Part 7

6.8K 546 21
                                    

Chumin mengundur perlahan.Dia masih terduduk di tanah ketika itu.Rasa takut yang menyelebungi dirinya menghalang dia untuk berdiri.Terasa kakinya seperti tidak berfungsi sama sekali.Tidak pernah disangkanya makhluk yang dianggapnya cuma rekaan semata-mata selama ini , kini menjadi nyata dan sedang berdiri di hadapan matanya.

"Hahaha*evil laugh*.Kau ingat kau dapat lepaskan diri dari aku?Dah lama aku tak makan sesuatu yang segar.Nampaknya , malam ni nasib aku baik sangat".

Lelaki itu semakin mendekati Chumin.Seluruh anggota badan Chumin menjadi lemah.Hendak menjerit pun dia tidak mampu.Seperti suaranya hilang buat selama-lamanya.Dengan senyuman yang menakutkan , lelaki itu mendekatkan lagi jaraknya dengan Chumin.

Chumin masih mengundurkan dirinya ke belakang.Perbuatannya itu terhenti sebaik sahaja belakang badannya bersentuhan dengan sebatang pokok yang agak besar.

Sebaik sahaja lelaki itu berdiri tepat di hadapan Chumin , dia dapat melihat dengan jelas muka lelaki yang menakutkannya itu.Kelihatan dia seumur dengan dirinya.Matanya bersinar keemas-emasan.Gigi taringnya jelas kelihatan di kedua-dua belah hujung bibirnya.

"Ji..Jimin..to..tolong".

Chumin menyebut nama Jimin tanpa dia sedari.Dia tidak tahu mahu melakukan apa lagi selain menyebut nama Jimin.Perasaannya kuat menyatakan Jimin dapat menolongnya.

"Jimin?!".

Lelaki itu agak terkejut sebaik sahaja nama Jimin terlepas keluar dari mulut Chumin.Sebuah senyuman kemudian terukir di bibirnya.Lebih kepada senyuman sinis.

"Hahaha.Dalam banyak-banyak nama kat dalam dunia ni , nama musuh aku juga yang kau sebut".Lelaki itu merenung tajam tepat ke arah mata Chumin.Cukup untuk membuatkan Chumin bertambah takut.

"Mu..musuh?".Chumin menyoal walaupun dalam keadaan takut.

"Heh! Kau tak perlu nak tahu , memandangkan kau ni takkan hidup lama lagi".

Dengan pantas lelaki itu berlutut dan menangkap kedua-dua belah tangan Chumin.Tanpa membuang masa , dia membenamkam giginya ke leher Chumin.

"Argh!!!!".Chumin menjerit kesakitan.Badannya lemah gemalai selepas lelaki itu membenamkan giginya ke leher Chumin.

♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕

-Bilik Jimin-

"Aku tak sedap hatilah".Jimin berdiri dari sofa yang didudukinya dan keluar dari biliknya itu.

Dalam perjalanan keluar dari bilik , dia terserempak dengan Gaeun yang sedang gembira berbual dengan Bambam.

'Sejak bila pula dia rapat dengan Bambam ni? Aish! Tu tak penting sekarang ni.Baik aku tanya Gaeun , Chumin kat mana'.

Jimin menuju ke arah Gaeun dan Bambam dengan pantas.Gaeun yang menyedari kedatangan Jimin itu , berpaling dan memberikan senyuman kepadanya.

"Gaeun , Chumin kat mana?".Jimin bertanya terus kepada Gaeun tanpa membuang masa.

"Owh , Chumin bagitahu aku tadi , dia nak keluar ambil angin.Tapi dah dekat setengah jam dia keluar dari bilik.Sampai sekarang tak balik-balik".Gaeun menjawab sedikit risau.

"Dah tu , apasal kau tak cari dia?!".Jimin membentak.Tiba-tiba rasa marah dan cemas menguasai dirinya.Dia takut Chumin dalam keadaan bahaya.

"Sebab aku rasa dia perlukan masa untuk bersendiri.Banyak perkara yang dia fikirkan sejak kebelakangan ni.Aku sebagai kawan dia , kenalah memahami!".Gaeun sedikit berang apabila Jimin menyoal kasar padanya.

Jimin tersentak apabila melihat muka Gaeun berubah serius.Rasa bersalah menguasai dirinya.

"Mian.Aku cuma risaukan di-..".

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now