Bab 56

7.3K 108 0
                                    

Tengku Syahmin terus mencempung tubuh isterinya sekuat tenaganya . Dia panik melihat isterinya berpeluh peluh menjerit kesakitan . Didalam kereta isterinya itu menjerit sambil memegang perutnya . Dia berharap isteri dan anaknya dalam keadaan selamat .

'' Sabar sikit , sayang . Kita dah nak sampai nih . Sayang tahan kejap '' Pujuk Tengku Syahmin yang diserbu kerisauan dan panik melihat keadaan isterinya yang mengerang kesakitan . Kesiannya isteri aku !

Dia sudah pun sampai ke hospital dan meminta bantuan kepada beberapa jururawat yang ada untuk menolong isterinya . Dia tidak putus putus memegang tangan isterinya yang sedang berada dikerusi roda sehingga ke wad bersalin . Isterinya itu sudah berpeluh peluh menahan sakit .
Kemudian seorang doktor datang untuk membantu isterinya melahirkan anak .
Beberapa minit isterinya meneran namun anaknya itu masih tidak kelihatan . Ya , isterinya sudah hampir pengsan meneran supaya anaknya keluar . Tengku Syahmin menggenggam tangan isterinya kuat .

'' Please sayang. Demi abang '' Pujuk Tengku Syahmin disisi isterinya yang sudah berpeluh peluh . Resah benar hatinya melihat wajah isterinya yang sudah lemah dan berpeluh peluh. Terharu hatinya melihat kesungguhan isterinya itu berkorban deminya. Sungguh dia terharu. Rambut isterinya diusap perlahan.

'' Alia tak kuat , abang . Alia tak boleh '' Luah Alia . Dia merasakan dirinya itu sungguh kerdil . Airmatanya pula hanya turun menemaninya . Dia cuba juga sedaya upaya untuk meneran .

'' Sayang, jangan cakap macam tu . Sayang kena kuat . Abang ada ni. Abang percaya sayang kuat '' Pujuk Tengku Syahmin lagi. Dia mengusap ngusap kepala isterinya. Anaknya itu masih juga tidak mahu keluar.

'' Alia dah tak kuat abang '' Luah isterinya itu lagi. Airmatanya mengalir. Tidak kuat untuk meneruskan. Dia sudah tidak kuat. Namun hatinya masih disapa bahagia kerana ditemani suami disisi. Sangat bahagia walaupun dia dapat menangkap resah wajah Tengku Syahmin yang risau.

'' Sayang , sayang tarik nafas dalam dalam . Sayang guna tenaga sayang macam mana sayang marahkan abang dulu . Sayang ingat tak ? Abang tahu sayang kuat '' Pujuk Tengku Syahmin . Diusap usap perlahan perut isterinya. Masih sahaja anaknya tidak mahu keluar.

Sekali lagi isterinya itu cuba meneran sekuat tenaga . Dia mula simpati tentang keadaan isterinya yang hampir lemah. Dia berdoa agar dia dipermudahkan segala galanya. Segala galanya. Insya Allah.

'' Kepala baby dah nampak . So Pn Alia boleh tarik nafas dalam dalam lagi and push ! En Syahmin , You may try to take out the baby ''

'' Sayang kena kuat demi abang dan anak kita. Abang pergi sambut baby okay, sayang ? '' Tengku Syahmin mencium ubun ubun isterinya. Alia hanya mengangguk lemah dan suaminya terus mendapatkan Dr Aisyah untuk menyambut anak mereka. Terharu.

Beberapa minit kemudian, Alia berjaya melahirkan anak mereka. Tumpah airmata Tengku Syahmin menyambut sendiri anak sulongnya itu . Perasaan bangga dan bahagia menjadi seorang ayah menyapa hatinya . Tidak tergambar dengan kata kata . Isterinya itu dilihat terbaring lemah . Tengku Syahmin mendapatkan isterinya dan menunjukkan anaknya .

Alia tersenyum bahagia . Dia terharu dan amat gembira hasratnya berharap agar suaminya menemani saat saat indah itu membuatkan rasa sakit melahirkan zuriat mereka hilang seketika .

'' Its a boy , sayang ..... '' Tutur Tengku Syahmin lalu mencium dahi isterinya. Anak mereka mula merengek dan menangis . Dia bangga dengan ketabahan isterinya yang sudi bertarung nyawa demi melahirkan anak dan zuriatnya .

" Terima kasih sayang. You such a good mummy for me and our kid. " Tengku Syahmin membisikan perlahan ketelinga isterinya. Dia tersenyum bahagia. Bahagia sungguh. Dia akan menjadi seorang papa. Walaupun dia merasa sedih dia tidak dapat menyambut anak pertama mereka yang sudah meninggal dunia. Dia tetap berbangga walau apa pun.

Akhirnya isterinya itu terlena keletihan. Dia meninggalkan isterinya selepas mengucup dahi isterinya. Dia mengikuti jururawat untuk membersihkan anaknya . Dilihat penuh gembira dan bangga anaknya kini berada didalam dakapanya. Sungguh tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Dia benar benar bahagaia. Dalam marah dan merajuk, isterinya tetap lembut melayaninya.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now