Terima masih untuk cinta dosa semalam. Kerana cinta itu Tengku Syahmin dan Alia dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh lebih bertanggungjawab. Mempunyai anak anak yang comel dan nakal, Tengku Aiman dan adiknya Tengku Affiq. Mereka berdualah penyeri hidup kedua dua pasangan ini hingga akhirnya.
Harapan Tengku Syahmin agar rumah tangganya selepas ini akan terus segar dan berputik dengan sulaman kesabaran dan kejujuran serta bertolak ansur adalah resepi nasi goreng dalam rumah tangga. Semestinya akan terus kekal. Harap harap begitulah.
Tengku Liyana dan Tengku Zahid sudah seminggu mengerjakan umrah. Maka seminggu itu jugalah Tengku Syahmin dan isteri bermalam dirumah ibu bapa Alia. Mana tidaknya, ditambah lagi dengan anak anak abang Nadzmi, makin meriah rumah itu.
Kini Tengku Aiman lebih suka pula mengajak Tengku Syahmin bermain disawah. Nakal Ya Rabbi. Semalam pula main kahwin kahwin dengan sepupunya sendir, Nabila. Berkahwin dua pula tu dengan kakak Nabila, Norain. Ya, anak anak abangnya Nadzmi semuanya perempuan. Ada saja telatah anak kecilnya ini.
" Abah bangga dengan adik. Adik dah jadi matang dalam menguruskan rumah tangga sendiri. " Tutur En Rosli. Pandangannya dari tadi membuang pandang ke arah sawah padi yang terbentang luas dan cucu cucunya sedang bermain disana dengan paksu Syahmin dan paklong Nadzmi. Menantunya seorang itu tidak pernah berubah. Suka benar mengambil hati tuanya.
" Abah dengan umi yang banyak tolong adik. Walaupun adik pernah lukakan hati abah dengan umi, abah dengan umi tak pernah buang adik. Sampai adik kemalangan pun abah dengan umi tetap jaga adik. Sayang adik. Adik yang patut bangga dengan abah dan umi. " Balas Alia seraya memeluk lengan abahnya dan kepalanya dilentokkan kebahu abahnya. Pn Noraini pula hanya mengukir senyum.
" Adik janganlah ungkit perkara yang lepas. Abah ni takde apa yang nak dibanggakan. Abah ni pernah nak hampir bunuh adik tau. Abah apa macam tu sampai sanggup nak bunuh anak sendiri ? " Balas En Rosli merendah diri. Hampir saja sikap egonya yang tinggi dan degil membunuh jantung hatinya seorang ini.
" Adik sayang abah. Adik sayang umi. Abah buat semua tu sebab abah tengah marah. Abah sayangkan adik sebab tulah abah marah adik. Kan marah tandanya sayang ? " Balas Alia dengan senyumanya yang meleret. Tangan abahnya dikucup lembut. Manja Ya Rabbi. Anak abah memang macam ni.
" Abah, adik ni tengah berbadan dua. Lepas tu dia tak nak bagitahu Syahmin pulak tu. Nasihatkan anak bongsu abah ni sikit. " Sampuk Pn Noraini. Terus saja mulutnya terasa gatal hendak memberitahu suaminya.
" Adik ? " En Rosli pula tegas dengan suaranya. Bertuah betul anak bongsunya seorang ini. Geram betul akulah ! Dicubit halus lengan anak bongsunya.
" Er.. abah, nanti adik bagilah tahu. Abah ni. Anak dia takkanlah adik nak sorok lama lama pulak. Adik nak bagi dia kejutan je sampailah hari jadi dia esok. Adik memang dah rancang awal awal. Esok pagi nak ajak abah pergi pasar. Beli barang sikit nak masak makanan kegemaran menantu abah tulah. " Alia membela diri. Uminya itu memang tak sayang pipi. Tengoklah nanti adik balas dendam dengan umi. Nanti adik cium pipi umi sampai adik puas. Hish. Tak suprise dah bila abah tahu. Alia mengomel dalam hati.
En Rosli haaya menggeleng gelengkan kepala. Alia terus saja mengucup pipi uminya geram. Kantoi dah sekarang. Dipeluk pula Pn Noraini erat. Anak bongsunya ini memang manja. Sebelum tidur dan selepas bangun tidur, pipi kiri dan kananya menjadi sasaran bibir anaknya itu. Kalau tak nak dikiss dulu, jangan harap anaknya ini hendak tidur. Tiba tiba Nabila datang menghampiri mereka yang sedang duduk.
YOU ARE READING
Cinta Dosa Semalam (Completed)
RomanceKecewa dimasa lalu mengajarnya tentang cinta yang ikhlas tidak pernah pudar seperti kenangan. " Mangkuk punya Syahmin ! Sajalah tu ! Hishh tak habis habis nak kenakan aku. Siap kau nanti ! " - Nur Amira Alia " Woi woi...