Part 14

5.6K 503 88
                                    

Namun..

Sebelum sempat Jimin meluruh ke arah Suga badannya ditahan oleh sesuatu.Tindakan itu membuatkan Jimin bertambah marah.Baginya , tiada sesiapa pun yang harus menghalangnya ketika itu.

"Lepas!".Jimin merenung tajam ke arah Rap Mon dan J-Hope yang sedang menahan badannya daripada bergerak.

"Jimin.Kawal kemarahan kau tu.Jangan biar dia kawal minda kau juga.Aku tak nak kau menyesal nanti".Rap Mon menasihati Jimin walaupun dia tahu Jimin tidak akan mengikuti nasihatnya.

"Lepas!".Jimin memandang Suga dan Chumin yang masih berbual mesra.Mereka berdua masih tidak menyedari kehadiran Jimin , Rap Mon dan J-Hope.

"J-Hope.Panggil Jin ke sini.Cepat!".Rap Mon memberikan arahan kepada J-Hope sambil menahan Jimin yang cuba melepaskan diri.

J-Hope pun menggunakan abiliti vampirenya untuk berlari pantas ke arah studio untuk mendapatkan bantuan Jin.

Rap Mon terpaksa berusaha keras untuk menahan Jimin daripada membunuh Suga.Tetapi kekuatan Rap Mon tidak cukup untuk menahan Jimin yang sedang menggunakan kuasa vampire sepenuhnya.Lebih-lebih lagi kuasanya bertambah kuat disebabkan rasa marah.

Rap Mon memerhatikan jalan ke arah studio , tiada tanda-tanda J-Hope ataupun Jin.Tinggal satu cara untuk memastikan Suga dan Chumin selamat.

"SUGA!! CHUMIN!! RUN!!" (Dasi run run run ㅋㅋㅋㅋ)

Suga dan Chumin berpaling dengan pantas ke arah Rap Mon yang sedang memeluk Jimin dengan kuat.Suga tahu apa yang berlaku disana.Dia pun menarik tangan Chumin dengan kuat menyebabkan muka Chumin tersembam di dada Suga.

Suga memeluk pinggang Chumin dan mula berlari dengan pantas dari situ.Dia berlari keluar dari sekolah sambil memaut badan Chumin.

"LEPASKAN AKU!!".Jimin menolak badan Rap Mon menggunakan kuasa telekinesisnya.

Badan Rap Mon melayang ke dinding.

"Urggh! J-HOPE PALLIWA!!".Rap Mon menjerit kuat.Rasa sakit yang dia rasakan ketika itu tidak dipedulikan.Dia harus memastikan Jimin dapat dihentikan.

Akhirnya , kelibat Jin dan J-Hope pun kelihatan.Mereka meluruh pantas ke arah Jimin yang sedang menjejaki Suga dan Chumin.

"Rap Mon".Panggil Jin.

"V ngan Jungkook dalam perjalanan.Kau tunggu aje kat sini.Biar kami berdua yang kejar Jimin".Jin memberitahu Rap Mon sebelum meninggalkan dia untuk mengejar Jimin.

Tidak lama selepas itu , V dan Jungkook pun kelihatan.Mereka memapah Rap Mon ke bilik kesihatan.Walaupun vampire mempunyai kelebihan untuk menyembuhkan diri , Rap Mon tetap memerlukan masa untuk berehat.

♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚

"Chumin.Kau pergi sembunyi kat dalam rumah tu.Biar aku uruskan selebihnya".Suga menyuruh Chumin untuk masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyembunyikan diri.

"Kenapa pula aku nak sembunyi?".

"Jangan banyak soal.Masuk aje".Suga menolak badan Chumin dengan kuat.

Chumin hanya menurut dan mula berlari masuk ke dalam satu-satunya rumah yang ada di kawasan itu.Dia tahu jika Suga serius seperti itu , maknanya ada sesuatu yang berbahaya sedang berlaku.Telinganya sempat menangkap suara Jimin menjerit marah.

"SUGA!!".

Tanpa membuang masa , Chumin masuk ke dalam rumah itu untuk menyembunyikan diri seperti yang disuruh oleh Suga.Dia sedikit risau akan keselamatan Suga setelah mendengar suara Jimin yang agak menakutkan itu.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now