Chapter 12

89 6 0
                                    

Luhan menyambar lengan Yoona tanpa berkata sepatah pun. Dia menarik Yoona menuju ke bilik bacaannya. Pintu bilik dibuka. Dia menolak Yoona masuk kedalam.

" Yahh! Lembut sikit boleh tak?" marah Yoona. Dia memegang lengannya yang ditarik kasar oleh Luhan.

Luhan tersenyum sinis. "Kau yang pijak kaki aku hari tu takpe pulak ?" tanya Luhan.

"Yang awak ejek saya tu kenapa? Tanggung sendirilah!"

Yoona ingin keluar dari bilik tu tapi tangan kasar Luhan sempat mencapai lengannya. Sekali lagi dia terdorong ke dalam bilik.

Luhan tidak melepaskan lengan Yoona. Tidak membenarkan Yoona keluar dari bilik bacaannya. Yoona merenung tajam ke arah Luhan.

" Yahh ! What wrong with you hah?!" marah Yoona.

Sudah 2 kali dia ditarik kasar oleh Luhan. Ikutkan hati, mahu saja dia menendang kaki namja itu. Namun bila mengenangkan nenek saudaranya bekerja dengan ibu bapa namja itu, dia terpaksa mengalah.

"Aku takkan lepaskan kau. Kau kene janji dulu, jangan nak lari lagi," gertak Luhan. Dia menguatkan cengkamannya.

Yoona kesakitan. "Ok fine ! Awak nak saya buat apa?"

Luhan melepaskan pegangannya. Yoona segera mengusap lengannya yang kemerah-merahan akibat cengkaman Luhan yang kuat.

Perasaan simpati mula menguasai diri Luhan bila melihat lengan Yoona yang kemerahan kerana cengkamannya. "Sakit ke?"
Lembut dia bertanya.

Yoona menggeleng. Apahal pulak dengan mamat ni? Nak buat baik pulak dengan aku.

"Awak nak saya buat ape?" tanyanya malas.

Dia malas mahu melayan perangai Luhan. Yoona melihat sekeliling bilik bacaan kepunyaan Luhan. Hatinya tercuit. Bilik bacaan itu memang cantik. Warna pastel biru melatari dinding. Langsir putih menghiasi tingkap dan pintu.

" Kau tolong aku buang barang yang dah lama ni. Bawa ke tempat pembakaran. Dah banyak kertas yang bertimbun dalam bilik ni. Follow me."

Tanpa banyak soal, Yoona mengikut langkah Luhan. Nampaknya, Luhan dah berlembut dengan dia.
Luhan mengeluarkan beberapa buah kotak sederhana besar dari bawah meja belajarnya. Yoona melihat kedalam kotak itu. Sebahgian besar isi kotak itu mengandungi nota-nota muzik. Terdapat not-not muzik yang terlakar diatas kertas tu. Yoona duduk diatas lantar bersebelahan dengan Luhan.

"Awak nak buang semua not muzik ni?" tanyanya.
Yoona mengambil sehelai daripada not muzik itu. Dia meneliti apa yanh ditulis diatasnya.

Luhan mengalihkan tumpuannya dari bawah meja. Dia baru saja ingin berkata sesuatu, namun apa yang sedang dilakukan oleh Yoona menarik minatnya. Yoona cuba menyanyikan lagu itu.

Luhan tersenyum. Dia menarik helaian kertas itu dari Yoona.

"Kalau tak tahu nyanyi lagu ni, better jangan nanyi langsung," usik Luhan. Dia mengusap kepala Yoona.

Yoona mencebik. Tangan Luhan ditolak. "Suka hatilah!"

Luhan tersengih. "Dah. Jangan kacau. Tolong aku kemas kertas-kertas ni."

"Semua not muzik ni awak yang karang ke?" tanya Yoona.

Tangan Luhan berhenti secara mendadak. Pertanyaan Yoona menyentap jantungnya.

Yoona berasa pelik. Luhan seperti terkejut dengan pertanyaannya. " Awak?"

Luhan menggeleng. "Dah, buat aje kerja tu. Tak payah banyak tanya. Aku nak keluar jap. Jangan usik apa² kecuali barang-barang ni je. Aku keluar dulu."

Tanpa menoleh ke arah Yoona, Luhan segera keluar dari bilik bacaannya.

"Waeyo ? Salah ke ape yang aku tanya ?" tanya Yoona sendirian.

Luhan yang berada di luar pintu bilik sedang berdiri membelakangi pintu. Tapak tangannya menekup muka. Nafasnya sesak. Dadanya berombak. Dia ingin memarahi dirinya sendiri kerana membiarkan Yoona melihat semua not muzik itu. Namun salahnya juga, dia yang meminta Yoona menolongnya. Muka Luhan bertambah merah. Dia perlukan Pakcik Jae Suk, sekarang juga !

- To be continue -

************************************
Anyeong readers xD part harini panjang sikitkan. Hahaha xD Author ingat nak habiskan ff nie dalam bulan nie juga. Tu pon kalau sempatlah.
Btw abaikan segala typo xDDD
#Dont forget to Vote yaa ..hehe xD

♡Melody In Love♡Where stories live. Discover now