Part 9

7.3K 557 74
                                    

-SUTERA HARBOUR RESORT-

"Jimin?".Jackson bersandar di pintu keluar ke beranda bilik Jimin sambil memerhatikan gelagat manusia yang sibuk dengan aktiviti masing-masing

"Erm?".

"Kau tak nak bagitau Chumin ke yang dia dalam bahaya sekarang?".Kali ini Jackson memandang Jimin yang sedang sibuk dengan telefonnya.

"Kau gila? Kau nak aku mati katak kat tangan dia ke? Takkanlah kau nak aku cakap macam ni kat dia

"Chumin , kau nak tau tak , kau ni sebenarnya dalam bahaya.Appa aku nak bunuh kau kalau aku tak berjaya tawan kau dalam masa 4 bulan , musuh aku pula nak jadikan kau hamba dia sebab dia tertarik dengan kau.Mesti hidup kau penuh makna dah sekarang.Tak adalah bosan sangat.Sebab kau dah jadi target semua makhluk supernatural disebabkan aku.Yey! Give me high 5 babe!".

Kau nak aku cakap macam tu? Tak pasal-pasal nyawa aku melayang dalam sekelip mata.Walaupun dia manusia , jangan main-main dengan dia.Dia tu sebenarnya lebih bahaya dari mana-mana makhluk kat dunia ni".

Jackson hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Jimin.Kalau difikirkan semula , memang ada benarnya kata-kata Jimin tu.Tak pasal-pasal nyawa Jimin boleh melayang disebabkan Chumin.

Bayangkan ajelah , mana ada manusia yang pernah mencederakan vampire menggunakan tumbukan sahaja.Chumin aje seorang yang berjaya lakukan semua tu.

Jackson sememangnya terkejut melihat muka Leo yang lebam ketika dia sampai di dalam hutan itu.Itupun dia hanya melihat Leo sekilas pandang sahaja sebelum dia menghilangkan diri seperti ditiup angin.

Pada mulanya dia berfikir , kesan di muka Leo itu disebabkan oleh Jimin.Namun , setelah Jimin memberitahu bukan dia melakukannya.Dia terdiam.Siapa sangka seorang gadis yang bertubuh kecil seperti itu mempunyai kekuatan yang mengejutkan.

"Yalah.Tapi sekurang-kurangnya dia akan berhati-hati kalau dia tahu yang dia dalam bahaya".Jackson memberitahu sebabnya dia mahu Chumin mengetahui dirinya dalam bahaya.

"Tak perlu! Aku akan pastikan dia sentiasa dalam keadaan selamat.Aku takkan benarkan sesiapa pun yang sentuh dia".Mata Jimin bertukar merah apabila memikirkan Chumin dalam keadaan bahaya.

"Herm~ Suka hati kaulah Jimin.aku dah bagi amaran.Jangan nak salahkan aku pula kalau sesuatu terjadi nanti".Jackson akhirnya mengalah.Dia malas mahu berkelahi dengan Jimin.Memandangkan Jimin keras kepala.

"Jangan risau.Aku akan selalu jaga dia".Jimin memberikan senyuman kepada Jackson yang risau tidak menentu itu.

♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕

Chumin dan Gaeun yang sedang berjalan ke arah bilik Jimin itu terhenti apabila Gaeun menghentikan langkah kakinya.

"Kenapa kau stop?".Chumin memandang Gaeun yang kelihatan pucat sedikit.

"Ak..aku takutlah.Tak payahlah kita jumpa dia orang tu.Biarkan ajelah".Gaeun memberikan pandangan meminta belas kasihan kepada Chumin.

"Bukannya kau yang nak sangat tahu tentang vampire semua tu ke?Tadi bukan main lagi kau nak tanya dia orang tu.Sekarang ni dah ketakutan macam anak kucing nak jumpa vampire.Oh! Lupa.Kau memang nak jumpa vampire pun kan?".

Chumin mengusik Gaeun yang ketakutan itu.Sebelum mereka merancang mahu berjumpa dengan Jimin , Gaeun yang bersungguh-sungguh mahu bersemuka dengan mereka semua.

Semuanya bermula sebaik sahaja mereka menjejak kaki ke sutera harbour semula.Gaeun terover excited selepas mengetahui kewujudan vampire.Dia lupa terus rasa penat mengangkat barangnya dari Pulau Manukan ke Sutera Harbour.Salah dia sendiri , siapa suruh bawah barang macam nak lari dari rumah.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now