Pada mulanya, Jiyong merupakan sahabat baik kepada Luhan walaupun Jiyong tidak satu kumpulan dengan mereka berempat. Sahabat sejak di menengah rendah. Mereka sama-sama mempunyai impian. Namun, kerana peristiwa itulah hubungan mereka menjadi renggang. Peristiwa yang menyebabkan dia tidak lagi bertegur sapa dengan Jiyong. Salahnya. Dia cemburukan Jiyong yang sudah mencapai impiannya dan disertai dengan galakan keluarganya. Sedangkan dia ? Impiannya ditentang hebat oleh ibu bapanya sendiri. Impiannya sejak kecil. (Korang akan tahu nanti ><)
"Kemannae. Berbalik pada Yoona pulak. Habis tu, kau suruh Yoona buat apa lepas tu?" tanya Xiumin termengah-mengah. Nafasnya semput. Tuala yang dihulurkan oleh Luhan diambil lalu dilap mukanya.
"Harini dia tak datang sekolah. Aku dah pesan kalau nak pergi mana-mana ajak kawan-kawan temankan. Aku tak nak perkara yang sama berulang lagi. Apa yang berlaku semalam, itu pun dah buat aku risau."
"Tapi betul ke Chorong dengan geng dia yang lakukan? Kita tak ada bukti. Lagipun belum tentu itu perbuatan mereka. Hampir semua yeoja kat sekolah ni minat kau, kita tak boleh agak yang mana satu," kata Kris.
Tao mengangguk. "Apa yang kau cakap tu betul. Tapi kan kita semua tahu, Chorong tu memang obses gila dengan Luhan. Sejak dari hari pertama dia mendaftar kat sekolah ni."
Kris ketawa. " Korang ingat tak masa pendaftaran pelajar baru tahun lepas? Lawak gila ! Aku boleh ketawa sampai terguling bila ingat pasal tu."
Ketawa Kris makin kuat. Dia menekan perutnya, menahan tawa. Xiumin dam Tao turut menyertai Kris. Berdekah-dekah mereka ketawa. (Nasib je tak gile .-. Muahahaha xD )
Luhan tersengih lucu. "Haishhh. Kemannae. Aku dah tak nak ingat. Buat malu je."
"Aku tak boleh bayangkan kalau aku ni Chorong. Boleh dia buat muka selamba cakap kat Luhan yang dia suka Luhan. Dahlah rambut dia tertumpah smoothies aku, cakap pulak kat khalayak ramai. Hari pertama sekolah pulak tu. Yang paling memalukan masa Luhan......." kata-kata Xiumin terhenti, disambung oleh Luhan.
"Masa aku curah susu atas kepala dia dan cakap, ' baik kau pergi bandingkan muka kau dengan mangkuk tandas dulu sebelum kau cakap kau suka aku dan nak aku jadi namjachingu kau'."
"Jinjja ! Malu wooo! Dahla depan orang ramai, lepas tu kau suruh dia bandingkan muka dia dengan mangkuk tandas."
"Padanlah dengan muka dia. Aku tengah stress masa dia cakap benda tu. Nasiblah," kata Luhan sambil ketawa sinis.
"Tapi Chorong tu comel jugak," komen Xiumin
"Kau nak ke? Ambiklah. Aku tak nak perempuan macam dia."
Luhan bangun dari duduknya. Beg sukan digalas. Dia mencapai tuala dan botol air sebelum mengatur langkah.
"Tak nak alu. Aku nak letak mana si Mina tu? Aku........wei, kau nak kemana tu?" laung Xiumin sebaik sahaja dia menyedari Luhan sudah berlalu pergi ke bangunan sekolah.
"Ke bilik mandi. Masa rehat dah nak habis!" laung Luhan kembali.
- To be continue -
************************************
Annyeong Xiunics ^^ If tak keberatan tolong vote ya ? Thanks ^^
Abaikan segala typo~
YOU ARE READING
♡Melody In Love♡
FanficCast: Luhan Yoona Kris Tao Xiumin G-Dragon/Jiyong Jessica Tifanny ************************* Read yaa ^_^