Part 24

2.4K 184 58
                                        

"Erm..".

"Erm what?".Suga merenung Chumin yang sedang gelabah memandang ke kiri dan kanan.Anak mata milik perempuan yang ada di hadapannya sekarang ini tidak berani merenung tepat ke arahnya.

'Malu kot sebab aku tak pakai baju'.Fikir Suga.

Sambil menunggu Chumin membalas soalannya , dia menuju ke arah almari pakaiannya mencari baju dan seluar yang sesuai untuk dipakai.

"Sebenarnya..".Mata Chumin mengikuti pergerakan badan Suga yang menuju ke arah almari.

Amat sukar baginya untuk mengalihkan pandangan dari badan yang agak terdedah itu.

"Sebenarnya aku tak tahu macam mana aku boleh ada kat sini".Terasa lemah lutut Chumin walaupun ketika itu dia sedang duduk di tepi katil Suga.

"Mmm".Respon Suga tanpa melihat Chumin.Dia masih leka mencari bajunya serta seluar.

Chumin pula mula terasa panas apabila dia menyedari situasi yang sedang berlaku.Dia sedang berdua-duaan dengan orang yang diminatinya.

Terasa sedikit sesak nafasnya ketika itu , memikirkan bukan sahaja dia berdua-duaan dengan Suga.TAPI! BERDUA-DUAAN DENGAN SUGA YANG TIDAK BERPAKAIAN LENGKAP! .

'Ini kalau Gaeun tahu aku ada kat sini berdua-duaan dengan Suga yang seksei meksei ni confirm kena bahan setahun oleh minah byuntae tu.Kalau bab-bab yang macam ni laju betul otak dia berfungsi'.

"Kau dari mana sebenarnya?".Soal Suga sambil menutup pintu almari pakaiannya.

"Aku pun tak berapa pasti.Yang aku ingat , aku dengan Gaeun macam buat banyak sangat masalah hari ni.Tapi aku tak ingat masalah apa yang aku buat".Jawab Chumin dengan jujur tanpa berselindung.

Jawapan Chumin itu membuatkan Suga mengerutkan dahinya.Kurang percaya.

Dia melangkah ke arah Chumin yang sedang cemas merenungnya.Dia menundukkan badannya dan kemudian meletakkan kedua belah tangannya di tepi berhampiran paha Chumin.

Mukanya didekatkan dengan Chumin.

"Really?".Nafasnya menyapa muka Chumin.

"Kau buat masalah? Susah nak percaya".Mata Suga kini merenung sepasang mata Chumin.

Sepasang mata yang selama ini menghantui mimpinya saban malam.Dia sedar selama ini Chumin seiras dengan seseorang yang amat dia sayangi.

Tipulah kalau tidak terdetik di hatinya ingin memiliki Chumin sebaik sahaja dia melihat persamaan itu.Namun , hasratnya itu terkubur apabila dia mengetahui Chumin ialah mate Jimin.

Bertambah sesak nafas Chumin apabila Suga begitu dekat dengannya.Dengan keadaan itu dia mampu mendengar jantungnya berdegup dengan laju sekali.

Sedangkan dia yang tiada kelebihan mempunyai pendengaran yang amat tajam sahaja mampu mendengarnya , inikan lagi Suga yang merupakan vampire.Sudah tentu dia mampu mendengarnya dengan jelas dan lebih kuat.

Dek kerana telampau cemas dengan keadaan itu , Chumin menjilat bibirnya yang terasa kering.

Perlakuannya itu menyebabkan mata Suga kini beralih ke arah bibirnya.Agak lama Suga merenung bibir miliknya itu.Namun , Suga hanya menutup matanya sekejap dan kemudian bangun.

"Aku nak pakai baju jap".

Tanpa menunggu jawapan Chumin dia melangkah semula ke arah bilik airnya.

Chumin pula hanya diam terkutik di tempatnya.Masih dalam dunia mimpinya.Terlalu terkejut barangkali.

Tangan Chumin naik ke atas dadanya.Debaran itu masih ada.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 14, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Yes I'm a Vamp!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang