♚Vampire World♚
"Wei Jb! Kita kat mana ni?".Youngjae menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia kebingungan melihat sekelilingnya hanyalah pokok-pokok dan rumput.
"Mana aku tau.Aku kan dari tadi kat belakang kau.Aku ikut kau je.Alih-alih kita dah sesat".Jb mengeluh keras.
"Aku sebenarnya tak tahu mana Raja kita ngan Jimin pergi tadi.Laju sangat dia orang menghilang.So aku ikut firasat aku je".Youngjae masih melihat sekelilingnya.Cuba mencari jalan keluar dari situ.
"Kau ni-".
"Shh~".
Belum sempat Jb mahu memarahi Youngjae , Youngjae sudah pun terlebih dahulu menyuruhnya diam.
"Kau janga-".
"Diam jap".
Sekali lagi Youngjae menyuruh Jb diam.
"Kenap-".
"Kau dengar tak tu?".
Disebabkan sakit hati dengan Youngjae , yang berulang kali memotong percakapannya , Jb hanya mendiamkan diri.
"Kau dengar tak?".Sekali lagi Youngjae menyoal.
Jb masih mendiamkan diri.Buat-buat tak dengar.
"Macam ada orang tengah bertekak".Youngjae berkata semula.
Kali ini , Jb menumpukan perhatian pada Youngjae.
"Arah sana".Youngjae menunjuk ke arah semak-samun di sampingnya agak jauh sedikit dari kedudukan mereka.
Dengan langkah perlahan , Youngjae dan Jb mendekati suara-suara itu.
"Aku tak sangka , disebabkan perbuatan kita tu , Raja turut terlibat".Kedengaran suara seorang namja bercakap dengan nada kekesalan.
"Aku pun tak sangka.Seharusnya kita membuat pengakuan sebelum perkara menjadi serius seperti sekarang ni".Suara namja lain kini kedengaran.
"Kan aku dah cakap hari tu.Kita sepatutnya mengaku aje.Tak adalah perkara ni semakin berpanjangan.Kalaulah korang dengar cakap aku hari tu.Pasti perkara ni takkan berlaku.Bukannya susah pun kita nak minta maaf kat Leo".Kali ini suara namja lain kedengaran.Dari cara percakapannya dia kedengaran amat marah dan kesal.
"Ya , aku sokong cakap hyung tu.Kalau korang berdua dengar cakap kami berdua hari tu , perkara ni pasti takkan jadi macam ni.Kita seharusnya berani bertanggungjawab atas perbuatan kita.Bukannya menjadi pengecut sehingga menimbulkan masalah.Lagi pun , perkara tu terjadi tanpa disengajakan.Kita semua ni pun baru je 'ditukarkan' time tu.Kita masih tak mampu nak kawal diri".Suara namja lain sekali lagi kedengaran.Dia kelihatan matang dari cara percakapannya.
"Ya , memang kami berdua yang bersalah.Tapi takkanlah kamu berdua nak kita mengaku kat Leo yang kita dah bunuh adik dia?".
Youngjae dan Jb terdiam mendengar pengakuan yang tidak di sangka-sangka itu.Mereka saling berpandangan.Menunjukkan betapa terkejutnya mereka.
♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚♚
"Chumin!".Jimin memegang muka Chumin yang semakin pucat.Umpama darahnya disedut habis.
"Kenapa mate aku boleh jadi macam ni?! Apa yang korang dah buat?!".Jimin menjerit marah ke arah V , Bambam dan Gaeun.Warna biji matanya bertukar ke warna hitam dan ke warna asal berulang kali.Sebagai tanda , bila-bila masa sahaja dia akan hilang kawalan sekali lagi.
"Aku cuba nak sembuhkan dia , tapi..".V memandang Bambam dan Gaeun silih berganti.
"Tapi apa?!".Jimin menjerit keras.Dia hilang kesabaran apabila melihat V seperti mahu menyambunyikan sesuatu darinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/49403186-288-k80815.jpg)
YOU ARE READING
Yes I'm a Vamp!
Vampire"Bencinya aku tengok mamat miang tu.Macam dah kegatalan sangat".-Chumin "Tarikan yang membuatkan jiwa lelaki aku memberontak.Rasa macam nak kiss aje kau kat sini.Mungkin lebih dari tu kot aku nak buat.Btw,Nice Body. Fuh! I love it". -Jimin Apa akan...