"Jaesuk ahjusshi ke?"
Luhan membuka pintu bilik rahsianya itu. Dia kehairanan. Takkan Pakcik Jaesuk masih belum tidur lagi. Dia menjenguk ke luar. Namun, apa yang dilihat benar-benar memeranjatkannya. Susuk tubuh kecil Yoona berdiri tegak berhadapan dengannya. Luhan tergamam.
"Mwo aniya?" tanyanya terperanjat.
"Ada sesuatu saya nak beritahu awak. Tepilah !"
Tubuh Luhan ditolak ke tepi. Yoona meloloskan diri masuk ke dalam bilik itu. Pandangannya menebar ke seluruh bilik itu. Jangkaannya tepat. Ada sebuah piano hitam terletak megah di tengah-tengah bilik itu. Kertas-kertas yang mengandungi not-not muzik tersusun kemas di atas almari kecil di sudut dinding. Beberapa buah gambar pemuzik terkenal tergantung elok di dinding.
"Apa kau buat kat sini?" tanya Luha tidak percaya. Takkanlah selama ini Yoona mengetahui kegiatannya setiap malam?
Yoona menghela nafas. Dia berdiri berhadapan dengan Luhan. Wajah Luhan dipandang tajam. " Saya dah tahu semuanya. Jiyong dah ceritakan kepada saya segala-galanya!"
"Bwo? Kau......"
"Wait. Dengar dulu apa yang saya nak cakap," tegas Yoona. Dia berjalan menuju ke piano itu. "Dah banyak kali saya dengar simfoni tu."
Yoona memulakan bicara. Dia berdiri membelakangi Luhan.
" Pada mulanya saya fikir apa yang saya dengar itu cuma perasaan saya. Tak mungkin ada orang main piano tengah-tengah malam macam ni. Lagipun, setahu saya tak ada piano di rumah ini. Tapi, lepas beberapa kali saya mendengarnya, barulah saya tahu memang ada orang yang mainkan simfoni tu berulang kali."
Dia berhenti sejenak. Menghela nafas. "Dan, lepas saya dengar perbualan Jaesuk ahjusshi dan Jiyong kelmarin, baru saya sedar ada pekara yang awak sembunyikan."
"Aku tak faham apa yang kau cakap ni," kata Luhan keras.
Yoona ketawa sinis. "Awak memang nak jadi pemain piano kan?"
"Bwo?"
"Awak simpan impian untuk menjadi pemain piano sejak kecil kan? Sejak datuk awak ajar awak main piano, sejak awak mula mengenali piano. Tapi, Tuan Xi tak benarkan awak capai impian awak, betul tak apa yang saya cakap?"
"Tak ! Aku......"
"Awak tak payahlah nak tipu. Awak berjanji pada datuk awak, awak akan menjadi pemain piano suatu hari nanti. Tapi, awak kecewa bila bapa awak tak benarkan. Bapa awak nak awak mewarisi syarikatnya. Lepas Jiyong berjaya mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi, impian yang sudah lama ingin dia laksanakan, awak putuskan persahabatan awak dengan dia. Sebab apa? Sebab awak cemburu!"
"Im Yoon A !"
Luhan mula berang. Api kemarahannya semakin memuncak. Wajah Yoona dipandang geram. Mukanya merah.
"Awak tak patut buat macam tu," kata Yoona perlahan. Hatinya kecut, namun dia gagahi juga untuk meluahkan apa yang bersarang didada.
"Awak tak patut cemburukan dia. Awak tak patut bersikap dingin sebab perkara tu. Datuk awak tentu kecewa sebab awak berkelakuan macam ni."
Sepi.
Luhan yang cuba menahan rasa amarahnya tidak berjaya. Dadanya berombak ganas. Wajahnya kelihatan seperti mahu menelan Yoona hidup-hidup. Dia mara ke hadapan. Wajah Yoona dipandang tajam.
"Kau tak layak nak kata apa-apa! Kau tak tahu apa-apa! Kau tak tahu, macam mana perasaan aku bile ayah aku tak benarkan aku teruskan impian aku! Dah lama, dah lama aku simpan impian tu! Ayah aku tak tahu apa-apa, apa yang penting bagi dia cumalah perniagaannya. Dia langsung tak pedulikan perasaan aku!" jerkah Luhan.
"Luhan......"
Hati Yoona bertambah kecut. Takut melihat raut wajah Luhan yang bengis, terkejut dengan jerkahan Luhan yang tiba-tiba menyentak gegendang telinganya.
"Tidak ! Kali ni giliran kau dengar apa yang aku nak cakap. Selama ni hanya datuk aku yang pedulikan perasaan aku. Saat ayah aku marah bila dia tahu pasal tu, hanya datuk aku je yang pertahankan aku! Mak aku pun sama! Dia cuma diam, ikut aje apa yang ayah aku cakap! Kau tak faham. Kau tak akan faham. Segala-galanya berubah lepas datuk aku meninggal dunia. Ayah aku tak benarkan aku bermain piano lagi! Dia nak aku tumpukan pada perniagaannya! Dia memang tak faham perasaan aku sampai bila-bila! Dia lebih pentingkan perniagaannya tu daripada aku!" marah Luhan lagi.
Dia meraup wajahnya. Segala-galanya telah pun dihamburkan. Apa yang ditanggungnya selama ini, akhirnya terluah jua. Walaupun kepada Pakcik Jaesuk, dia tak luahkan kesemuanya. Dia banyak memendam rasa selama ini.
Yoona senyap. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan. Begitu berat perasaan yang ditanggung oleh Luhan selama ini. Air mata bergenang ditubir mata. Wajah Luhan dipandang sayu.
"Sejak kecil lagi......."
Luhan bersuara. Kali ini nadanya sayu. Meruntun perasaan Yoona yang mendengarnya. Dia tunduk memandang lantai.
"Sejak kecil lagi.......hidup aku dikawal oleh ayah aku. Aku tidak dibenarkan bermain seperti kanak-kanak yang lain. Aku dipaksa belajar setiap hari. Setiap hari, ada saem yang akan datang ke rumah dan mengajar aku pelajaran yang tak patut lagi dipelajari oleh kanak-kanak seusia aku. Hanya datuk aku, hanya datuk aku aje yang faham perasaan aku."
Matanya merah. Cuba menahan air mata yang akan tumpah pada bila-bila masa saja.
Air mata Yoona mengalir perlahan. Dia menangis teresak-esak. Tidak dapat bayangkan bagaiman hidup Luhan sewaktu kecil. Dia memeluk tubuh. Menahan esakan yang semakin menjadi-jadi.
"Mianhae. Saya tak tahu......" katanya perlahan.
Begitu menggunung sesal dihatinya. Jika dia tidak memaksa Luhan mendengar apa yang ingin dikatakannya tadi, mungkin Luhan tidak perlu mengenang kembali peristiwa yang melukakan hatinya.
Luhan mengeluh. Yoona didekati.
"Tolong jangan menangis lagi." Lirih Luhan bersuara.
Yoona menggeleng. "Saya tak patut paksa awak dengar apa yang saya katakan tadi. Mianhae....."
"Jangan menangis lagi. Jebal. Jangan menangis lagi."
Tanpa disangka-sangka, Luhan menarik Yoona ke dalam pelukannya. Erat.
Yoona tergamam. Dia langsung tidak menjangka Luhan akan berbuat demikian.
"Jebal. Jangan menangis lagi. Hajimaaa..."
Di luar, hujan mula turun hanya sekadar rintik-rintik yang membasah permukaan bumi dan menjadi lebat. Seolah-olah memahami perasaan Luhan sekarang. Kesedihan yang sudah lama dipendam olehnya.
- To be continue -
************************************
annyeong Xiunics ! How? Sedih tak? Menangis author bile tulis part ni :'( So, korang dah tahu kan? Apa yang terjadi sebenarnya dan kenapa tittle ff ni ' Melody In Love ' ? Yeah. Sebab simfoni dan not-not apabila dimainkan ia kan menjadi sebuah melody yg indah :")
Ececehhh..jiwang plak author harini >< Hahaha
- Abaikan segala typo.
- Vote pls xD
YOU ARE READING
♡Melody In Love♡
FanfictionCast: Luhan Yoona Kris Tao Xiumin G-Dragon/Jiyong Jessica Tifanny ************************* Read yaa ^_^