Bab 10

7.5K 156 1
                                    

            " You ada pape ke dengan Amira? I tengok lately ni you suka sangat carik dia kenapa eh? " Tanya Juliana ketika dia dan Tengku Syahmin masih didalam kereta hendak ke Mid Valley. Sementara kawannya Amira balik ke kampung halaman.

          " Pape apa? I dengan Mira cuma kawan je kowt. You ni selalu kan macam ni? " Balas Tengku Syahmin tak senang hati dengan soalan yang diajukan. Kekasih hatinya itu ada sahaja yang hendak dicemburukan. Pening dia kadang kadang. Amira ? Tak ada maknalah aku dengan dia. Saja. Setakat nak isi masa free.

Bukan boleh percaya sangat Syahmin ni. Ingat aku tak tahu ke kau melayan perempuan lain? Ingat aku tak tahu ke yang kau nak aku suka suka je? Tapi takpe. Asal ada You ada duit, I ada. Kutuk Juliana dalam hati. Masing masing bermain api.

           " Okay look. I just asking. Yang you nak melenting tak tentu pasal ni dah kenapa? " Marah Juliana. Asal keluar , bergaduh. Bergaduh je keluar. Entah bila nak okay. Rimaslah!

         " Okay, I salah. Sorry okay? I bukan nak marah you. You tu hah suka tuduh I bukan bukan. Mana I tak marah? Sayang, please. I penat ni. Taknaklah asyik gaduh macam ni " Pujuk Tengku Syahmin. Baginya Juliana adalah gadis idamanya. Cantik. Kurus. Tinggi lampai dan memikat hatinya sehingga kini. Dia tidak mahu kehilangan wanita itu. Cukuplah hatinya pernah berdarah dulu.

            " Okay. I am sorry okay? I trust You , Syahmin " Bisikan itulah yang sering melalaikan diri Tengku Syahmin. Lembut dan manja wanita itulah yang selalu memerangkapnya dalam kasih sayang yang tak sudah.

I'm glad that You be mine , sayang. Tengku Syahmin terbuai. Kasih sayang wanita itu selalu memanjakannya. Selalu ada ketika dia memerlukan. Bukan dia tidak mengajak Juliana untuk berkahwin denganya selepas belajar. Namun wanita itu sering menolak dengan alasan. Kau sama je macam Mira. Tak kuasa aku nak layan . Hadap muntah hari hari ! Kau ingat aku tak tahu yang kau curang belakang aku ? Huh !

                                           
Apahal aku tiba tiba tak boleh focus study ni? Hadoi. Apahal ni apahal ni ? Amira manggaru kepalanya yang tidak gatal. Sepit rambutnya dilepaskan . Terurailah rambutnya yang panjang mencecah kebahu.

           Apa ni? Satu pun tak boleh masuk. Amira akhirnya fadeup sendiri dan meninggalkan buku bukunya. Dia terus keluar dari bilik dengan harapan dapat mencari udara yang segar pada waktu malam. Kelihatan abah sedang berbual bual dengan seseorang yang amat dikenalinya. Tapi ? What? Tengku Syahmin ? Dia buat apa dekat sini ?!

Macam mana boleh pulak mamat ni ada dekat sini ni? Parahlah macam ni ! Kalau abah cakap bukan bukan macam mana? Mati aku kena pancung macamni. Taknak kena kurung dalam bilik !

           " Hah, adik sini kejap . Duduk sini abah nak cakap sikit. Sikit je tak banyak pun. Sini. " Ajak En Rusli.

         " Apa dia abah ? " Tanya Amira tergagap gagap. Dia merenung tajam mata Tengku Syahmin. Hish! Apahal mamat ni muncul dekat sini tiba tiba? Malam malam pulak tu! Kalau nak cakap silap rumah pun, takkan rumah aku jugak yang dia datang? Hish! Patutlah tak focus langsung aku nak study. Mamat nilah penyebabnya ! Geramnya!

          " Kenapa tak cakap dengan abah kawan adik nak datang ? Sampai sesat dia carik rumah kita ni " Kata En Rusli sedikit tegas. Entah kenapa hatinya tertanya tanya mengapa.

        " Hah ? " Amira menjengkilkan matanya pada Tengku Syahmin. Ini kali pertama Tengku Syahmin datang kerumahnya. Mahu dia tidak terkejut?

          " Erm, adik lupa lah abah. Hehehe " Tipu Amira. Hatinya geram dan bungkam. Apahal mamat ni datang tiba tiba? Mana dia dapat address ? Nak kena hempuk dengan aku dia ni ! Main suka hati aja datang rumah orang. Lepas tu menipu sunat. Sibuk sangat sampai follow aku balik rumah ni pahal ? Rasa nak piat je telinga kau sekarang !

        " Lain kali kalau kawan nak datang cepat cepat bagitahu abah. Ni tidak. Sampai sesat dia carik rumah. Tak baik betul adik nih " Tegur En Rusli. En Rusli terus ke belakang untuk mengambil wudhuk untuk solat Isyak sudah masuk waktu.

Amira membaling bantal kecil disofa tepat kearah wajah lelaki dihadapanya! Geram ! Rasa hendak terajang terajang keluar dari rumah ! Namun abahnya pula sudah mengizinkan Tengku Syahmin bermalam disini. Tak puas hati betul! Kalau Juliana tahu macam mana ??

          " Aduh ! Sakitlah ! " Mengadu Tengku Syahmin. Dia memang sengaja datang kesini. Dia bukanlah sesat sangat. Sebab Raimi ada menghantarnya tadi. Kebetulan Raimi pun pulang ke kampungnya Sekinchan.. Sengaja datang kesini. Untuk lebih dekat mengenali orang tua minah tomboy itu.

       " Kau datang sini buat apa? Kau dah tak ada kampung sangat ke nak menumpang kampung orang nih? Nasib baik bapak aku tak parang kau! " Marah Amira tegas. Bantal kecil kedua menyusul pula pada wajah Tengku Syahmin. Geram betul hatinya saat ini.

           " Okay okay okay! Aku mintak maaf okay ? Kau jugak yang kata kalau aku nak kawan dengan kau , suruh aku jumpa keluarga kau. So, aku datanglah. Kau jangan nak salahkan aku pulak " Bidas Tengku Syahmin. Merasa kemenangan akan berpihak padanya. Rasa bahagia pulak dapat kacau ketenteraman wanita yang paling didendami itu !

      " Hari tu kau dah kena marah pun , kau berani datang sini kan ? Kau nak apa sebenarnya ni?? " Tanya Amira kasar. Salah dia juga berkata macam tu. Aku ingatkan mamat ni tak berani. Sekali muncul betul betul kau yang sasau !

          " I. Want. You" Nada suara Tengku Syahmin semakin lembut dan tenggelam timbul. Sengaja dibuat buat.

      " Tak lawaklah ! " Bantal kecil ketiga pula menyusul menyasarkan wajah lelaki dihadapanya namun berjaya ditangkap!

          " Jarang orang buat lawak , pandai " Akhir kata Tengku Syahmin mengebaskan telinga Amira yang mendengarnya. Bantal kecil dilemparkan kearah Amira yang tergamam.

Hish ! Sakit betul hati aku tengok ! Takpe ! Ada kimchi ada ketupat palas ! Ada hari nanti aku balas ! Amira mengorak langkah perlahan selepas ditegur oleh uminya menyuruh dia jangan melengah lengahkan solat. Nak tak nak dia dah ada dalam rumah aku dah pun. Kalau Juliana tahu mati aku macam ni. Hish. Mamat ni dah ada awek pun nak jugak kacau aku ni pahal ?

           Bingung !

               

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now