Kelihatan kelibat 2 orang yeoja di halaman rumah Jimin.Gerak geri mereka amat aneh sekali.Sesiapa pun yang melihat kelakuan mereka pastinya akan salah faham.Dan mengira dua orang yeoja itu ialah pencuri.
"Wei , kau yakin ke Jimin takkan tahu kita kat sini?".
"Aku yakin".
"Apasal kau yakin sangat? Lagi satu , kita buat apa kat laman rumah Jimin ni? Hah Chumin?".
"Shh~ Perlahankan sikit suara kau Gaeun.Nanti dia dengar".
Rupa-rupanya yang terhendap-hendap seperti pencuri dari tadi di halaman rumah Jimin ialah Chumin dan Gaeun.
"Sejak awal pagi tadi lagi aku pelik dengan perangai kau ni.Macam bukan Chumin yang aku kenal je kau ni".Gaeun meluahkan apa yang difikirkannya.
Dia pelik melihat kelakuan Chumin yang semakin pelik itu.Tidak pernah dia melihat Chumin seperti itu.Hari ini sahaja mereka sudah banyak melakukan banyak kekacauan.
Di awal pagi lagi , Chumin dan dia sudah memasang rencana untuk melakukan prank pada Bogum dan Appanya sekali.Mereka bernasib baik Omma Chumin sekarang sedang sibuk mengurus bisnesnya di luar negara dan hanya akan kembali ke Korea bulan hadapan.
Hasil daripada kerja prank mereka berdua , Appa Chumin dan Bogum memandikan tepung dan telur di awal pagi.Mereka sengaja meletakkan baldi yang berisi telur dan tepung di atas pintu supaya ketika mereka membuka pintu baldi itu akan jatuh menimpa mereka.
Appa Chumin yang tidak gembira dengan 'sambutan hangat' yang dilakukan oleh Chumin terhadapnya mula bertukar menjadi 'Hulk' dan menjerit nama Chumin dengan lantang.
Nasib menyebelahi Chumin dan Gaeun kerana mereka sudah pun angkat kaki dari rumah itu setelah melaksanakan rancangan mereka.
Tidak puas dengan prank yang dilakukan , mereka mula 'membuli' anjing peliharaan Encik Myung Soo yang garang itu.Anjing jantan itu dipakaikan pakaian khas untuk anjing betina.Setelah itu dimake-upnya anjing jantan itu.
Setelah tindakan mereka itu disedari oleh Myung Soo mereka berlari ke rumah Jimin.
"Kau nak buat apa sebenarnya kat sini?".Soal Gaeun tidak puas hati apabila soalannya diabaikan oleh Chumin.
"Hehe.Aku nak buat prank khas untuk Jimin".Chumin dengan senyuman nakalnya melangkah ke pintu depan rumah Jimin bagi memulakan rencananya.
"Kau nak prank dia macam mana?".
"Aku nak simbah dia dengan gam air satu baldi ni , then kita baling dia dengan bulu-bulu ayam ni.Nanti jadilah dia Ayam ketot sehari".Chumin menjelaskan rencananya dengan teruja sekali.
"Hohoho.Ayam Ketot.Aku suka rancangan tu".
Chumin dan Gaeun yang teruja mahu melakukan prank mereka cuba untuk mengetuk pintu rumah Jimin bagi mengumpannya keluar.
Sebelum sempat mereka mengetuk pintu rumah itu , pintu itu dengan sendirinya terbuka.Kelibat Jimin yang hanya berseluar panjang tanpa berbaju itu menyapa mata Chumin dan Gaeun.
Hampir meleleh air liur mereka melihat pemandangan indah di awal pagi itu.
"Chumin? Gaeun?".Soal Jimin pelik.Berkerut dahinya melihat Chumin dan Gaeun yang sedang mencangkung di hadapan pintu rumahnya itu.
"Err..Bukan.Kami kucing.Meoww~".Jawab Chumin cuba untuk menipu Jimin.
"Iya.Kami kucing.Meoww~".Gaeun juga turut serta dengan berlakon menjadi kucing.
Jimin yang mendengar kata-kata Chumin dan Gaeun itu tergelak kecil.Kelakuan mereka berdua yang cuba menipunya dengan berpura-pura menjadi kucing benar-benar mencuit hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yes I'm a Vamp!
Vampire"Bencinya aku tengok mamat miang tu.Macam dah kegatalan sangat".-Chumin "Tarikan yang membuatkan jiwa lelaki aku memberontak.Rasa macam nak kiss aje kau kat sini.Mungkin lebih dari tu kot aku nak buat.Btw,Nice Body. Fuh! I love it". -Jimin Apa akan...