Bab 61

6.4K 94 0
                                    

Perkara mengenai kepergian Alia isterinya membimbangkan semua orang termasuk umi dan abahnya . Sudahlah lagi dua hari sahaja lagi dia akan berkahwin dengan Tengku Amira . Kini isterinya itu pula menjauh darinya . Tengku Syahmin buntu.
Dia sudah bertanyakan semua orang termasuk Fatihah dan Azwan namun hampa . Dirumah sewanya diJohor juga tiada . Mana lagi perlu dia mencari isterinya itu ? Ibu bapa mertuanya juga risau . Dia dikhabarkan , bahawa isterinya itu ada terdengarkan perbualan ibubapa mertuanya yang menyalahkan isterinya dalam perpisahan yang mereka putuskan .

'' Syahmin , carilah Alia . Umi risau . Dia bawak Aiman pergi . Selama ni dia elok aja . Kenapa tiba tiba jadi macam ni ? '' Pn Noraini tidak berhenti menangis . Risaukan tentang cucunya itu .

'' Tulah . Abah pun risau . Bila dia merajuk , dia akan balik rumah along tak pun rumah opah . Tapi adik tak tahu jalan pergi rumah opah dia yang jauh dekat Kedah sana tu . Lagipun abah dah telefon opah katanya Adik tak ada dekat sana . Syahmin dah telefon kawan kawan dia ? '' Tanya En Rusli gelabah . Dia tidak tahu kemana anaknya yang degil itu pergi membawa diri .

'' Syahmin dah call semua . Dah pergi dah pun rumah kawan kawan dia . Tapi dia tak ada dekat sana . Syahmin cuba call nombor dia tapi rasanya dia dah tukar nombor baru ''

'' Dah cuba tanya Maksu ? '' Tanya En Rusli lagi . Dia sekali lagi cuba mendail nombor anaknya . Panggilan tidak bersambut . Risau menjerut tangkai hatinya .

'' Dah, Syahmin dah pergi rumah maksu tadi . Dia takada dekat sana . Kalau ada , adalah kereta '' Balas Tengku Syahmin . Dia juga risau .
Adakah isterinya itu pergi kerana tidak sanggup melihat perkahiwinanya dengan Tengku Amira ? Alia pergi mana ni ? Abang betul betul risaukan Alia dengan Aiman . Apa salah abang sampai Alia nak layan abang macam ni ?

Alia membuka telefon bimbitnya yang sedari semalam dimatikan . Dia tahu semua orang akan mencarinya . Ya . Panggilan tidak berjawab dari Tengku Syahmin 30 dan pesan ringkas 7 . Abahnya pula 5 panggilan tidak berjawab . Dia tahu ketika ini Tengku Syahmin risau akannya . Dia tidak peduli . Dia membuka pesanan ringkas yang suaminya .

alia angkt phone plis?

✉ Alia dekat mne niy? semua org risau .

✉ jngnlah diam je. tolong jngn buat abg mcm nie

✉ alia ????????

✉ klu alia bencikn abg skli pun , jgn buat semua org risau macam ni . tolong angkt phone .

✉ reply chat abg .

✉ sayang .....

Alia hanya sepi memandang semua pesanan yang dihantar oleh suaminya. Dia terharu apabila suaminya memanggilnya sayang. Pada mulanya dia ingin mendail nombor suaminya namun kini suaminya sedang mendail nombornya. Lama dia baru menekan butang hijau. Kedengaran suara suaminya yang risau akannya. Airmatanya turun mendengar suara itu. Alia mematikan talian .
Alia memandang Tengku Aiman yang sedang bermain dengan patung biri biri ditangannya. '' Sayang, papa call. '' Hanya itu sahaja yang mampu diterbitkan dari mulutnya. Dia hanya tersenyum melihat anaknya hanya ketawa riang.

Maafkan Alia, abang. Alia tak bersedia. Alia cuma nak semua orang jalani hidup tanpa beban dari Alia. Abang jaga rumah tangga abang dengan baik. Kalau Alia dah sedia, Alia akan balik nanti. Abang jaga diri. Hari hari Alia akan peluk cium Aiman untuk abang dan semua.

'' Hello , Alia ? Alia ? '' Panggilan dimatikan . bengang dengan tindakan isterinya yang sengaja ingin mempermainkannya . Dia cuba juga sabar dengan sikap isterinya yang melampau namun kini sabatnya sudah melebihi had.

Kenapa kau buat aku macam ni ? Susah sangat ke kau nak cakap dengan aku ? Perlu ke kau layan aku macam ni , Alia ? Kenapa kau nak pisahkan aku dengan Aiman ? Cakaplah kenapa ?! Marah Tengku Syahmin dalam hati .
Telefonnya dibaling dan berderai. Sama juga dengan hatinya .
Sudahlah dia harus berfikir tentang Tengku Amira. Dia penat berulang alik dari singapura. Ini sahaja yang layanan isterinya untuk menilai penatnya ? Kali ini dia benar benar sakit hati dengan layanan isterinya sendiri.

'' Argh ! Sudahlah ! Buang masa jelah aku fikirkan kau . Kau tak pernah nak fikir perasaan aku . Kau sekarang dulu sama je . Tak pernah nak berubah . Degil nak mampus . Kalau kau benci sangat tengok muka aku ni , takpayahlah sampai kau nak jauhkan aku dari Aiman . Aiman tu anak aku . Kenapa kau buat aku macam ni ?? " Marah Tengku Syahmin sambil menghempas stereng keretanya.

Abang, maafkan Alia. Alia perlukan masa yang lama untuk fikirkan semua kehendak mama. Kehendak umi dengan abah. Berpisah dengan abang. Bermadu dengan Tengku Amira. Bukan mudah Alia nak buat keputusan. Bukan Alia nak pisahkan abang dengan Aiman. Alia tak ada niat nak buat macam tu pun. Alia cuma perlukan masa untuk fikir. Alia dah penat. Alia tahu abang banyak tak jujur dengan Alia.

" Syahmin, kenapa balik marah marah ni ? Macam mana ? Jumpa menantu mama ? " Tanya Tengku Liyana mendapatkan Tengku Syahmin yang menghempas pintu rumah. Terperanjat dibuatnya.

" Dia ada angkat call Syahmin. Mama tahu tak ? She just quiet and end the phone macam tu je ma. Now what ? Lantaklah dia. Syahmin tak nak fikir dah. Apa salah Syahmin dia buat macam tu pun Syahmin tak tahu. " Balas Tengku Syahmin geram. Geram dengan kepergian isterinya. Geram. Tidak pernah berjaya meruntuhkan kekerasan tembok ego dan degil isterinya.

" Ma, kenapa dengan along ? Tak jumpa jugak Alia ? " Tengku Syahril memandang sepi Tengku Syahmin memanjat tangga laju menuju ke biliknya ditingkat atas. Dia memeluk bahu Tengku Liyana. Berserabut fikiran. Kesian aku dengan kau.

Tengku Liyana hanya menggeleng. Dia terasa menyesal. Mungkin begitulah perasaan menantunya yang lagi seorang itu. Nurul Nadhia apabila merasa kehilangan Tengku Syahril anaknya. Mungkin ini adalah silapnya juga. Tidak pernah memahami cinta dan kehendak anak anaknya.


Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now