Chapter 16

90 5 0
                                    

Jam sudah pukul 2:30 petang. Hampir 15 minit Yoona menunggu Luhan di taman. Dia mengeluh. JAM ditangan dipandang lagi. Dia mengetap bibir.

"Mana mamat ni ? Dah lama aku tunggu, dia tak muncul-muncul lagi. Menyusahkan orang betul," bisiknya sendirian.

Matanya liar melihat sekeliling taman itu, cuba mencari kelibat Luhan.

"Kalau aku balik jalan kaki, dia marah pulak. Haishhhh..susah betul...." bisiknya lagi.

Mp3 dikeluarkan lalu dipasang. Lagu Baby Don't Cry bermain ditelinganya. Lagu group EXO (Sebab authornim EXO-Lヽ('▽`)/ hahah -,-). Yoona merupakan peminat setia kumpulan dari Korea Selatan itu. Hampir semua lagu yang terkandung dalam mp3nya merupakan lagu daripada kumpulan itu. Tak kiralah lagu berbahasa Cina atau Korea.

Kawasan taman itu semakin lengang. Kebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah, namun masih ada segelintir pelajar yang berada di sekolah. Kebanyakan dari mereka menyertai aktiviti kelab.

Beberapa minit sudah berlalu. Yoona memandang jam ditangannya. Dia mengeluh kuat.

"Baik aku balik. Lantaklah dia nak marah aku ke tak," bebel Yoona.

Beg sandang dicapai. Dia melompat dari meja batu itu. Baru saja dia ingin melangkah pergi, Yoona terdengar namanya diseru. Dia menoleh. "Baru nak muncul?"

Luhan berjalan selamba kearahnya. Yoona mencebik. Dia menguis rumput dengan hujung kasutnya. Kalau nak diikutkan, mahu saja dia mencabut kasutnya dan melempar tepat pada muka namja itu.

"Yahhh! Apahal lambat? " tanya Yoona sebaik sahaja Luhan berdiri didepannya. Luhan tersengih -,-

"Mianhae. Aku jumpa Suk Jin songsaenim tadi. Pasal festival sekolah musim bunga bulan depan," jelasnya.

"Festival sekolah? Wae? "

"Saem (Cikgu) minta tolong uruskan bahagian pementasan. Jihyo songsaenim nak buat teater, jadi Suk Jin songsaenim minta tolong. Aku jadi ketua bahagian pementasan. Kau nak berlakon tak?" usik Luhan.

Yoona pantas menggeleng. "Shirreo !(taknak)"
"Siapa pembantu awak?"

"Kaulah."

"Hah?"

"Aku dah beritahu Suk Jin dan Jihyo songsaenim. Kau akan tolong aku dan kau juga akan reka kostum untuk teater tu. Nak tak ?"

"Nak!" laju Yoona menjawab.

Luhan ketawa. Kepala Yoona diusap lembut.

"Well, aku pernah tengok lakaran fesyen kau. Jihyo songsaenim tak cakap lagi apa tajuk untuk pementasan teater itu. Dia nak jalankan uji bakat selepas ni, " terang Luhan.

Mereka berdua berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Kereta mewah berwarna hitam sudah menunggu disitu.

"Awak taknak berlakon? " tanya Yoona.

Luhan menggeleng.

"Sekarang ni pon aku dah jadi perhatian yeoja kat sekolah ni. Kalau aku jadi hero teater tu mesti lagi popular aku." katanya sambil tersengih.

"Perasan lebih! "

Luhan ketawa besar. Yoona mencebik.
Pakcik Jae Suk yang menunggu diluar kereta tersenyum. Gembira melihat perubahan Luhan.

- To be continue -

************************************
Anyeong readers ! Hehe xD how? best?
Ermm...authornim tak tahu nak cakap ape ni ≧﹏≦ Okayy. Wait for next part yaa :)
#Sambil tu tekanlah ☆ juga ye? Hehe tak susahkan? Okay. Authornim tak memaksa ^_^ Bye!

♡Melody In Love♡Where stories live. Discover now