Part 21

8.4K 520 167
                                    

♚Human World♚

♚Rumah Chumin♚

*Knock* *knock* *Knock*

"Bogum! Siapa yang datang tu?".Soal Park Jae Jeong.

"Saya boleh rasakan ada kuasa yang kuat kat luar appa".Bogum merenung pintu rumah mereka.

"Appa turut merasakan kuasa tu".

Bogum melangkah perlahan ke arah pintu sebagai langkah berjaga-jaga.

*KNOCK!* *KNOCK!* *KNOCK!*

Sekali lagi kedengaran suara pintu diketuk.Kali ini suara ketukan itu lebih kuat.

Bogum memegang tombol pintu dan memulasnya perlahan.Dia melihat sekeliling halaman rumah itu.KOSONG.Tiada sesiapa pun yang berada disitu.

Tiba-tiba Bogum dapat merasakan bahaya di tepinya , dengan pantas dia mengelak dan menepis serangan itu.Dia cuba mencari apa yang telah menyerangnya.Tetapi tiada sebarang tanda pun apa yang telah menyerangnya.

Sekali lagi , Bogum merasakan bahaya.Bahaya itu berada di atas kepalanya.Dengan kelebihan deria yang tajam dimilikinya , sekali lagi serangan secara sembunyi itu berjaya di elaknya.

Matanya sempat melihat bayang-bayang hitam bergerak mendekatinya dengan kelajuan yang pantas.

"Shadow killer".Bogum menggumam perlahan sambil mengundurkan dirinya dengan pantas ke belakang.

Bayang-bayang hitam yang mengejar Bogum terus menuju ke arah Bogum tanpa henti.

Tanpa membuang masa Bogum mengeluarkan pisau kecil yang sering diselitkannya di kasut boots untuk menghadapi keadaan bahaya seperti sekarang.Dia membaling pisau yang mempunyai ukiran pelik itu ke arah bayang-bayang yang mengejarnya itu.

Mulut Bogum terkumat kamit membaca sesuatu.Serentak dengan itu , bayang-bayang itu terkeluar dari tanah dan mengerang kesakitan.

"Who sent you?!".Bogum menyoal dengan nada yang keras.

"Ma Lady akan datang untuk mengambil haknya".

Setelah selesai berkata-kata , shadow killer itu lesap ditiup angin.Meninggalkan tanda tanya pada fikiran Bogum.

"Ma Lady?".Bogum menyoal perlahan.

Bogum tersedar dari lamunannya apabila bahunya ditepuk seseorang.

"Siapa yang berkunjung Bogum?".Jae Jeong menyoal.

"Shadow killer".Bogum masih merenung halaman rumah itu.Dia masih memikirkan kata-kata shadow killer itu.

"Shadow killer? Suruhan black witch?".Soal Jae Jeong.

"Erm".

Bogum dan appanya saling berpandang apabila mereka merasakan ada kuasa yang lebih kuat kini menuju ke rumah mereka.

Mereka hanya menanti apa datang kepada mereka dengan langkah berjaga-jaga.

Kuasa itu terasa semakin dekat dengan mereka dan bertambah kuat.Seiringan dengan itu , terlihat beberapa kelibat-kelibat pelik sedang bergerak laju ke arah mereka.

Bogum hanya menanti tenang kerana dia tidak merasakan niat jahat dari kelibat-kelibat itu.

Kelibat-kelibat itu semakin mendekat.Dan mereka ialah Jimin , Chumin , Chanyeol , Jungkook , dan Suga.

Jimin berlari pantas ke arah rumah Chumin sambil mendukung Chumin ala-ala bridel style.

"Chumin!!".Bogum terkejut melihat Chumin yang lemah di dalam dakapan Jimin itu.Dia meluruh ke arah Jimin mahu mengambil Chumin dari dakapan Jimin.Tetapi di halang oleh Jimin menggunakan kuasanya.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now