Chapter 25

54 4 0
                                    

" Mulai sekarang, kalau kau nak ke mana-mana pastikan ada orang teman kau. Aku risau kalau perkara tadi terjadi lagi. Esok tak payah datang sekolah. Rehat dulu. Ailee songsaenim dah bagi kebenaran," arah Luhan yang berada didalam bilik Yoona.

Pucat di wajah Yoona sudah berkurang. Bibirnya merah kembali.

"Gwenchana. Tadi saya cuma terkejut aje," kata Yoona.

Dia mengukirkan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu sesiapa pun bimbangkan dirinya.

"Im Yoon A......" suara Luhan bergetar.

"Yahh..jinjjayo. Janganlah bimbang," kata Yoona lagi.

"Walau kemana pun kau pergi, pastikan kau berteman. Ini arahan aku. Aku akan beritahu Tiffany dan Jessica esok. Kau ke sekolah dengan aku. Jangan naik basikal lagi. Nak keluar dari rumah ni pun pastikan ada orang teman. Kalau bukan Yuna dan Yuri, aku yang akan temankan kau. Arra?" tegas Luhan.

"Andwae ! Hajimaaa!" bantah Yoona.

"Muktamad!" tegas Luhan.

Luhan berjalan keluar dari bilik itu. Wajahnya tegang.

Makcik Hyekyo memeluk bahu Yoona. Dia menepuk-nepuk lembut bahu gadis itu.

"Ikut je apa yang tuan muda arahkan. Dia bimbangkan keselamatan kamu. Kalau apa-apa terjadi pada kamu macam mana kami nak beritahu pada nenek saudara kamu, mak kamu? Tentu Yoona tak nak mereka bimbang kan?" pujuk Makcik Hyekyo lembut.

"Ermmmm........"

"Kemannae, pergi tidur. Ikut kata tuan muda ya?"

Yoona mengangguk perlahan. Dia membaringkan diri di atas katil. Selimut ditarik. Makcik Hyekyo mengucup lembut dahi Yoona. Lampu dipadamkan. Pintu bilik di tutup.

- Di Sekolah -
"Jinjja? Betul ke apa yang kau cakap ni?" Tao bangun dari duduknya sebaik sahaja Luhan selesai bercakap. Wajah Luhan dipandang cemas. (Over gile an Tao .-.)

Xiumin dan Kris yg pada asalnya sedang bertanding bola keranjang turut berlari mendekati mereka. Luhan dan Tao baru sahaja berehat di luar gelanggang sebelum Luhan menceritakan apa yang berlaku.

Sekarang waktu rehat. Biasanya mereka berempat akan ke gelanggang bola keranjang. Mereka akan bermain bersama-sama. Tetapi harini lain, Luhan lebih memilih untuk bermain bersama rakan-rakan karibnya sahaja. Ada perkara yang dia perlu ceritakan kepada mereka.

"Siapa hantar dia balik semalam?" tanya Kris?

"Jiyong."

"Bwoya?"

Luhan mengangguk. Dia duduk sambil memandang langit. Dia mengeluh.

"Korang gaduh tak semalam?"

Luhan menggeleng. "Dia cuma cakap apa yang berlaku pada Yoona je. Seolah-olah dia tak kenal aku pun."

Luhan menggelengkan kepalanya berulang-ulang kali. Tidak mahu mengingati peristiwa yang terjadi di antara dia dan Jiyong.

- To be continue -

************************************
Annyeonghaseyo Xiunics ^^ How ? Best? Comment pls >< btw mian ~ Harini short part sikit :) Hehehe
Abaikan segala typo ~

♡Melody In Love♡Where stories live. Discover now