Part 23

2.5K 191 67
                                    

***Lepas habis baca part ni.Tolong baca Author note kat bawa tu.Ada benda penting sikit nak bagitau.Makaseh*** 
.
.
.
.
.
.
~🍁~🍁~🍁~🍁~🍁~

"Kamu berdua ni nak cakap tak ada otak , tak juga.Macam manalah rahsia besar macam ni susah sangat nak jaga.Dah tu siap bagitahu kat orang lain lagi!".Omma Chumin merenung tajam anak terunanya serta suaminya yang sedang menundukkan kepala mereka.

Masing-masing tidak mahu melihat pandangan tajam milik Omma Chumin itu.Pandangan yang cukup menakutkan bagi mereka.

"Kenapa diam? Dah tak ada mulut? Hilang?".

Bogum dan Appanya masih mendiamkan diri sambil menundukkan kepala mereka.Takut tersalah cakap.Bak kata pepatah 'Kerana mulut badan binasa'.

"Haih~ Nak terus marahkan kamu berdua pun rasanya dah tak ada guna.Nasi dah jadi bubur.Terlajak perahu boleh diundur , telajak kata..".

"Omma ni bukan masa subjek Melayu.Tak payahlah nak berperibahasa sangat".

Teguran Bogum dibalas dengan pandangan tajam dari Ommanya.

Jae Jeong pula cuba menahan ketawa mendengar teguran Bogum itu.Namun , perbuatannya terhenti apabila dia turut menerima pandangan yang sama dari isterinya.

"Haih~ Ada sebab kenapa saya tak nak banyak orang tahu pasal kuasa Chumin tu.Makin banyak yang tahu pasal benda ni , makin bahayalah Chumin nanti".Omma Chumin mengeluh mengenangkan keadaan yang bakal menimpa puterinya kelak.

"Tapi yang tahu tentang perkara ni boleh dipercayai.Jangan risau.Saya takkan bertindak tanpa berfikir".

"Tapi..betul ke Jimin tu mate Chumin?".Soal Omma Chumin curiga.

"Menurut katanya , Chumin tu mate dia.Dan Jimin tu anak Chanyeol.Raja Vampire tu.Yang kita tolong dulu".

"What?!".Mendengar sahaja penerangan suaminya itu , membuatkan dia terkejut sekali lagi.

"Perkara ni dah makin teruk.Kenapa tak bagitahu awal-awal?!".

"Kenapa Omma?".Soal Bogum risau.

"Ingat tak kejadian yang menimpa Chanyeol dulu?".Soal Omma Chumin kepada Jae Jeong tanpa memperdulikan soalan Bogum.

"Ingat.Kenapa? Apa kaitannya dengan Chumin?".Soal Jae Jeong pelik.

Bogum pula hanya merenung pelik kedua orang tuanya.Dia tidak mengetahui apa yang sedang mereka katakan.

"Perkara yang sama akan jadi kat Chumin dan Jimin.Ataupun lebih teruk dari dulu.We need to stop it.Saya..saya tak sanggup kehilangan Chumin".Terasa sebak hati Omma Chumin memikirkan perkara itu.

"Ta..tapi..macam mana? Saya tak faham".Soal Jae Jeong.

"Kita dah tak ada masa.Bogum 'panggil' Taehyung datang sini cepat!".Omma Chumin menggesa suaminya.

"Taehyung? Taehyung siapa?".Bogum yang sedang kebingungan dari tadi bertambah bingung apabila disuruh untuk 'memanggil' atau dengan kata lain menggunakan kuasanya untuk memindahkan orang itu ke rumah mereka.

"Taehyung tu V".Jawab Ommanya apabila melihat Bogum yang kebingungan itu.

"Oh~ V.Aik! macam mana omma kenal budak tu?".

"Tak payah tanya.Nanti omma terangkan bila Taehyung dah ada kat sini".

"Oh…ok".

Akhirnya Bogum memejamkan matanya cuba untuk menggunakan magik asas white witch yang dipelajarinya dari kecil.Walaupun dia tiada darah tulen white witch seperti Chumin dia masih mampu untuk menggunakan magic disebabkan darah ibunya yang ada di dalam dirinya.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now