"Tuan Muda Luhan suruh Yoona buat apa takdi?" tanya Yuri.
Seperti biasa, mereka bertiga akan bersembang dulu sebelum tidur. Yoona mendongak memandang siling bilik. Teddy bearnya dipeluk erat.
"Dia minta tolong kemaskan barang dia. Tu je," katanya perlahan.
Peristiwa petang tadi masih terbayang dimindanya. Luhan langsung tidak masuk semula ke dalam bilik itu setelah dia keluar. Yoona hanya menyusun kembali kotak-kotak itu di tepi meja belajar dan meninggalkannya di situ. Dia bimbang jika dia membakar kesemua isi kotak² itu, mungkin masih ada bende lain yang masih belum diambil oleh Luhan.
" Jinjja ? Takda perkara lain?" tanya Yuna pula.
Yoona menggeleng. Selimutnya dibawa rapat ke dagu. Dia berpusing ke kiri dan menyembunyikan mukanya dengan teddy bear itu.
Yuri dan Yuna hanya berpandangan sesama sendiri.
- Di Sekolah -
"Kau dah jumpa dengan budak tu?" tanya Tao.
Luhan hanya mengangguk. Dia menekup mukanya ke meja.
Tao mengalih pandangan kearah Xiumin dan Kris. Tao menepuk bahu Luhan."Wae geurae? Biasanya kau ada masalah kalau kau macam ni. Ibu bapa kau ungkit pasal 'bende' tu lagi?" tanya Tao lagi.
'Benda' itulah yang sering menimbulkan masalah dalam diri Luhan sekali gus boleh merenggangkan hubungan Luhan dengan kedua ibu bapanya. Mereka bertiga sudah faham apa yang berlaku di dalan keluarga Luhan.
"Bukan pasal 'benda' tu," kata Luhan. Dia mengangkat wajah dan merenung ke luar tingkap.
"Habis tu?"
" Aku minta tolong budak tu kemaskan barang aku, aku benarkan dia tengok kertas-kertas tu. Then, dia tanya aku sama ada aku yang karang not-not muzik tu. Aku rasa sakit hati, aku terbayang wajah bapa aku. Bila aku ingat kata-kata dia, aku rasa nak marah je masa tu," katanya perlahan.
"Kau marahkan budak tu?" tanya Xiumin.
Luhan menggeleng. " Aku terus tinggalkan bilik tu dan tak cakap apa-apa. Aku tak dapat tahan perasaan aku masa tu. Aku betul-betul tak tahan."
Luhan menekup mukanya semula.Kris mengeluh. " Kau taknak jumpa budak tu ke?"
Luhan segera mendongak. "For what?"
" Maybe kau rasa biasa je, tapi aku rasa kau perlu jumpa dia. Dia mesti pelik kenapa kau senyap masa tu. Maybe dia fikir kau marahkan dia. Sebelum ni, dia tentu tak kisah kalau kau marah atau mengamuk sebab kau bukan majikan dia lagi. Selepas dia bekerja dan tinggal dirumah kau tentu dia rasa tak selesa kalau kau marah dia. Kau selesa ke kalau kau tinggal serumah dengan orang yang bencikan kau ? Mungkin itu apa yang budak tu rasakan sekarang."
Kris tersengih melihat muka Luhan yang blur tu. " Kitorang boleh tolong kau. Mari kita ke kelas dia. Kita ke fakulti seni. Kau pernah kata dia pelajar jurusan seni kan?"
- To be continue -
************************************
Anyeong readers sekalian xD Hehe jangan lupa Vote okay ^_^
#Mianhae if tak best. Abaikan segala typo ~T_T~
YOU ARE READING
♡Melody In Love♡
FanfictionCast: Luhan Yoona Kris Tao Xiumin G-Dragon/Jiyong Jessica Tifanny ************************* Read yaa ^_^