Chapter 27

65 5 1
                                    

"Yoona mana?"

Luhan berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu. Dia menoleh ke belakang. Wajahnya berubah.

"Apa kaitan dia dengan kau?" tanya Luhan dingin. Langsung tidak memandang muka namja itu. Kedua-duanya tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Jiyong tersenyum.

"Dia dah jadi kawan aku. Lagipun aku risau kalau sesuatu macam tu berlaku lagi padanya. Yoona budak baik. Aku boleh nampak walaupun aku baru kenal dia," kata Jiyong.

"Dia tak ke sekolah harini."

"Boleh aku melawat dia?"

"What do you mean?"

"Salah ke kalau aku melawat dia? Atau kau cemburu?" duga Jiyong.

"Mengarut ! Dia tu cuma cucu pekerja rumah aku je," bidas Luhan.

"Aku rasa tak salah kalau kau sukakan dia."

Luhan mendengus kasar. Matanya memcerlung tajam.

Jiyong berjalan melepasi bahu Luhan. "Aku akan ke rumah kau lepas sekolah. Aku nak melawat dia."

Senyap.

"Kita sama. Kau dan aku sama-sama tak pernah jatuh cinta, sama-sama anggap perasaan tu tak betul. Tapi, macam mana kalau suatu hari nanti, aku kata yang aku.........."

Senyap.

"Aku cintakan Yoona?"

Selesai mengungkapkan kata-kata itu, Jiyong menghela nafas sebelum menyambung kata, "Maybe kau anggap aku dah tak betul, sebab aku cakap benda macam ni walaupun aku baru aje sehari kenal dia. Tapi, aku rasa kalau berkaitan dengan Yoona, ianya tal mustahil. Aku boleh nampak sesuatu dalam diri dia. Dan, aku nak tengok........"

Nafas Luhan sudah tersekat apabila Jiyong berkata seperti itu.

"Macam mana seorang gadis miskin ibarat Cinderella dapat mencairkan hati batu seorang pemuda yang hidupnya umpama Putera Raja."

Jiyong tersenyum sinis. Dia melambai tangan kepada Luhan sambil berjalan pergi.

Luhan kekal berdiri disitu. Mindanya kosong. Dan kata-kata Jiyong berlegar-legar di ruang nindanya.

- Di Rumah -
Jambangan bunga ros putis itu dicium berulang kali. Yoona mengukirkan senyuman pada orang yang memberinya ros putih itu. Lesung pipitnya terserlah. Matanya bersinar-sinar.

"Gumawo. Jeongmal gumawoyo," ucapnya.

Jiyong tersenyum.

"Awak suka? Saya tak tahu nak pilih bunga yang mana satu," kata Jiyong sambil ketawa.

Yoona tersenyum lagi. "Nasib awak baik. Saya memang sukakan ros putih."

Yoona membawa Jiyong ke ruang tamu. Harini dia memakai tshirt putih lengan panjang dan seluar jeans. Makcik Hyekyo melarang dia memakai uniform, atas alasan harini dia perlu berehat. Yoona hanya menurut saja.

"Jakkaman, saya nak ke dapur. Tunggu ya?" kata Yoona.

Jiyong mengangguk. "Geurae."

Yoona segera berlari ke dapur.

Jiyong menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil. Lucu melihat tingkah Yoona. Dia bangun dari sofa empuk itu dan berjalan menuju ke dinding. Dia melihat bingkai gambar berwarna keemasan yang tergantung di dinding itu. Kesemua ahli keluarga Xi berada dalam gambar itu.

"Tuan Muda Jiyong?"

Jiyong menoleh. Wajah Pakcik Jaesuk dipandang. Jiyong senyum lantas tunduk hormat. " Lama kita tak jumpa, ahjusshi."

Pakcik Jaesuk mengangguk. "Hampir 2 tahun. Sejak........."

"Sejak hari tu...." potong Jiyong perlahan.

Pakcik Jaesuk mengeluh. Lelaki tua itu mengangguk setuju. Suasana sepi. Mereka berdua membisu.

"Kenapa tuan muda ke sini?"

Pakcik Jaesuk memecahkan kesunyian antara mereka. Dia mahu tahu keadaan Jiyong setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Sejak haritu. "Tuan muda dah......."

Jiyong menggeleng. Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh lelaki tua itu.

"Aniya ahjusshi. Saya datang nak melawat Yoona. Saya baru je kenal dia," terang Jiyong.

"Ahjusshi?"

Pakcik Jae Suk mendongak. Memandang tepat ke arah wajah anak muda itu.

"Macam mana dengan Luhan?"

Akhirnya terluah jua apa yang sekian lama dia pendam. Sudah lama dia ingin tahu keadaan Luhan, namun keadaan tak mengizinkan. Semuanya kerana perkara itu.

- To be continue -

************************************
Annyeong Xiunics ^^ Hehehe ~ Saja je nak buat korang tertanya-tanya. Btw korang akan tahu nanti apa yg sebenarnya berlaku antara Luhan dgn Jiyong :) Huhuhu ~
Abaikan segala typo ~ 

♡Melody In Love♡Where stories live. Discover now