Part 19

6.4K 514 209
                                        

♚VAMPIRE WORLD♚

"Mana Jimin?".Soal Jin sebaik sahaja dia , Gaeun , Jungkook , V , Rapmon , J-Hope , Suga , Jackson , Bambam , dan Ken sampai di hadapan Rumah Chanyeol.

"Jimin pergi selamatkan Chumin".Jinyoung memberitahu sambil memegang bahunya yang tercedera.

Mark dan Yugyeom pula sedang terduduk dengan sebelah kaki mereka dilunjurkan ke hadapan.Mark memegang perutnya yang masih berdarah , manakala Yugyeom memegang bahagian bahunya.Mereka berdua cedera parah.

Kelibat Jb dan Youngjae tidak kelihatan di kawasan itu.Hanya mayat-mayat vampire yang terkulai di atas tanah.

"Kenapa korang cedera parah sampai macam ni?".Jackson menyoal risau apabila dia terpandang kecederaan mereka.

"Jimin..Jimin dah hilang kawalan sepenuhnya.Sifat manusia dia dah hilang".Dengan suara perlahan Mark memberitahu.Rasa sakit di bahagian perutnya setiap kali dia berkata-kata benar-benar menyakitkan.Terasa seperti nyawanya hampir terpisah dari badannya.

"Kita dah terlambat".Jungkook menggumam perlahan.

"Mian.Semua ni salah aku.Aku tak sepatutnya percaya kata-kata Leo tu seratus peratus".Ken menundukkan kepalanya.Dia benar-benar merasa bersalah.

"Tak apa.Kau lakukan ni semua pun sebab kau sayangkan raja kita.Aku faham perasaan kau.Perasaan ingin melindungi orang yang bermakna dalam hidup kita".Suga menepuk-nepuk bahu Ken.Cuba memujuknya agar tidak menyalahkan diri sendiri.

"Korang kena kejar Jimin ngan King Chanyeol".Jinyoung mengingatkan mereka perkara penting itu.

"Tapi sebelum itu , mana Jb ngan Youngjae? Apasal semua orang kat sini dah mati?"Bambam menyuarakan apa yang difikirkannya.Dari tadi lagi , kepalanya melilau mencari kelibat Youngjae dan Jb.Tetapi tidak kelihatan.

"Jb ngan Youngjae dah gerak untuk menyusul Jimin ngan King Chanyeol.Aku yang suruh.Semua yang dah terlantar kat atas tanah ni , kerja Jimin.Dia benar-benar di luar kawalan.Dia umpama syaitan yang sedang dahagakan darah. Dan..dan..dia sekarang mempunyai kuasa yang amat kuat.Dia mampu menghasilkan senjata menggunakan darah".Yugyeom menggigil ketakutan apabila teringatkan Jimin sebentar tadi beraksi di hadapan matanya.

Tanpa belas kasihan dia meragut semua nyawa vampire yang ada di situ kecuali mereka.Dia seperti masih mempunyai kesedaran bahawa mereka ialah rakannya.Namun , itu tidak menghalangnya untuk mencederekan mereka dengan teruk.

Dalam sekelip mata , mereka semua tercedera dengan teruk.Jimin bergerak dengan pantas sehinggakan mereka tidak mampu menangkap pergerakannya menggunakan mata mereka.

Sebaik sahaja Jimin terdengar sesuatu dan mula menyebut nama Chumin seperti orang hilang akal , dia menghilang seperti ditiup angin.

"Mampu meng..menghasilkan senjata menggunakan darah?".V menyoal terkejut.Dia terdiam seperti mengingati sesuatu.

"Kenapa?".Soal J-Hope apabila melihat riak muka V yang berubah menjadi takut.

"Tak ada apa-apa".V pantas menjawab.

J-Hope hanya merenungnya dengan pandangan pelik.Dia kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan V.

"Kita kena selamatkan Jimin sebelum terlambat.Korang stay kat sini.V kau sembuhkan kecederaan dia orang ni.Biar kami aje yang pergi selamatkan Jimin ngan Chumin".Jin memberikan arahan kepada V.

Disebabkan hanya dia yang mempunyai kuasa untuk menyembuh.Walapun Vampire mempunyai kelebihan untuk menyembuhkan diri dari kecederaan , tetapi jika mereka terlalu cedera , kuasa penyembuhan mereka akan semakin perlahan.

Yes I'm a Vamp!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang