"Macam mana aku nak handle hal ni? Aduh~".Jimin berjalan mundar mandir di sisi katilnya itu sebaik sahaja Baekhyun menyebut perkatan PERJUMPAAN.
"Kenapa kau risau sangat? Macamlah ada masalah besar dengan perjumpaan tu".V merenung cermin yang ada ditangannya sambil tersenyum ke arah cermin itu.Tidak pun dia akan 'berbual' dengan cermin itu.
"Perjumpaan kali ni memang akan bawah masalah besar.Lebih-lebih lagi dengan perjanjian Jimin ngan Appa dia tu".Jin merenung serius ke arah V yang menganggap perkara itu biasa-biasa sahaja.
Chumin dan Gaeun yang tidak tahu menahu hanya mendiamkan diri.Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam masalah mereka.
"Aku bingunglah.Kenapa pula perjumpaan kali ni akan bawah masalah besar? Kita ada buat kesalahan ke? Seingat aku kita tak ada pula buat".V mengerutkan dahinya cuba mengingati jika mereka ada melakukan apa-apa kesalahan.
Tetapi berdasarkan otaknya yang genius itu , mereka tidak ada melakukan apa-apa.
"Pabo!".Baekhyun yang tadinya sibuk mengurus eyelinernya itu mengetuk kepala V.
"Apasal kau ketuk kepala aku?"V mengusap kepalanya yang diketuk oleh Baekhyun itu sambil memberikan pandangan membunuh kepada Baekhyun.
"Sebab kau ni lembab sangat". Baekhun dengan selambanya menjawab.
"Aku? Lembab? Bukan kau ke?".V memberikan pandangan mengejek ke arah Baekhyun sebelum merampas kembali cerminnya yang diambil oleh Baekhyun tadi.
"Aku bunuh juga budak kecil ni".Baekhyun sudah mengangkat tangannya mahu menumbuk muka V.Namun , terhenti setelah mendengar suara Jimin.
"Stop!Korang ni memang tak boleh nak senyap sikit ke? Aku tengah fikir ni".Jimin merenung V dan Baekhyun lama.Matanya bersinar-sinar merah menandakan perasaan marah sedang menguasai dirinya.
V dan Baekhyun hanya mendiamkan diri.Takut dengan pandangan Jimin dan perubahan warna mata Jimin itu.Mereka berdua tahu , ketika Jimin sedang dikuasai perasaan marah ialah saat yang paling menakutkan sekali.
Setelah penat mundar mandir , Jimin kembali duduk di katilnya.Dia menolak V dan Baekhyun ke tepi bagi membuka ruang untuk dia naik semula ke katilnya.
"Ok.Aku rasa kita memang tak boleh sembunyikan Chumin ngan Gaeun ni.Lambat laun , yang lain akan tahu juga".Jimin menyerabutkan rambutnya sambil mengeluh kuat.
"Kenapa pula korang nak sembunyikan kami berdua?".Chumin menyoal Jimin yang masih kelihatan stress.
"Sebab korang dah tahu kewujudan vampire".Jin menjawab bagi pihak Jimin yang masih risau.
"Ok~ Apa kaitannya dengan perjumpaan tu?".Chumin menyoal lagi.
"Perjumpaan tu sebenarnya ialah perjumpaan untuk seluruh vampire yang ada kat dunia ni".Jin menerangkannya sekali lagi.Tangan Jin tanpa sedar mengusap-usap lengan Gaeun yang berada dalam pelukannya.Dia tahu Gaeun kesejukan disebabkan itulah tangannya automatik membuat kerja.
"So?Apa kena mengena kami berdua dengan perjumpaan tu?Kami berdua ni manusia.Bukannya Vampire".Chumin masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Jin.Dia tahu ada perkara penting yang tidak diberitahunya.Dan perkara penting itu pastinya ada kaitan dengan mereka berdua.
"Betul-betul".V mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.Perbuatannya itu membuatkan Baekhyun memberikan dia pandangan tajam.
"Apa pandang-pandang aku macam tu? Jealous?".V membuat muka menyampah sambil melihat Baekhyun.Baekhyun hanya membiarkannya sahaja.Malas mahu berkelahi dengannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yes I'm a Vamp!
Vampir"Bencinya aku tengok mamat miang tu.Macam dah kegatalan sangat".-Chumin "Tarikan yang membuatkan jiwa lelaki aku memberontak.Rasa macam nak kiss aje kau kat sini.Mungkin lebih dari tu kot aku nak buat.Btw,Nice Body. Fuh! I love it". -Jimin Apa akan...