Part 16

6.1K 480 143
                                    

-VAMPIRE WORLD-

"Cincin tu? Where you got that from?".Mata Chanyeol terpaku pada cincin Chumin yang masih menghasilkan medan kuasa untuk melindungi Chumin dari dirinya.

"From someone".Chumin menjawab dengan berani.Dia tahu cincin itu akan melindunginya dari sebarang bahaya yang bakal dilakukan oleh Chanyeol.

Chanyeol tertawa kecil melihat Chumin yang kelihatan berani itu.Sedangkan sebentar tadi dia kelihatan amat ketakutan.

"Untuk pengetahuan kau , cincin tu takkan boleh lindungi kau selamanya dari aku.Cincin tu tak berkuasa sangat kalau manusia yang gunakannya *smirk*".

Kata-kata Chanyeol itu membuatkan Chumin terdiam dan kaku.Keyakinan dirinya mula goyah.Keberanian yang ada dalam dirinya semakin menghilang.

"Tak apa.Selagi cincin ni boleh lindungi aku dari kau , aku yakin Jimin ngan yang lain-lain pasti akan berusaha untuk mencari aku".Chumin memberikan senyuman manis kepada Chanyeol.Senyuman yang penuh berkeyakinan sehingga menyebabkan senyuman sinis Chanyeol menghilang.

"Kenapa kau yakin sangat Jimin akan datang selamatkan kau?".Chanyeol menyoal lagi.Dia tahu , Jimin belum memberitahu Chumin yang dia adalah matenya.

Kata-kata Chanyeol itu kemudiannya meresap masuk ke dalam fikiran Chumin.Dia kemudian menyoal dirinya , mengapa dia yakin Jimin pasti akan datang menyelamatkannya.Sedangkan yang berada di dalam hatinya ialah Suga.

'Kenapa? Aku pun tak tahu.Setiap kali aku dalam bahaya , aku pasti teringatkan Jimin.Aku yakin dia akan selamatkan aku tak kira apa pun.Persoalannya ialah kenapa aku yakin dia akan selamatkan aku? Kenapa bukannya Suga?'.

Chumin terlalu leka dengan mainan fikirannya sehingga dia tidak menyedari kuasa cincin itu turut terjejas jika dia hilang tumpuan.Dia terlalu asyik dengan persoalan yang ada di mindanya.

Chanyeol yang melihat peluang untuk melenyapkan Chumin itu tersenyum sinis.Rasa gembira dan kejayaan yang bakal dia perolehi membuak-buak di dadanya.Lebih-lebih lagi , dia teringatkan kata-kata Leo kepadanya sebelum ini.

Kata-kata itulah yang menyebabkan dia melakukan rancangan gila ini.Kata-kata yang cukup meyakinkan sehingga dia sanggup untuk melenyapkan pasangan hidup anaknya sendiri.

-Flashback-

Chanyeol kelihatan sibuk mengurus dokumen yang melibatkan negara yang sedang dipimpinnya itu.Dia terlalu fokus dengan pekerjaannya sehingga tidak menyedari ada seseorang yang telah pun masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Raja memang selalu sibuk macam ni ke?".

Tangan Chanyeol yang sibuk menandatangani beberapa dokumen sebentar tadi terhenti.Kepalanya yang tadinya tunduk menghadap dokumen itu diangkat menghadap muka orang yang ada di depannya.

Lelaki yang ada di depannya itu duduk dengan selesanya dihadapan Chanyeol sambil tersenyum.

"Leo?".Chanyeol merenung Leo kurang percaya.Dia cukup mengenali Leo kerana dia ialah sahabat baik Jimin.

Walaupun dia kelihatan seperti tidak mengambil peduli mengenai Jimin , dia sebenarnya sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa anaknya itu.Buktinya dia sanggup mengerah orang bawahannya untuk mengikuti Jimin ke Pulau Manukan semata-mata mahu mengetahui apa aktiviti anaknya.

Dari luaran dia kelihatan seperti seorang ayah yang tidak bertanggungjawab.Tetapi sebenarnya dia amat menyayangi anak lelakinya itu.Dia hanya tidak suka menunjukkan kasih sayangnya itu secara terang-terangan.

"Apa khabar uncle?".Senyuman manis masih menghiasi bibir Leo. (Lol.)

"Uncle macam ni aje.Sentiasa baik".Chanyeol merasa gembira apabila sahabat baik anaknya mahu mengambil tahu mengenai dirinya.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now