Bunyi hon kereta dari luar rumahnya memeranjatkan Amira Alia yang sedang bersiap untuk menunggu Wani mengambilnya untuk membuat checkup. Amira mengikat rambutnya lurus kebawah. Agak terkejut dengan gerangan seseorang. Tengku Syahmin !
" Kau dah siap kan ? " Tengku Syahmin hanya melemparkan senyuman kepada Amira yang bingung melihatnya. Memang sepatutnya Wani. Namun dia yang mendesak untuk menghantar wanita itu untuk checkup pertamanya.
" Kau buat apa dekat sini? Mana Wani ? Dia yang sepatutnya ambik kau. Bukan kau patutnya! " Amira sedikit menjerit. Dia agak terkejut lelaki itu terpacak dihadapan rumahnya. Walaupun penampilan lelaki itu yang sedikit berbeza berkaca mata hitam, dia tetap Tengku Syahmin yang ego !
Tengku Syahmin terus mencapai tangan Amira masuk kedalam keretanya. Pintu kereta dihempas perlahan. Dia kembali masuk kedalam kereta. Pandangan wanita disebelahnya itu dibiarkan. Janji dia gembira membawa wanita itu. Terbit rasa terujanya.
" Aku tanya kau ni. Kenapa kau yang ambik ? " Tanya Amira tegas. Geram melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tambah lagi dengan cermin mata hitamnya. Nampak poyo! Dia hanya menurut sahaja lelaki itu manarik tanganya masuk kedalam kereta.
" Kenapa ? Salah ke aku yang ambik ? " Tanya Tengku Syahmin. Soalan yang diutarakan oleh wanita disebelahnya dibiar sepi.
" Syahmin, aku tanya ni. Kenapa kau yang ambik ? Aku tak perlukan bantuan kau. " Amira bungkam. Aku tanya, dia tanya aku balik. Parahlah macam ni. Ni mesti Wani yang bagitahu aku buat test checkup. Kalau bukan dia siapa lagi ?
" Aku ambik kau ebab aku free. Lagipun apa salahnya aku teman kau? Tu anak aku. " Tengku Syahmin membalas dengan penuh bersahaja. Apa salahnya jika dia ingin meluangkan sedikit masa untuk Amira dan anaknya? Kini dia baru tahu betapa ikhlas cinta Amira terhadapnya. Biarlah. Nanti hati dia sejuk lah tu. Sabar jelah Syahmin. Mungkin anak kau kut yang hasut. Tengku Syahmin tersenyum lebar.
Tengku Syahmin hanya mendengar segala yang diberitahu oleh doktor peribadi keluarganya. Pregnancy Amira baru mencecah empat minggu. Betapa perasaanya teruja mendengar tentang zuriatnya itu. Benar benar teruja. Gembira menyapa hatinya. Dulu dia membantah sekeras keras hatinya. Namun disebabkan keikhlasan wanita itu ingin meneruskan, dia jadi layu.
" Thanks. Lepas ni aku takkan susahkan kau lagi. Kenapa kau dekat sini ? Dah lama aku tak nampak kau. Mana kau pergi? " Balas Amira panjang lebar. Dia tidak mahu lagi muncul dalam hidup lelaki itu. Cukuplah lelaki itu tidak terus memaksanya untuk meneruskan keguguran. Dia sudah lebih bersyukur lelaki itu masih mempunyai nilai bertimbang rasa.
" Kau ni banyak tanyalah. Kenapa? Kau rindu teruk? Aku ada je ni. Kau yang tak perasan aku. Kau tu kena jaga diri elok elok. " Kata kata Tengku Syahmin penuh makna. Dia sendiri akan menjaga wanita itu. Dia tidak mahu jadi seorang pengecut. Cukuplah pada minggu minggu lalu dia menyeksa perasaan wanita itu. Dia mendesak agar wanita itu menggugurkan kandungan untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia sedar dia khilaf.
Dah lama aku tak nampak kau. Tiba tiba kau muncul hari ni. Apa niat kau Syahmin ? Kenapa kau tak pergi je dari hidup aku? Aku ingatkan kau dah lupakan aku. Kau dah tak nak jumpa aku. Tapi hari ni kenapa kau datang balik? Kau tak pernah kisah pun selama ni.
Amira senyap. Kata kata Tengku Syahmin selalu mematikan kata katanya. Dia sensiri tidak tahu apa maksid disebalik Tengkun Syahmin berkata sebegitu. Namun hatinya hanya tersenyum. Rasa itu datang kembali menyapa hatinya. Rasa bahagia apabila berada dekat bersama lelaki itu.
Amira.. Aku tak nak sia siakan peluang yang aku ada. Aku mengaku aku sendiri cintakan kau. Aku akan jaga kau. Jaga pregnancy kau. Sebelum aku pergi, aku takkan tinggalkan kau menderita sebab aku. Aku cintakan kau, Amira.
********
Tengku Syahmin kini banyak menghabiskan masa dengan memikirkan tentang Amira. Dia tidak mahu meninggalkan wanita itu. Namun keadaan memaksanya untuk meninggalkan wanita itu. Keadaan juga memaksa dia untuk menjadi manusia yang lebih bertimbang rasa dan berhati perut.
Dia tidak sepatutnya mengorbankan perasaan wanita itu hanya kerana egonya yang tinggi langit tidak mahu tunduk dengan perasaan cintanya pada wanita itu. Kini kebahagiaan ada didepan matanya. Namun dia terpaksa memilih meninggalkan wanita itu demi melanjutkan pelajaranya ke luar negara.
" Amira, aku nak cakap sikit dengan kau ni. " Luah Tengku Syahmin. Lagi seminggu dia akan keluar negara untuk sambung belajar. Sebab itulah dia ada banyak masa untuk wanita itu.
Selepas dua minggu menghilangkan diri, dia mula sedar betapa beruntungnya dia. Ada wanita yang tidak mahukan duitnya. Hanya mahukan kasih sayangnya. Keikhlasan wanita itu membuat Tengku Syahmin sedar. Dia harus melangkah bersama wanita itu. Dia mula sedar selama ini dia cintakan Amira. Sepanjang bersama wanita itu hidupnya mula berubah. Mula mengenal erti sebuah keluarga yang bahagia. Kalau tidak, hubungan dengan mama dan ayahnya pasti akan dingin.
" Kau nak cakap apa? Cakaplah. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau. Kaulah cakap dulu. " Amira melemparkan senyuman kelat. Air tembikai hanya dikacau kacau dengan straw. Nasi ayam di pinggannya langsung tidak diusik. Tiada selera. Dia jadi tertanya tanya apakah perkara yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.
" Lagi seminggu aku akan pergi ke luar negara sambung belajar. Aku harap kau tak kisah aku jaga kau sebelum aku pergi. Aku taknak kau sakit sebab aku. Aku tahu aku ada niat yang tak baik dulu pada anak tu. Tapi percayalah. Aku nak kau besarkan dia. Kita sama sama besarkan dia. " Luah Tengku Syahmin. Itulah hasrat hatinya sebelum dia meninggalkan wanita itu. Dia akan berada diluar negara selama empat tahun. Jadi dia berharap wanita itu akan menjaga diri dan anaknya juga.
" Luar negara. Aku tahu. Kau dah pernah cakap dulu. Tapi bukan sepatutnya kau pergi first day hari bulan? Sekarang kau dah lewat seminggu kan? " Tanya Amira pelik. Kata lelaki itu, dia akan pergi bulan depan. Tapi sekarang sudah seminggu masuk bulan baru. Peninglah.
" Tahu. Tapi aku mintak bapak aku lambatkan dua minggu. Boleh aku jaga kau. Kenapa? Kau tak sabar ke tunggu aku nak berambus? Nampak sangat. " Duga Tengku Syahmin. Dulu ucapan sayang dari bibirnya hanya ikan masin yang kering. Namun kini bibirnya basah untuk menuturkan perkataan itu dengan ikhlas. Ya, dia sayangkan wanita itu sungguh sungguh.
" Bukan macam tu. Kau sepatutnya tak payah susahkan diri kau buat macam tu. Aku kan dah cakap. Aku yang berkeras untuk teruskan semua ni."
Tengku Syahmin senyap.
" Kenapa kau nak jumpa aku lagi? Kau yang cakap kau taknak jumpa aku lagi kan? Kalau boleh aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi. " Nadanya sayu.
Entah kenapa. Apa sebenarnya alasan lelaki itu kembali semula dalam hidupnya ? Menjaganya. Padahal lelaki itu tidak mahu lagi ada kaitan apa apa lagi dalam hidupnya. Namun hasrat lelaki itu ingin menjaganya membuatkan dia sedikit terganggu.
" Betul ke hati kau cakap macam tu? Aku tahu yang aku pernah cakap macam tu dengan kau Tapi tu dulu. Taoi sekarang, aku nak jaga kau.. Aku cintakan kau Amira. Aku nak kau tahu. Aku sedar yang cinta kau pada aku ikhlas. Bagilah aku peluang. " Luah Tengku Syahmin perlahan.
Tangan wanita itu dicapai. Berharap wanita itu percayakan akan kata katanya. Dia sayangkan wanita itu. Tengku Syahmin menundukan pandangan apabila Amira menarik tanganya.
" Okey. Aku bagi kau peluang. Aku happy dengar kalau kau memang ada niat baik macam tu. "
Kata kata wanita itu membuatkan Tengku Syahmin gembira. Dia seakan tidak percaya. Wanita itu memberinya peluang kedua. Dia tidak akan mensia siakan wanita itu lagi.
" Thanks. "
YOU ARE READING
Cinta Dosa Semalam (Completed)
RomanceKecewa dimasa lalu mengajarnya tentang cinta yang ikhlas tidak pernah pudar seperti kenangan. " Mangkuk punya Syahmin ! Sajalah tu ! Hishh tak habis habis nak kenakan aku. Siap kau nanti ! " - Nur Amira Alia " Woi woi...