Part 12

7K 529 74
                                        

Rumah Jimin

Kelihatan 7 orang lelaki sedang bersantai di sofa ruang tamu rumah itu.Mereka semua menonton rancangan Law of the jungle in Nicaragua yang sedang disiarkan ketika itu.Namun , mereka semua tidak memberikan sepenuh perhatian kepada rancangan yang menyiarkan kewibawaan Byungman sebagai ketua puak di rancangan itu.

Kepala mereka penuh dengan kejadian sebentar tadi di perjumpaan itu.Terutamanya kejadian yang menimpa Chumin.Sehingga menyebabkan mereka sebagai puak vampire tidak mempercayai apa dilihat oleh mata mereka sendiri.

"Wei".Panggil Rap Mon.Matanya masih terpaku pada rancangan di televisyen.Tetapi kepalanya tidak fokus dengan semua itu.

"Aku masih tak percaya lagilah".Sambungnya semula.Dia kini berpaling dari menonton kaca televisyen dan merenung Suga yang sedang lena tidur disampingnya.

'Hai~ Boleh pula dia tidur dengan lena.Dia langsung tak ambil peduli hal semalam.Suga Suga'.Rap Mon memandang Suga dengan sambil menggelengkan kepalanya.

"Kalau kau masih tak percaya , aku lagilah tak nak percaya.Macam mimpi pun ada.Tak sangka betul Si Ratu Ais tu boleh tarik perhatian 'dia' ".V turut hilang fokus daripada menonton rancangan itu.Walaupun sebenarnya dia sememangnya tidak mengambil perhatian dengan rancangan itu.

"Tapi , aku suka dengan semua tu.Itu maknanya dia takkan dalam bahaya dengan perlindungan yang dia ada sekarang.Walaupun aku tak suka ada lelaki lain yang lindungi dia".Jimin tersenyum mengenangkan Chumin yang kini bebas dari sebarang bahaya pada masa akan datang.

"Kenapa pula kau tak suka ada lelaki yang lindungi dia? Bukannya lebih bagus apa kalau ada orang lain yang jaga dia.Dia bukannya mate kau".V merenung Jimin dengan pandangan keliru.

"Yak! Pabo!".

Serentak dengan itu kepala V diketuk oleh seseorang.V yang sememangnya tidak bersedia dengan 'serangan hendap' itu mengaduh kesakitan.Dia merenung makhluk yang tidak bertauliah yang telah mengetuk kepalanya itu.

"Kau lagi!!".Kata V.Dia mengusap kepalanya yang masih sakit akibat ketukan itu.

"Ya aku.Kenapa? Ada masalah?".Kata orang itu.

"Memang ada masalah.Kenapa kau selalu muncul tiba-tiba then pukul kepala aku? Kau tau tak , kepala aku ni tak terhingga nilainya.Bukannya macam kepala hotak kau tu!".V menunjal kepala orang itu dengan kuat.Mahu membalas dendam.

"V! Baekhyun! Stop!".Jin memberikan amaran sambil memandang mereka dengan pandangan maut.

V dan Baekhyun yang bertengkar itu , serta merta berhenti.Gulp! mereka menelan air liur mereka perlahan.Terasa pahit di kerongkong mereka.Bagi mereka , Jin adalah lebih menakutkan daripada Jimin jika dia marah.

Pernah sekali , V dan Jungkook merosakkan salah satu koleksi peribadi patung Mario Jin dan tidak memberitahu dia disebabkan takut dengan hukuman yang akan diterima oleh mereka.

Namun , selama mana mereka menyembunyikan perkara itu pasti akan diketahui oleh Jin juga akhirnya.Habis diseksanya Jungkook dan V dengan teruk.Hukuman yang cukup untuk membuatkan mereka tidak berani menyentuh koleksi peribadi Jin lagi.

"Good".Jin kembali tersenyum.Riak muka ganasnya sebentar tadi sudah pun hilang dan digantikan dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

"Tapi , kenapa Jimin tak suka ada orang lain yang jaga Chumin tu? Macam yang aku cakap tadi , Chumin tu kan bukannya mate Jimin".V yang masih keliru itu memandang Jimin meminta jawapan.

Yes I'm a Vamp!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang