Ku anggapkan semalam
Satu kenangan nan suram
Bila cinta kita
Putus dijalan
Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa
Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentah didalam
mainan percintaan ." Sampai mati pun aku takkan gugurkan dia! Dia tak berdosa Syahmin. Yang kejinya kau! Kau dah buat tapi tak berani nak tanggung. Kau memang useless ! " Marah Amira dalam kereta terhadap Tengku Syahmin. Lelaki itu yang mengheretnya masuk kedalam kereta. Lelaki itu juga yang memaksanya pergi ke klinik hari ini ! Senang betul jadi lelaki. Tak nak buang. Bila kau nak, dekat tong sampah pun kau sanggup kutip. Hamun Amira Alia dalam hati.
" Whatever, Mira. Aku tetap nak kau gugurkan dia. Terserah kau nak cakap apa pun pasal aku . Aku keji. Aku useless. Macam macam kau boleh cakap pasal aku. Tapi aku tetap nak kau gugurkan dia ! " Balas Tengku Syahmin sedikit memaksa. Apa pun yang terjadi, aku taknak anak tu. Kalau kau berkeras jugak nak pregnant, aku pun akan tetap berkeras Amira Alia!
Amira Alia senyap.
Dahlah Mira! Bapak budak ni pun tak nakkan dia. Yang kau still nak jaga jugak budak ni kenapa? Kau tak takut ke kau akan dibuang keluarga? Abah kau mesti halau kau punya. Silap langkah dorang taknak anggap kau anak dorang lagi! Kau tak malu ke ? Bisik akal Amira Alia. Hatinya bercelaru.
Rambutnya disisip ketepi telinga. Sebagai seorang yang berhati perut, dia tidak mungkin ingin menggugurkan kandunganya itu. Namun perasaanya berubah apabila terkenangan maruah umi dan abahnya. Dia terpaksa. Maafkan mummy.
Amira Alia hanya memandang sepi ultrasound bagaimana anaknya bakal ditarik keluar perlahan lahan. Janin itu keluar dan tiada lagi ia dalam perut itu. Air matanya gugur. Perkara yang baru ditunjukan oleh doktor peribadi keluarga Tengku Syahmin menerbitkan perasaan bersalah padanya. Air matanya mencurah curah mengalir.
Tengku Syahmin menarik Amira Alia kedalam pelukan. Apa pun menyentap hatinya kini, dia tidak mahukan anak itu. Dia tidak akan sesekali memalukan keluarganya sendiri. Jika diusulkan perkara ini, belum tentu ibu bapanya menginginkan bayi itu.
Amira Alia menolak kasar tubuh Tengku Syahmin. Airmatanya segera diseka dan meminta diri ke tandas. Apapun, dia tidak mahu mengambil risiko. Dia masih belajar. Dia tidak mahu umi dan abahnya berkecil hati. Tidak akan dibiarkan hati mereka terluka.
Di tandas, dihamburkan semua tangisan yang sudah lama tertahan dari tadi. Disandarkan tubuhnya pada pintu tandas. Sesekali dia memejamkan matanya dan hanya membiarkan air matanya mengalir. Sekarang air matanya itu begitu murah ditangiskan untuk lelaki seperti Tengku Syahmin.
Amira Alia sudah bersedia terbaring diatas katil. Tidak dilupakan kehadiran Tengku Syahmin sebagai bapa yang tidak berguna ada menemaninya disisi Amira Alia ketika itu. Dia hanya memalingkan wajahnya. Tidak sanggup menentang mata lelaki itu.
Tengku Syahmin menyisipkan rambut Amira Alia ditelinga kananya. Diusap usap perlahan rambut wanita itu yang panjang mencecah bahu. Lembut dan lurus berwarna hitam. Namun tangannya ditepis kasar.
" Kau tak payah nak sentuh sentuh aku. Puas kau sekarang? Ni yang kau nak kan ? Eh berambus cepatlah. Aku benci tengok muka kau! " Luah Amira Alia penuh benci.
Mudah je kan kau dapatkan aku? Sekarang kau paksa aku gugurkan dia. Lelaki tak guna ! Kau takda hati perut langsung. Sanggup kau nak bunuh zuriat kau sendiri kan? Sanggup kau? Aku tak sanggup Syahmin! Aku tak nak dituduh mummy yang tak baik. Aku taknak Syahmin! Tolonglah faham perasaan aku ! Rayu Amira Alia dalam hati.
Tengku Syahmin tidak peduli dengan tepisan dari wanita itu. Dia tetap mahu mengusap rambut wanita itu. Airmata wanita itu gugur sekali lagi. Dia menarik nafas dalam dalam.
" Amira , sekarang ni awak luah je apa yang terbuku dalam hati awak. Saya tak kisah. Saya nak dengar " Ujar Tengku Syahmin lembut. Sejuk hatinya melihat wanita itu sudah tidak berkasar denganya seperti tadi.
" Saya taknak gugurkan dia, Syahmin. Kasih sayang saya ada pada dia. Terserah awaklah. Saya boleh jaga dia. Saya tak pernah mintak awak ada dekat sini "
Tengku Syahmin tergamam. Hati wanita itu tetap tidak mahu menggugurkan kandungan itu. Tengku Syahmin hanya terdiam. Tidak bersuara.
" Saya takkan carik awak lagi. Saya takkan mintak apa apa pun. Saya boleh tanggung dia. Lainlah awak. Awak memang tak ada hati perut langsung "
" You may go, Syahmin. Let me go with in. I'm begging You, Syahmin. Please .... "
" Kalau itu yang awak nak, saya takkan paksa awak lagi. Go on with that. " Balas Tengku Syahmin terus berdiri menebalkan mukanya.
Tengku Syahmin mengorak langkah. Perlahan lahan dia meninggalkan Amira Alia dengan ego dan degilnya wanita itu. Mungkin kali ini biarlah dia mengalah. Sudah banyak duit yang dilaburkan untuk melakukan pengguguran bagi beberapa wanita yang pernah ditidurinya dulu. Kali ini entah mengapa rayuan halus Amira Alia menyekat tekak dan hatinya daripada bersuara. Mungkin dia harus terima.
" Syukurlah You ada akal fikiran yang waras. I happy sebab You tak jadi teruskan. Good job , Miss Amira Alia " Sapa doktor perempuan yang tinggi lampai bernama Dr. Alina.
" Saya tak sanggup nak teruskan " Luah Amira Alia perlahan. Hatinya kini telah menyanyangi zuriat itu walaupun datangnya daripada sumber yang bukan halal baginya.
" Tengku Syahmin tu penyayang kalau You nak tahu. I rasa dia pun tak sampai hati. Sebab tu dia tak teruskan. Lagipun You bertuah sebab dia tak paksa You gugurkan anak You. Ada few girls, dia akan paksa sampai dia sanggup tunggu sampai habis. Please not blame on him to much. I got to go. See ya ! "
Kata kata Dr Alina menimbulkan rasa bersalah. Betul ke Tengku Syahmin bukan macam yang aku sangka? Dia tak sampai hati atau ? Betul ke apa yang Dr. Alina cakap ? Tapi kalau betul mesti Syahmin bertanggungjawab. Dia takkan sanggup buat aku macam ni.
Fikiranya bercelaru.
Buntu.
Habis apa ?
YOU ARE READING
Cinta Dosa Semalam (Completed)
RomanceKecewa dimasa lalu mengajarnya tentang cinta yang ikhlas tidak pernah pudar seperti kenangan. " Mangkuk punya Syahmin ! Sajalah tu ! Hishh tak habis habis nak kenakan aku. Siap kau nanti ! " - Nur Amira Alia " Woi woi...