-SUTERA HARBOUR RESORT-
"Mampu ke aku tunaikan janji yang aku cakap kat appa semalam? Haish~".Jimin mengeluh memikirkan perbualannya dengan appanya semalam.
"Biarkanlah semua tu.Lagipun aku masih banyak masa lagi".Jimin menyerabutkan rambutnya yang masih basah.
Dia berdiri di beranda biliknya sambil melihat pemandangan laut itu.Hari ini dia bangun awal disebabkan terlalu banyak yang difikirkannya.Dia tidak dapat tidur dengan lena.Fikirannya asyik melayang memikirkan perjanjiannya dengan appanya semalam.
Sedang dia melayan perasaan seorang diri di biliknya itu.Dia melihat kelibat seseorang di beranda sebelah.Memandangkan Jimin hanya seorang diri di biliknya , dia tidak perlu risau akan mengejutkan kawan-kawannya.
Jin , J-Hope , Suga , Jungkook , Rap Monster , dan V berada di bilik yang lain.Setiap mereka berkongsi bilik kecuali Jimin yang menginginkan privacy.
"Good morning beautiful".Jimin menyapa orang yang ada di beranda sebelah itu sambil tersenyum.
Orang yang berada di beranda sebelah itu terperanjat apabila dia disapa secara tiba-tiba.Dia bertambah terperanjat melihat Jimin ialah orang yang menyapanya.Namun , reaksi terkejutnya itu hanya sebentar sahaja.
"Erm.Good morning too".orang itu membalas dengan dingin.Matanya kembali terpaku pada pemandangan yang ada didepannya.
"Kau berbual ngan siapa Chumin?".Kedengaran suara yeoja dari dalam bilik Chumin itu.
"Tiada siapa-siapalah Gaeun.Aku berbual dengan angin je".Chumin berbohong.Dia malas mahu memberitahu Gaeun mengenai kehadiran Jimin.
"Yeke?".Gaeun sudah melangkah ke beranda tempat Chumin berdiri.
"Eh! Jimin.Morning Jimin".Dengan riangnya Gaeun menyapa Jimin.
"Morning Gaeun".Jimin menjawab sapaan itu sambil tersenyum.
"Kau tipu aku erk Chumin? Kau cakap tak ada sesiapa.Jimin tu bukan sesiapa ke?".Gaeun sudah merenung marah ke arah Chumin kerana dipermainkan.Dia mencekak pinggangnya sambil mengembungkan pipinya.
Jimin yang melihat kelakuan kebudak-budakkan Gaeun itu tersengih ke arah Chumin.Dia menaikkan keningnya sebelah sebagai tanda dia mengusik Chumin yang sedang dimarahi oleh Gaeun.
Chumin hanya memandang Jimin tanpa sebarang emosi yang terpamer di wajahnya.Dia tidak peduli dengan bebelan Gaeun yang ada di depannya.Matanya terpaku melihat Jimin.
Jimin yang menyedari Chumin sedang memandangnya , terus tersenyum miang.Dia membuat gaya mahu mencium Chumin.Dia sempat memberikan wink kepada Chumin.
"Whateverlah Gaeun.Aku nak masuk dulu.Nak mandi".Chumin lantas meninggalkan Gaeun yang terkebil-kebil melihatnya.
Chumin sempat menangkap kata-kata Jimin sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.
"Gaeun! Tanya kawan kau tu , kalau aku nak join dia mandi boleh?".
Chumin hanya melangkah masuk ke dalam bilik.Dia malas mahu melayan sikap miang Jimin di awal pagi itu.
"In your dream Jimin!".Chumin menggumam perlahan sebelum menghilangkan diri disebalik pintu tandas.
♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕
Knock! Knock! Knock!
"Jimin! Owh Jimin~".J-Hope memanggil-manggil nama Jimin sambil mengetuk pintu bilik Jimin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yes I'm a Vamp!
Vampiri"Bencinya aku tengok mamat miang tu.Macam dah kegatalan sangat".-Chumin "Tarikan yang membuatkan jiwa lelaki aku memberontak.Rasa macam nak kiss aje kau kat sini.Mungkin lebih dari tu kot aku nak buat.Btw,Nice Body. Fuh! I love it". -Jimin Apa akan...