkan pandangannya dari badan Jimin yang terdedah itu sebaik sahaja mendengar ayat terakhir Jimin.Mukanya terasa panas.Jimin hanya tersengih melihat kelakuan Chumin yang serba tidak kena itu.
"So~ kesimpulannya , ini bilik aku.Bukannya bilik kau".Jimin tersenyum apabila Chumin memandangnya sekali lagi.
"Apa yang aku buat dalam bilik kau?".Chumin menyoal perlahan.Tetapi cukup kuat kedengaran di telinga vampire Jimin.
"Kau tidur dengan akulah *smirk".Jimin tersenyum miang.Dia tahu Chumin masih belum mengingati perkara yang terjadi semalam.
"Ak..aku tidur dengan k..kau?".Chumin menyoal tergagap.Dia memandang bajunya.Bajunya berlainan dari semalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yes I'm a Vamp!
Vampire"Bencinya aku tengok mamat miang tu.Macam dah kegatalan sangat".-Chumin "Tarikan yang membuatkan jiwa lelaki aku memberontak.Rasa macam nak kiss aje kau kat sini.Mungkin lebih dari tu kot aku nak buat.Btw,Nice Body. Fuh! I love it". -Jimin Apa akan...