Part 13

6.8K 497 73
                                        

-BigHit Highschool-

Jimin melewati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu dengan senyuman gembira terhias dibibirnya.Pelajar-pelajar perempuan yang sedang merenungnya sama sekali tidak menganggu tumpuannya yang terarah pada pengawas yang sedang bertugas itu.

Langkah demi langkah di atur ke arah pengawas itu.Senyuman yang terhias di bibirnya tidak pernah padam.

"Morning beauty".Sapa Jimin.

Pengawas yang sedang menulis sesuatu di buku catatannya itu berpaling dan merenung Jimin dengan pandangan malas.

"Jangan kacau aku buat tugas Jimin.Aku tak nak tulis nama kau sebab kacau pengawas menjalankan tugas".

"Ok.Aku tak kacau kau.Teruskan tugas kau tu Chumin".Jimin berlalu pergi dari situ dengan senyuman setia terhias dibibirnya.Dia sama sekali tidak terasa dengan kata-kata dingin Chumin.

Kakinya kini melangkah ke arah tempat dia dan rakan-rakannya selalu menghabiskan masa.Tempat yang disediakan oleh sekolah untuk mereka bertujuh.

Studio yang agak besar itu merupakan tempat untuk dia dan rakan-rakannya menghabiskan masa.Sesiapa pun tidak mengetahui kewujudan studio itu.Yang tahu mengenai studio itu hanyalah mereka dan guru-guru di sekolah itu.

"Yo!".Sapa Jimin terlebih dahulu.

Kelihatan Jungkook , V dan Jin sahaja yang ada di dalam studio itu.Mereka bertiga tersenyum melihat Jimin yang dalam keadaan mood yang baik.

"Aku ingatkan kau dah lupa hari ni ada sekolah.Sebab semalam kau tak balik pun".Jungkook tersenyum nakal sambil merenung Jimin.

Jimin hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Jungkook itu.Dia melangkah masuk ke dalam studio itu dan duduk di sebelah Jungkook.

"Mana yang lain?".Jimin mengeluarkan Iphonenya dan mula bermain game.

"Rap Mon ngan J-Hope ada kat bilik guru.Suga pula tak tahu.Maybe dia lambat lagi hari ni".Jawab Jin.

"Owh~".Senyuman kemudian terukir kembali dibibirnya.Dia teringat kembali kejadian pagi tadi.

"Apasal kau senyum aje dari tadi? Naik meremang bulu roma aku tengok kau".V memandang Jimin meminta jawapan.

"Aku memang selalu senyumlah.Apa yang pelik sangat kalau aku senyum?".

"Senyuman kau tu menakutkan.Tak pernah aku nampak kau senyum sampai macam ni".Jungkook turut merenung Jimin.Rasa ingin tahu mula menguasai dirinya.

Jimin hanya tertawa kecil melihat mereka bertiga.Kepalanya kini penuh dengan kejadian pagi tadi.

"Wei~ Bagitaulah~".Jungkook mengelip-ngelipkan matanya berkali-kali.

-Flashback-

"ARRRRRRGGGGHHHHH!!!!!!!!!!!".

'Aku nak jerit macam tu ke?'.Fikir Chumin.Dia masih memandang Jimin yang lena tidur di sampingnya.Matanya ligat memerhatikan muka Jimin.

'Kalau aku menjerit , karang appa naik kat bilik.Aku juga yang kena'.Chumin berfikir cara untuk menghilangkan Jimin dari pandangannya.

'Agak-agaknya kalau aku tutup muka dia guna bantal lama-lama dia masih hidup ke?'.Chumin memandang bantal yang ada disampingnya.Tangannya ingin mancapai bantal itu dan melakukan perkara yang difikirkannya.

'Tapi kalau dia mati , siapa nak tanggungjawab? Aku tak nak meringkuk dalam penjara.Aku masih muda.Kerjaya pun belum ada.Inikan pula Kahwin.Tak pasal-pasal appa dia yang handsome tu bunuh aku balik'.

Yes I'm a Vamp!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang